Wednesday, May 22, 2013

Alam Lain ...

Assalamualaikum :)
Hye To All and Hey-Ho !
Wahh nampak tak tajuk aku macam ala-ala scary movie 4 kan ? Hoho. Saja kasi mood seram sikit. Mood untuk taip memang tade, sebabnya, aku pun tade story yang gempakss sangat pun nak bagi kat kau orang. Sebab aku duduk rumah je, terdampar atas katil macam duyung dugong, tak pun makan kat depan tv, takpun makan ice cream, takpun tengok CSI sambil baring dan berimaginasi seperti pakar forensik, takpun, baca buku fixi. Semua aktiviti aku lately ni memang membosankan. Saja memanjakan diri, selagi ada masa ni, tengoklah kau, nanti aku dah masuk matrik, tadenye aku nak update or onl memanjang, mak busy kauu !

Maksud entry aku alam lain ialah, alam yang lebih mencabar. Sekejap je aku rasa perjalanan hidup aku ni. Perjalanan untuk menjadi gadis yang berusia 18 tahun ni. Banyak benda lah yang aku pernah buat sejak aku kanak-kanak ribena, hingga ke alam sekolah rendah dan menengah. Aku pernah panjat bumbung surau sebab nak petik buah pelam, aku penah main bola sepak, aku penah kena back kick ngan lembu sebab nak tampal sticker kat belakang badan lembu tu, aku penah curi askem yang pakcik tu jual, padahal dia tau aku amek. Aku penah kena kejar ngan anjing, aku penah kena kurung belakang rumah sebab kacau adik aku. Aku penah tipu cikgu, wakaka. Kelakarlah bila ingat balik, yela, semua yang aku buat ni semuanya mematangkan aku. Jadi adik-adik, buatlah nakal time kecik, sebab bila kau dah besauu, orang tak panggil nakal, orang panggil jahat. Hehe. Aku bukanlah budak baik pun, tapi exam nombor satu okeyh, haha. Dulu la masa kecik-kecik. Sekarang dah besar, numbor satu dari belakang. agaga.

Harini hari Rabu, Ahad ni aku dah bertolak ke Johor, aku akan melanjutkan pelajaran aku ke matrik johor. Ada kawan-kawan aku masuk u, masuk f6, masuk matrik and so on. Sebenarnya, tak kisahla, kat mana pun kita, janji kita belajar kan. Menuntut ilmu tukan wajib. Ada je doktor tak tahu pasal wiring, jadi hidup manusia ni saling melengkapi. Ilmu tu milik Allah. Sebenarnya aku tak yakin pun aku boleh bawak sc kat matrik. Tapi, hati aku nak ke situ. Dan aku sematkan dalam diri, kat mana pun Allah campak kita, tulah yang terbaik. Ilmu tu kan milik Allah, doalah kat Allah bila kita nak ilmu dia. Dan kena usaha, ni kalau kau asyik doa tapi tak usaha, memang tak jalan la wa cakap lu.

So, itu je nak story, bhaha, tah pape je kan aku update. So, lepas ni aku mungkin jarang update blog atau onl lah. Focus study betul-betul sebab setahun je kan (kan? lama woo)
Tapi tapelah, sebab kalau matrik aku tak skor, susahlah aku. Dahla dalam dunia globalisasi ni manusia semua pandai-pandai. Hoho. Jadi selamat maju jaya kepada semua yang bakal sambung belajar dan yang tak.

Bila dah nak dekat masuk matrik ni, banyakla pulak benda kena settlekan, itu tak beli lagi la, ini lah. Haha. AKu tak taula kenapa aku ni pemalas dan suka buat keja last minit, Suckss kot, nasib aku takde boyfriend, kalau tak, lari awal-awal dah. Hakhak. Okay, Byee, Ehh cop, aku dah tahu cakap korea tauu, wahh, haha, siap tengok berita korea lagi okeyhh, tapi kalau suruh pilihan bahasa tambahan kat U nanti, aku pilih bahasa Arab lah, lughatul arabiah lugathul jannah (bahasa arab, bahasa syurga), Untuk menambahkan lagi kegedikan aku berbahsa korea, meh aku tunjuk gambar yang boleh buat korang tak tido 7 hari 7 malam. Jkjk.

Jap Ehh, Readyy ??


Ouh Btw, alang-alang tu, aku letak sekali gambar aku hang out pegi pesta buku ngan Mid, time ni zaman gaji banyak, sekarang dah kosong, dok tergolek je la. Bhaha.





Bye and Assalamualaikun :)

p/s : wahh, mak aku suruh cari boyfriend kat matrik, tamoo ! Men is suck okay. Sampai aku jumpa bakal suami aku, baru aku kata men tak sucks, sebab semua yang aku kenal, semua macam @$&%* . Boiye !

Monday, May 13, 2013

Resepi Mashed Potato !

Assalamualaikum :)
Hye To All and Hey-Ho !
Aku sedang menghabiskan minggu-minggu terakhirku di rumah. Wahh gituu. Buat ayat sodehh pulak.
Tak tau la kenapa aku sebegitu excited nak buat mashed potato ni ataupun nama melayunya kentang putar ataupun versi kedah kentang putaq. Haritu pegi rumah sepupu aku, then dia buat kentang putar ni, aku ni pulak memang hantu kentang. Jadi, tercetuslah idea untuk buat mashed potato ni sendiri berbekalkan bantuan blog memasak. Memang sangat membantu ok, lagi-lagi orang macam aku ni. Tak perlu dah beli buku masakan bagai, maklumat dihujung jari ok !

So, tanpa membuang masa korang yang sangap sangat nak resepinya, meh sini baca blog dididudatz. Resepi yang always superb simple mimple punya. 

Bahan untuk kentang :
1. Kentang (ikut suka hangla nak berapa ketui)
2. Susu pekat (aku pakai dutch lady je)
3. Butter (Sikit je)
4. Black paper. 
5. Lada sula.

Cara :
1. Rebus kentang tu sampai empuk gile. (about 20 minits)
2. Toskan kentang tu sampai betul-betul kering. 
3. Lenyekkan kentang tu guna tangan boleh, ataupun guna lah segala pekakas yang ada.
4. Gaul kan dengan butter sikit, supaya ada efek shiny gituu.
5. Gaul dengan susu, sikit je okay, jangan sampai kentang lembik or jadi kuah. Dalam 3 sudu besar je cukup (kalau untuk 4 kentang la) susu untuk bagi rasa lemak plus gebu-gebu gituuw.
6. Tabur-tabur sikit black and white paper tu, supaya tak nampak pucat sangat kentang kauu.

Bahan untuk kuah atau Gravy :
1. Tepung jagung.
2. Bawang putih dan merah ( bland bole, cincang boleh, kerat 14 boleh )
3. Butter mix minyak sikit. (sebab, kalau pakai butter je cepat hangit, tak caya try la )
4. Lada hitam dan lada sula.
5. Kiub pati ayam (knorr boleh)
6. Kicap (dalam 3 or 4 titik je, nak nampakkan warna brownish gitu )

Cara :
1. Panaskan minyak mix butter.
2. Tumis bawang merah dan putih.
3. Dah macam warna coklat tu, masukkan air.
4. Masukkan tepung jagung sikit sikit. 
5. Kacau je kuah tu, sebab nak hilangkan ketul-ketul.

*boleh je nak bancuh tepung jagung tu pastu baru masukkan, tapi nanti korang tak tau sukatannye. Better masukkan air dulu.

6. Kacau sampai kuah tu likat.
7. Masukkan kiub pati ayam tu. ( kalau aku, tayah letak garam dah, sebab pati ayam ni dah masin )
8. Tabur black paper dan lada sulah ( ikut lidah masing-masing, kalau kau lidah orang kampong, kau letakla banyak, kalau kau bajet-bajet omputeh gitu, kalau letakla sikit je )
9. Tistiskan kicap sampai jadi brownish sikit.

Siap !
Untuk memudahkan korang, meh sini aku bagi sikit-sikit gambar, supaya senang korang nak tau. Lagi-lagi yang baru je nak try tu.


Salin dulu resepi then letak kat fridge.



Bogelkan kentang-kentang korang.

Lepas tu belah 4

Bahan nak buat kentang.

Dah penat lenyek pakai sudu, pastu aku terjumpa benda alah ni, aku pun tryla, berkesan ok.

Kuah ni, tak sempat nak tangkap gambar time tengah buat sebab kene focus la katekaww.

Siap, Shapekanla ketang tu bulat, supaya nampak cantik menarik dan tertarik kan memang debomm habis.

Sedap wehh, aku bagi 9 bintang. Haha. Sendiri masak, sendiri makan, sendiri buat entry, sendiri bagi bintang. Haiyaa. Kebelagakkan ye uollss.

Aku buat ni tak sampai satu jam pun, senang je. Boleh buat makan-makan time petang. Takpun buat masa open house ke. Yang penatnya kau nak leyek kentang tu je. Pastu kene hati-hati ngan kuah tu. Bila dah siap, bolehla bajet-bajet makan mashed potato tu ala-ala kat KFC. 

Aku ni masak bila ada mood, haha, terukss gila. Mak aku dah suruh cari calon dah kat matriks ni, aku cakap, amboii mak aku ni, overr la. Aku ni malas nak mencari-cari. Senang cite tayah kawen. hakhak. So, sampai sini jelah. Aku ni mood tengah rajin menaip, sebab nanti dah masuk matrik tak bolee dah nak mengetaip selalu. Selamat mencuba resepi tu. Bye and Assalamualaikum :)

My new life Begin !

Assalamualaikum :)
Hye To All and Hey-Ho!

Blog adalah tempat untuk aku meluahkan dan berkongsi perasaan dan part of my life. Blog aku takde genre yang tertentu. Just a free blog that I can share what happend in my life and also it happend in your life too. Sooner or later it gonna happend. Jadi untuk menempuh ujian yang mendatang, we must to learn it from someone or from yourself. Kadang-kadang kita boleh identify what the hikmah despite of ujian tu. Tapi, sebagai manusia juga, kadang-kadang kita malas nak cari gali pengajaran yang kita dapat dalam setiap ujian. Just remember, setiap ujian ialah pengajaran. I have been through so many trials life dalam usia muda. My dad was died when I was nine. And my family had been through so many things. So, now, we just learn what a life is. What heaven is, what means by happines. Aku nak kekalkan kebahagiaan ni. 

Walaupun family aku tade duit banyak, tapi redha dan ikhlas tu dah cukup buat aku rasa kaya dalam cara yang lain. Duit memang boleh buat orang gembira, tapi ada jugak orang suffer just because of money. Walaupun rumah aku kecik, cukup untuk buat family aku boleh share this happines together. Rumah kecil, tapi, macam aku cakap tadi, redha dan ikhlas jadikan rumah aku besar dalam cara lain.

So, entry kat atas ni adalah part of perjalanan hidup aku sepanjang nadi aku berdenyut untuk 18 tahun, bila nadi aku nak berhenti? Aku tak tahu. So, I have made a decision, aku nak sambung matriks ! Whatever people keep talking about matriks, aku cuba kuatkan semangat dan tekad melalui solat istikharah dan solat hajat. Petunjuk yang aku dapat bukan dalam bentuk mimpi. Tapi, setiap kali aku sembang ngan mak aku pasal matriks, mak aku sangat berharap aku masuk situ than UPU. Lagi, aku rasa semangat aku ke matriks lagi berkobar. So, whatever it is, that my final decision !

So, aku berazam untuk jadi pelajar baru kat matriks, no more Adibah si sekolah menangah dan rendah. Haha. Result aku agak teruk ataupun just nice je sepanjang sekolah menengah dan rendah. Sebab dulu memang aku aktif sikit koko, and aku ni tak pandai sangat nak bahagi masa dengan betul. Dan mind set aku jugak macam budak kelas last sekali walaupun aku duduk kelas first. Aku ada mind set yang sangat teruk, aku selalu fikir result aku dah okay bila tengok ada result yang sikit dari aku. Aku takda usaha sendiri contohnya macam nak tanya cikgu ke apa . Kadang-kadang niat tu ada, tapi tak terpegi or in other word aku ni malas. Betul cakap mak aku, aku ni pemalas. Haha. Suck !

Tapi, I am no more a malas girl, I am gonna turn all the negatif to positif. Jadi manusia yang gunakan masa lalu sebagai pengajaran. So, aku dapat banyak sangat pengajaran. Haha. Sebab banyak sangat bad habbit. So, itu jugak yang setiap pelajar perlu ada dalam diri. Now, aku tahu hala tuju aku dan cita-cita aku. Kalau dulu, semua aku tanya mak aku dan aku buat keputusan nak jadi apa pun sebab mak aku. Sekarang, aku tetap dengar pendapat mak aku, sebab each word yang mak aku cakap tu memang peransang untuk aku berjaya. Tak kiralah, dalam kereta ke, kat rumah ke. Mak aku selalu bebel pasal pelajaran. Aku suka setiap kata yang keluar dari mulut mak aku. And aku wonder, kalaulah, mak aku ni jadi kaunselor. Haha.

Until now jelah aku nak share. So, bubye, aku type entry ni bukan nak meraih simpati atas cerita sedih aku. Tapi nak bukak minda sesapa yang feel no confident macam aku jugak. So, tu jelah sedikit nukilan ikhlas dari lubuk hati aku. Bye and Assalamualaikum :)

Thursday, May 9, 2013

Haliuu :)

Assalamualaikum :)
Hey-Ho and Hye To All !
Hey sapa ada acc KEEK ? Meh sini I nak KEEK youu, haha, do follow my keek okay (dybothman)
Wahh, nampak tak acam mana I market kan keek ioollss. Muahaha *gelak kejam

Hokayy hokayy aku dah melalut sampai Keek, so now, I am gonna share some tips untuk anak dara macam I ni (hoo, so perasan uoolss) macam mana nak pergi beli barang dapur. 
Hoho, what a  stupid tip? HUH -,-'
Okay, Actually not a big tips, but just nak share my experience beli barang dapur which is barang untuk masaklah. Maybe ada anak gadis yang tengah baca ni kata aku ni suckss gila kan, sebabb, umur dah 18 tahunn baru nak tau beli barang dapur sendiri. XOXO
It okayy :) I am gonna keep smiling because yeahh, that me. So malang untuk my future husband ^_^

Orite what ever it is, dah lepas okay. tapi aku ni bukanlah tak pernah ikut mak aku pegi pasar. Pernah je, tapi tak la kesah sangat apa yang mak aku nak beli tu. Aku ikut mak aku pergi pasar pagi pun sebab nak beli ice blanded, hoxhox :) So, nak dijadikan cerita, mak aku telah bermastautin ke korea for about 1 week. Jadi, untuk tempoh tu, takkanlah aku nak mengharapkan makan kat kedai je kan. Jadi, oleh kerana memikirkan aku ni pun besar panjang dah *panjang ke*. Aku pun mengambil keputusan untuk blogwalking dan cari resepi-resepi yang senang aku nak masak. So, cari punya cari, aku pun jumpa this two frekin ohsemm resepi. Muahaha. Tomyam and Kari :)

Mulalah aku menulis dalam memo aku barang apa yang nak beli. Then settle problem pasal resepi. Thanks to all blogger yang baik hati. Then, secnd problem is, I ni jenis yang bangun lambats sikit. But not everyday! And kalau pergi pasar pun, maluu kotss sorang-sorang. Kalau pasar yang betul-betul pasarlah. Jadi, untuk lari dari masalah aku, aku pun pergi ColdStorage kat wangsa walk. Youu, so berlagakss okay, nak beli barang dapur pun kat ColdStorage, sungguh tak bleh blah !
Then, beli lah apa yang patut mengikut list, tapi tak semua ada, ikan pun tak segar. 
Jadi, terpaksa lah jugak aku pergi pasar belakang rumah aku ni untuk mencukupkan barang yang tak cukup. 

Aku pergi ngan adik aku, nasib baik dia ada. So, kat rumah aku ni, ada 2 pasar. Taknak malu punya pasal, aku pun pegi la pasar yang tade orang. Then, aku beli cili kering ngan seekor ikan. Malu gila, aku nak beli ikan kembong, tapi aku tak tauu mana satu, aku ingat bentuk dia, tapi banyak gila okay ikan yang sama waktu dengannya. Aduh, I just realise that I have face third problem. Ouhh Goshh. 

So, aku aambil la sekor ikan that look like ikan kembong, tapi why the fish so big? Tak macam ikan kembong yang biasa. Tapi sebab abang kedai tu dah usha aku baik punya, aku pun ambik jelah sekor ikan ngan cili kering. Aku ingatkan mahal, sebab kat cold storage mahal gila ok barang-barang. Tapi semuanya RM 2.70 sen jehh. Haha. Aku punyalah doa dalam hati janganlah mahal sangat. Murahnya :) Then, otak aku pun mencerna dengan cepat. Aku pun ajak adik aku pergi pasar lagi satu tu. Then, pergila. Terus amek barang banyak-banyak. Hoho. Hampir penuhlah basket, tapi still belas-belas ringgit je. Then, baru aku sedar yang aku tak perlu bajet dengan beli barang dapur kat ColdStorage :) HoHo

Ada satu conversation yang lawaks masa kat second pasar tu. Kan aku tak dapat beli lagi ikan kembong jadi...

AKU : Makcik, mana ikan kembong ye?
MAKCIK : Yang hujung tu (sambil tunjuk kat ikan tu)
AKU : Ouh, timaceh makcik :) *dalam hati aku cakap, saya bukan tak tau, tapi tak perasan*

Haha, mesti makcik tu dah blacklist aku dari jadi menantu dia. wkwk. Aku baru sedar yang aku ni anak dara yang teruk. Tapi at least I have my effort to be a better girls. Hoho. Again aku perasan.
O_o So, masakan pertama aku mendapat komentar yang pelbagai dari my siblings, hoho. Komen-komen pun makan jugak okeyh, lapar punya pasaii. So, sampai sini jelah ye. Actually aku tengah blogwalking pasal pengalaman and how to survive kat universiti, matriks, IPG or something sounds like that. Haha :) kalau ada comment je okayy. Bye. Adios and Assalamualaikum !