Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi :')

Assalamualaikum w.b.t
Yeahhh, di saat orang lain membuat tajuk entry "selamat menyambut Ramadhan", "Selamat berpuasa" and so on... Aku pulak memilih tajuk entry yang lain macam sikit. bhaha *lupakan

Okayy, mula malam sabtu, semua umat Islam sudah mula solat Tarawih. sangat seronok sampai rase sebak bila dengar je bacaan yang bilal baca bila tarawih tu, yelah, Ramadhan bukan selalu datang, sekali je setahun. Janganlah pula disaat orang lain sibuk pergi solat kau pulak sibuk pasal persiapan raye, Hamboi-2, puase pun tak habis dah nak raya ? Adik aku lah tu, Puase pun tak mula lagi, dah tanye pasal lauk buka puase, Chehhh.

Bila mengenangkan yang aku ni sempat berada di bulan yang mulia ni, rasa bersyukur sesangat, rasa bertuah, harap dapat sambut Ramadhan yang berikutnya juga. Amin. Jadi bersama-samalah kita menyambut kehadiran Ramadhan ini dengan gembira. banyak-banyakkanlah melakukan amalan sunat dan semoga setiap dari kita sempat merasa malam Qadr, yang mana malam ini, lebih baik dari malam seribu bulan :')

Janganlah kita lemah loglai je masa bulan puasa ini, Nak tahu tak , kajian telah dilakukan keatas otak orang yang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa, the fact is, otak orang yang berpuasa ini lebih cerdas berbanding mereka yang tidak berpuasa. Lagipun, Nabi Muhammad berperang ketika bulan Ramadhan, iaitu perang badar, menang lagi tu. Jadi sebagai insan yang lemah, marilah kita bersama-sama menjalankan kewajipan kita sebagai seorang muslim yang berjaya. Diba pun bukannya seorang muslimah yang baik. Selagi kita berusaha, selagi itulah Allah akan membuka jalan untuk kita. bak kate Saheizy Sam dalam cite adnan sempit " Dimana Ade kemahuan Di situ Ada HighWay ".

Konklusinya, selamat menyambut Ramadhan, bukan setakat sambut je Ramadhan ni, tapi, rasailah, nikmatilah keindahan bulan ramadhan ni okayy dear redaers semua. 

p/s: Rindu teringat solat tarawih mase kecik-2 dulu. Akulah orang paling rajin sekali pergi solat :') ngehngeh

Natural Beauty Contest II - Abg Stalker'

Assalamualaikum w.b.t

Nak join contest jugak ??? Boleh :') Click banner kat bawah okayy >


Kategori 1 >_<




Kategori 2 (:



tag :

p/s : gambar-2 kat atas ni, sumpah tidak di edit sama sekali. hanya menulis label blog sahaja okayy cik stalker :')

Thursday, June 7, 2012

Steambot VS Roti Naan :')

Assalamualaikum.
Okayy, nampak kan entry aku tu tajuk die ape? So, pasal makanan, yummu :') terliur aku tulis entry ni sebab teringat makanan tu. Untuk entry kali ini, aku nak share dua tempat yang aku makan. Mula-mula tempat dekat  Kuala selangor, nama kedainye, D`manggis. sape pernah makan kat situ? angkat la kaki. Haha. Okayy memang best gile, sebab hanya dengan bayaran sebanyak RM 20.00 korang boleh pulun, pelahap, dan meratah seberapa banyak makanan yang korang nak. Antara makanan yang disediakan ialah, BBQ, so, adela sotong, ketam, udang, sosage. Selain tu, ade jugak Steamboat dan beberapa makanan lain seperti, ice cream, biskut, nasi goreng, dan sebagainya*banyak sangat dah lupe la*
So, memang puas plus berbaloi, sebab apa? sebab kite kene masak sendiri. Fuyooo, haha. Memang berasap muko den ni ha. Memang balik tu, bau asap je sume, tapi memang merasakan kepuasan serta nikmat itu. Mueheh. Siapa yang suka akan cabaran memang ssesuai la sangat makan kat situ. Bila dah penat-penat masak, pelahap ice cream pulak, amek kau, aku ambil banyak sangat sampai tak habis. Haha.
Sangat nikmat makan kat sini, air pon kene ambil sendiri, kire layan diri lah ni, and berape kali korang nak makan pon tape, NO LIMIT :') markah 8/10



Next, okay kalau tadi kite story-mory pasal steambot BBQ and so on. sekarang, nak cite pasal Roti Naan pulak. Ha, ape benda tu, okayy, jap lagi kita layan gambar sekarang ni, aku nak cerite dulu macam mana sedapnya Roti Naan kat kedai nieyh. Aku sebenarnya dinner kat sana malam ni, saja nak tukar angin pula. So, family aku pon merantau lah sampai kampung baru sebab nak merasa roti naan die. So, drive punya drive sampaila kat kedai tu, pekerja die lebih kurang macam Pakistan la. Tapi Roti Naan die superb gebu wa cakap lu. Gile sedaplah, aku order roti Naan cheese, manakala adik aku yang montok ni order Roti Naan Butter. So, memang tu je yang ade jual kat kedai ni, air mineral memang free. Ade la jugak jual nasi ape tah*tak peduli sangat sebab dah terliur tengok Roti Naan ni. Harga roti Naan Cheese RM 5.00, tapi memang kenyang gile beb makan, aku memang tak habisla sebab cheese die buat aku kenyang. So, tadi, 3 orang makan cecah RM 30.00. Haha, betapa pelahapnye kitorang makan, tapi kedai die memang banyak orang, tak putus-putus orang datang masuk. Memang orang kat situ makan roti je kowt. haha.So, kesuluruhan aku bagi 6/10 sebab harga mahal sangat. hehe.

cheese yang melimpah ruah. haha.

okay, so tu je yang aku nak share untuk entry kali ni. Kalau ade idea kedai makan yanng best-2, share la. 

p/s : perasan nak bukak kedai makan.

Tuesday, June 5, 2012

Projek Add Math Kuala Lumpur :')

Assalamualaikum.
hellauuu, okayy kali ni nak share projek add math untuk area kuala lumpur. sebab memang susah nak cari KL punye ni, apa pasal entah, haha, so, korang suma tak payah risau lagi okayy, so, check this out >>>>


sebenarnya, semua negeri ada kat situ, selangor pun ada. okayy, ciauuu :)
p/s : so ASH kau hutang budi ngan aku okayhh :')

Sunday, June 3, 2012

Menu Hari Ini :')

Assalamualaikum .
Amboi tajuk entry aku ni, dah macam Wanita Hari Ini kan ? alahh yang dekat tv3 tu. Okay, menu aku untuk hari ini, ialah >>> Ayam masak tomato :'P
Ehh, apesal aku poyo sangat ni kan, sampaikan ayam masak tomato pown nak letak kat blog. Act, menu ni aku yang masak, ha, tu lah yang special sikit tu. So, bila aku yang masak, ikut otak aku la kan nak letak ape pown dalam resepi aku. Sebab aku ada tengok kat blog-blog lain, semua nak bahan yang susah-susah, haishh, aku pown ambil keputusan untuk explore ape ada dalam peti ais rumah aku tu. Hurm, so, kalau adik-adik manis yang baru nak belajar memasak tu, tak payah pakai bahan yang susah-susah, so, nak pakai bahan apa? jom terjah >>>

Bahan :
1. Tomato*dikisar
2. Cili merah*dikisar
3. Bawang kecil dan besar*dikisar
4. Sos tomato*maggi
5. Ayam*potong ikut suka
6. Kentang*tak wajib
7. Carrot*tak wajib (dipotong panjang-panjang)

Cara :
1. Goreng ayam yang telah digaulkan dengan kunyit dan sedikit garam.
2. Goreng kentang dan carrot dengan bawang yang dipotong bulat-bulat.
3. Tumis bawang kecil, besar dan cili hingga naik bau.*letak garam sikit
4. Letak tomato yang telah dikisar dan juga sos tomato sampai rasa cukup.
5. Bila dah rasa cukup masak masukkan semua bahan di no 1 & 2 .
6. Siap untuk dihidang ;')


Okayy, so, itulah apa yang aku masak hari ini, aku sengaja masukkan kentang ngan carrot tu, dah tu je yang ada dalam peti ais, lagipun kan sayur elok untuk kesihatan :) haha.
So, SELAMAT MENCUBA  :')

p/s : ada bakat jadi master chef la.hewhew

Tuesday, May 29, 2012

SeLaMaT HaRi GuRu :)

Assalamualaikum.
Ehh, hari guru dah lepas ye? tape, act, hari-2 hari guru kan ? So, sebagai seorang pelajar yang sangat menghargai cikgu nya kannn. Saya sebagai pelajar SMK Seri Saujana *ehh jual sekolahh nampak.. hehe
ingin mengucapkan selamat hari guru sedunia kepada semua guru-2 di seluruh dunia, tak kiralah yang dahh pencen ke apa ke, asalkan dah pernah berkhidmat sebagai guru kannn.
Pada hari jumaat yang lepas, sekolah aku telah menyambut hari guru, so, banyaklah aktiviti yang telah dilakukan. Sangat seronok, so, korang nak tengok serba sedikit sambutan hari guru smk seri saujana??? Check it outt.


video ni telah dibuat oleh aisyah :) so, credit to her. and saya ada dalam video nihh. then, carilahh yang mana ya :)

p/s: entry yang pendek dan padat *ni namanya pemalas :)


Saturday, May 26, 2012

Rolling ice :)


hamboii, kurang hajar bebenorr, tanpa salam terus je tunjuk gambo kan... ha, penampor makannye kang:)
Assalamualaikum, gambar kat atas ini ialah minuman yang aku pau cik abang aku belanja siang tadi mase keluar. Okayy, sebelum tu, tadi didi pergi keluar main bowling 2 game, karoke sampai tak hengatt dunia 2 jam, makan satu set A&W, beli ice rolling, beli novel, haa, semuanya ditanggung beres oleh Bos:) hehhe. Senangnya hidup kalau hari-hari macam ni kan. 

Untuk entry kali ni, nak cito lahh sikit pasal Rolling ice ni, ataupun ade juga kedai tealiciouss, same je ape yang diorang jual tu. Tadi didi beli mocha, sebenarnya untuk readers yang tak tahu hape bendenye rolling ice ni, same je macam ice blanded, cuma stylish la sikit kann. hukhukhuk.
Beli kat pasar malam lagi murah, dapat choclete rise*
Mocha yang didi beli tadi memang superb tapi diebabkan ade bendasing dalam minuman tu, terus spoil mood.  Dalam mocha tu jugak ade something macam coconut jelly, tapi tak manis pun, tak tahu la ape die. Harganya RM 4.50 . So, buat korang yang rase terliur sampai ngigau-2 tu, try lah minuman ni, sekarang dah femouss dah, orang dah tak serbu BR ngan Tutti dahh, sekarang orang serbu Tealicious pulak. Lepas ni apa lahh pula kan. Yang uniknya, diorang akan buat minuman yang kita order tu macam ade cover, macam gambar kat bawah ni >>> nampak memang sedap, so, ape tungggu lagi ? SERBU !



p/s : Terima kasih kerana melawat :)