Monday, November 18, 2013

Daging BlackPaper !!

Assalamualaikum :)
Hye To All and Hey-Ho !

Hamek hengkoo, mementang cuti la kann, sampai 2 entry sekali aku update, tapi semua pasal makanan, nampak bebenauu aku suka masak (suka makan sebenarnya)
Hokay-2, disebabkan kat matrik takleh nak masak beriya iya, aku pun menghabiskan masa memasak kat rumah, yelah, nak harapkan mak aku, kesian pulak kan, kalau ada abang aku, boleh gakla, suruh suruh dia pegi beli lauk, harapkan aku, harap pagar makan padi (ok aku melalut)

Sebabnya, aku memang tak suka keluar rumah, aku lebih suka dok tergolek depan tb, sambil pegang batal busuk, sambil tengok csi, sambil minum vitagen. hakhak. Tak gemorr sosial life sesangat, biasa biasa sudehh.

So, for short, harini mak aku tak masak, ada je carbonara semalam, tapi mood nak makangg nasi, so godek peti ais, benda paling paling paling senang nak masak ! (betapa senangnya sampai ada pengulangan di situ ye)

Ok start !
Bahan :
1. Daging (aku pakai daging burger ramli je, sonang, kalau nak pakai daging biasa kene rebug dulu)
2. Megi blackpaper
3. Bawang besar (bulat bulat)
4. Bawang kecik dan bawang putih (bland / cincang)

bawang besar habis, aku pakai je bawang kecik.


Cara :
1. potong daging tu petak petak (bujur ponboleh, ekeke)
2. Goreng daging tu dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, masukkan semua jenis bawang.
4. Bancuh sikit serbuk blackpaper dengan air.
5. Masukkan dalam kuali tadi.
6. Masukkan daging, then SIAP !!


See, dah cakap awal-awal, simple mimple, memang resepi orang malas cam akuu, hehehe. Megi dah menyenangkan hidup hengko dah, just tambah air je, tayah pikir cemane nak buat sos blackpaper tu. So, selamat mencuba !!!


Siakap Stim Limau ala-ala Thai :)

Assalamualaikum !
Hye To All and Hey-Ho !

Wuaaa cuti sem sudah mauu habis='( *luahan hati blogger*

Ok ok disebabkan tajuk entry ni macam wow gitu, so, tanpa membuang dan menciritkan masa ( jijik ), jom sama-sama wow gitu ngan aku !
Ha! Ini resepi sumpah senang mehh, Wallahi. Wa tak tipuuu (nampak tak kesungguhannya tu)

Ok, fast and furius sebab hengkorang dah tak sabauu kann.

Bahan :
1. Ikan siakap (dah menunya siakap, kalau nak ganti bawal ke pashmina ke pon boleh)

2. Carrot (panjang2 @bulat)

3. Sadri (hiris)@(taknak pon tiada masalah)

4. Buah limau nipis (amek jus)

5. Lemon (jus dan bulat2)

6. Bawang hollan (kalau tade, bawang besar pon boleh) bulat-bulat

7. Serai (hiris)

8. Tomato (belah 4)

9. Cili padi (ketuk)

10. Halia (hiris)

10.. Sos Ikan/sos tiram


amek air je, biji tayah (kang ada yang tercekik ikut resepi dididudatz pulak kangg)

Cara :
1. Basuh ikan hangpa, kalau ikan tu hanyir, basuh ngan air asam jawa (jangan asam boi sudah)

2. Tomato belah 4.

3. Lemon tu belahh dua, satu bahagian belah bulat bulat, satu lagi amik jusnya.

4. Rebus air, agak agak dah panas (panas ye, jangan menggelegak), Masukkan ikan.

5. Masukkan carrot, sadri, bawang, lemon (bulat bulat), serai dan cili padi(ketuk).

6. Sambil tu, perah limau nipis tambah jus lemon tambah sos tiram dan sedikit gula. (Kalau ada limau saje pon okeh) agak-agak la rasa dia.

7. Then, masukkan no6 dalam kuali tadi, pastu rasa, kalau masam sangat tambah gula dan garam secukupnya.

8. Masukkan tomato.

9. Agak-agak dah cukup rasa, tutup api. Siap !




Aku pakai ikan kembong, sebab siakap kat pasar habis, sesaje je nak sabotaj aku (ekekeke)

Sebenarnya, ni versi aku, masa aku masak ni, aku tambah sikit daun limau purut, so overall rasa dia memang ada rasa macam tomyam sikit, semua ramuan aku agak-agak, sebab ikut cita rasa memasing aaa kan, kang aku pakai ayat camca kecik, camca besar, dah kejenuh pulak aa kannn. So, siakap stim ni memang senang, campak campak je, kalau suka kuah lebih, lebihkan air. 

Selamat mencuba !!! #resepirumahaku  hamek hengko, blog pon ada hashtag yuuu, haha. 


Assalamualaikum !

p/s : Let love find its way to me :)


Friday, November 15, 2013

Singapore Melaka Trip !

Assalamualaikum :)
Hye To All and Hey-Ho !
Tahap nak menghupdate blog aku dah semakin menghampiri skala 0. Haha. betapa aku ni pemalas kan. Haha. Malang betul bakal suami aku. Okay for now, aku tengah cuti sem, so boleh lah gak nak menghupdate belog aku yang sunyi tanpa readers ni. Serius beb, aku type untuk kepuasan diri sendiri, bukan untuk apa2. (apa2 apa?) hehe.

Back to the tittle, family aku buat short trip ke singapore and melaka. Serius gila short trip ni. Haha. We begin with singapore. Hari sabtu, pepagi buta dah gedegang gedegung rumah aku sebab siap-2 nak speed ke johor. Tinggalkan barang kat rumah cousin aku pastu baru masuk singapore. Sebenarnya femili aku ni bukanlah orang kayerr nak holiday sampai ke singapore, dalam malaysia aku tak habis tawaf lagi oii. Kitorang pegi singapore hanyalah dengan 1 tujuan utama dan banyak tujuan sampingan. Heh heh.

First aim is melawat toklong aku. Famili belah atuk aku memang tinggal kat singapore. Mak aku ngan adik beradik dia pun memang semua lahir sana. Sambil menyelam minum ayaq, kitorang pun melawat makam Habib Noh, salah seorang ulama` agung dulu.Sampai kan orang luar negara pun datang situ nak melawat makam dia. Kalau hengko masuk singapore setakat nak pegi USS, apa guna beb. Serius, bila masuk makam dia, rasa macam tenang je. Itulah kuasa Allah. Kalau aku yang melawat pon rasa tenang apa lagi yang kat dalam nya. Allahurabbi.

Settle, kitorang shopping and makan murtabak kat Restoran Zam Zam, this is our second time be here. Sumpah, kedai ni pakcik aku yang stay sana yang kenalkan. Murtabaq dia besar, boleh makan 3 or 4 orang, kuah pon okay, harga dia 10 dolar satu. Tapi, harga dia berubah sebenarnya, Herher. Biasala meniaga mehh, mesti mau untungg. Kitorang pegi bukan masa cuti sekolah, so harga murah sikit la. Pastu, shopping, beli key chain lah, beg lah. Kalau tanya aku harga, sebenarnya, harga dia standard ahh, keychain tu, ada yang 10, 10 dolar, ada yang 5, 10 dolar. Kira boleh lagi la.Kirtorang tak pegi pun USS, haritu mak aku dah pegi situ, so, hari pun dah malam, kitorang pun drive back to johor, and get a rest.

Next day, kitorang konvoi 3 kereta ke Melaka !! Sampai malam sebenarnya, sebab otw ke melaka kitorang singgah 2 kenduri kawin, memang makan je la kojee nye. Tahniah abang long, kahwin muda, and perkahwinan yang sungguh sederhana, serius simple. 
Sampai melaka terus cari guest house(aku lupa dalam bm apa) yang kitorang dah tempah awal-awal. 
Dah lepak-lepak solat, tukar pempers anak sedara semua, kitorang naik melaka cruise, sebenarnya dah naik, tapi sebab ada bebudak ni, naik lah jugekk. Sebenarnya, malm tu tengah berperang, nak naik melaka cruise ke nak nengok bola, finally, bebudak ni muka kesian tade sapa nak jaga, ikut jugekk aaa. Heh heh.


Super delicious murtabak ever ! (ober)

Malacca cruise, omputeh gitu.

Adeeb dan Adibah. Gitu.

I have no idea, why this little zahirah suka tangkap gambo sambil kurek idong, haha :)

 At makam Habib Noh

All le kids that make mulut opah derang bising.




The next day, naik menara taming sari, Bestt, dapat tengok overview melaka dari atas, best jugak, dapat tengok memakcik aku yang gayat. haha. Best holiday ngan family, despite of dapat gather and eratkan ukhuwah, dapat judak test iman, haha. Ko pepaham jela, bila banyak kepala yang nak kena ikut, mesti ada sligthly argument kan, but, the way we solve it is the best moment.

Jadi, itu saje yang aku nak taip, idea pon dah kering bagai pokok musim kemarau, hehe. Later aku update lagi, banyak story sebenarnya, kekangan masa pulak, ecewahh. haha. So, bye people ! Assalamualaikum :)

Saturday, August 17, 2013

Case Ace Plus

Assalamualaikum :)
Hye peeps. Nak update sikit je. Nak offer anybody yang tengah mencari casing samsung ace plus yang comel2. Yang boleh design punya tade. Just ada yang designted punya. Boleh email me for any question. Sebab aku pun pengguna samsung ace plus. Memang susah nak cari case yang comel2 tu. Jeles tengok beurlambak case i phone yang comel lote. So, ni antara contoh casing yang aku beli. Harga RM 20 ringgit not include postage. Just email me for any question. Tq peeps. Email : adibahothman@gmail.com

Tuesday, August 6, 2013

Iftar !!

Assalamualaikum :)
Hye To All and hey-Ho.
I am coming back with new, hot and latest story. Rindu gila nokss nak menghupdate story. Tapi, apakan daya...masa tak akan kembaliii, hancur musnahlaa...~~~iklan rayerr~~~
Ok, back to the aim, Iftarr ! first Ramadhan aku, aku iftar di Matrik je, nak buat lagu mana jahh, menuntut ilmu tu kan penting. Kat matriks, ada bazar kat dalam kawasan kolej, so, tiap petang, haruslah ke bazar. Harga pun murah, kira range harga student la. Tapi, makin lama, makin kurang gerai yang bukak, hampehh betol -,-

Then, haritu, aku iftar ngan kawan sehidup, sekatil, sebantal, sebumbung dan se se se sebagainyalah. Kami iftar di Mid, bahagian food junction tingkat atas sekalii, bestt, tempat dia romantik, and yang paling penting, ada tandas(penting sangat) dan surau, so, lepas iftar, bolehla solat maghrib kat surau, pastu sambung huha huha bagai dunia kami yang punya !!

Then, there a day aku iftar ngan family sambil shopping barang raya. Mula-2 nak iftar kat Jom Bali, tapi dah fully reserved, kitorang pun change plan buka kat western food, jadi mat soleh jap. hewhew. Tapi, kalau korang nak buka puasa kat luar, kene buat tempahan dulu ok, kalau tak memang tak dapek laa, tunggu la hangpa sampai orang habis buka posee. Selalunya kedai ni ada nombor telefon, so, call and buatlah reservation dulu, taklah kelam kelibut nanti.

So far, makanan dia bestt, aku makan kat Carefore wangsa maju, service pun ok. Tapi, tang hargaa tuu macam err. Satu set yang include air harga dia dalam RM 16 or something. Tapi, bagi aku berbaloii sebab sedap :) Ramai jugak orang datang buka kat sini. Kalau tetiberr nak jadi omputehh, boleh la try makan kat tempat ni. Kurma pon dia sediakann. Overall aku bagi 8/10. Ngee :) Lapoo pulak teringatkan cheeze dia.


Sekali je dapat buka puasa dengan semua, iaitu hari itu (ehh?) Mak amek cuti, abang aku ponteng keje. wkwkw.


Dah buat reservation, baru boleh shopping sakan, lelaki pon susah wokeyhh beli kasut.


Wajah sebelom berbuka.


Aku mempelikkan diri dengan mengoder air serai limau, ala, tak rase pon serai dia, rase macam limau ais kat cafe kolej aku jekk.


Appetizer, sedap gile ngan cheeze and cheezzy sos, memang superb !


nasi goreng BBQ, memang daging asli which means ade lomak ngan tulang belulang skali.


Nasi goreng BBQ, ayam dia rangup gilee, sos pon sedapp 

Mempersembahkann, nasi goreng fish fillet aku, nampak macam goreng pisang kan ? tapi, once korang gigit, rangup gilee, terasa isi ikan dia. Highly recommend !

Last but no least, henfon aku pun nak baju raya, huahuahua. Haritu casing dia pecah sebab cobaan phone aku terjun dari tingkat empat, nasib baik ade sparepart. So, this is my newbiee, macam tak masokk je dengan raya theme kan ? Ahh, kesah la pulak kan -,-


Sekejap je kan Ramadhan tahun ni ? Terasa kosong je, makin lama makin cepat, ustaz kate, tu maknanya tiada keberkatan dalam waktu, Allahh, terasa syahdu bila mengenangkan kita ni dah nak akhir zaman, bila sebut akhir zaman, terasa macam dekat sangat kiamat tu, tergolongkah kita dalam golongan yang beruntung? bukan Allah yang tentukan, kita yang meletakkan diri kita sendiri. Allah dah bagi jalan, kita yang harus memilih. Okay tu je :) Bye. Assalamualaikum :)
Salam Ramadhan !

p/s : Jodoh itu rahsia Allah :) yakin jodoh akan tiba :)




Sunday, June 23, 2013

Me is always Me :)

Assalamualaikunm :)
Hye to All and Hey-Ho !
Matrik Johor cuti !! yeay, Yeah, for sure aku happy gila dan aku merasakan keputusan aku untuk balik secara mengejut berbaloi. HahHahHah. Aku balik tanpa ditemani zulfa dan Intan, maybe diorang busy kot. Aku busy jee, tapi bila dengar *rumah* mate jadi juling, hati gundah gulana. 

Aku pun balik la ke keyell sorang-sorang. Then, masa hari ahad tu tengah tunggu bas kat TBS dapat berita yang kolej aku tutup Isnin (esok). Aku pun ape lagi, burn je la duit tiket bas tu. Membazir kan aku ni ? Hoho, Jangan dicontohii yee, kalau nak contohi pun, kau jangan jadikan aku role model. Haha. 
*merepek*

Aku join mini KAKOM, kakom ni macam sukan antara matrik la. Dann, tahun ni matrik aku jadi tuan rumah. Sebab matrik aku ni peralatan dia lengkap. Ehh, tak tahu la pulak matrik lain lengkap ke tak. Huhu, mini kakom tu pulak macam kakom, tapi lawan antara blok. So, nanti sape menang dia serap masuk Kakom Kebangsaan. Aku masuk acara apa? Hehe, sebenarnya tak plan pun nak masuk, sebabnya, ramai kot yang pegi latihan masa pemilihan, semuanya aku tengok ada athelete body. Memang tengok diri aku yang dah gemukss ni, memang takla. Tapi, rezeki is always rezeki. Aku datang time pemilihan tu lambat gila, pastu datang-datang je teruss kena lari, aku pun bukak kasut and stoking (sebab kasut aku berat), terus lari without streching. Tup-tup, aku dapat nombor satu, wahh, hebat lagi speed aku ni, aku memang jenis yang suka speed. Tak suka long distance. So, aku pun diserap masuk 100 meter dan 4x100 terus, padahal aku tak plan pun nak masuk. Aku tengok budak yang lari ngan aku tu semua yang selalu turun time latihan. hehe. Tapi, if Allah has arrange it for you, He gonna do it. So, i need to do a lot lot lot of practice because my badan nak gemuks la, ternak lemak sepanjang habis spm. 

Wait, uolls perasan tak latey ni aku suka post pasal myself, I mean, blog is usually we share about, something we went, like travel and others. But me? haha, sorry if u guys feel annoyed or else. This is my blog. I have the right. Soo greedy. Biasela, orang tade pakwe ni memang share kat blog je. Haha. malas nak bermesej-mesejan. Leceh ko tauu, nak topup lagi. Aku tak paham camne member aku boleh dengar kuliah sambil texting. Pastu malam otp. Tak bosan ke ha? hari-hari call nak cakap benda apa? benda sama? Wahh, so boring, come on la, enjoy your life la, pastu bila clash, nangis bagai. Aiyoo, maybe I am not supposed to say this, because i dont have any experiance in handling a boy. I means, couple la. I am quit a bored girl, haha, so boy pun tamoo. mak aku cakap, camne lelaki nak melekat, kamu tu pun macam lelaki, haha. Well, this is me, I am gonna do whatever crazy things that I want. Puas gila, balik rumah dapat strumming gitar, waha. I love all boys stuff, like bedak, hehe. Butt, I still want a man, to be my Imam la. Haha, So, till then, Ciauu :)
Assalamualaikum :)

Saturday, June 22, 2013

Matrik Johor !

Assalamualaikum :)
Hey-Ho and Hye To All !
Peeps, sumpah rindu gila nak spent time depan laptop then type entry panjang-panjang, wuhuu. Tapi tak boleh sebab matrik seriusly busy. Sebenarnya, busy bila kita hargai masa. Contohnya member aku sempat je lepak, online, otp and so onn lah, tapi aku rase tak sempat sebab semua benda aku nak cover. Subjek memanglah obviously lebih sikit compare 11 subjek yang aku amek time SPM dulu. Tapi, masa memang padat. Kalau aku, kelas mostly habis kol 4. Tapi, kadang-kadang pegi bilik lecturer sebab nak tanya soalan. Sampailah kol 5. So, kat matrik, memang aku makan sekali je sehari, lepas habis kelas yang kol 4 tu lah. Tu pun tapau je, sebab nanti kalau makan kat cafe, tak boleh sambil buat keje. Means, kalau aku makan kat bilik, at least, sambil tu boleh buat revision. Then, hujung minggu aku basuh baju kat mesin basuh, wahh, terserlah kemalasan aku kan ? HOHO. Seriusly, kalau weekday, memang aku tade mase langsung, memang nampak macam tak terusrus gila loker, katil, meja belajar aku. Tido pun dengan buku bersepah. Haha. Contoh yang tak baik. Tapi aku memang jenis, kalau belajar suka meja bersepah. haha. Felikss kan. 

Aku amek modul Physics, so, aku belajar physics, chemist, math and sc computer. I am an engineer to be ! Insha Allah. Cakap pasal time table, and cara belajar. Kat matrik memang depent on yourself, sebab assignment, quiz (mini exam), lab report dan mini thesis semuanya bertindih, kadang-kadang semua benda kena submit sekali gus, sebab tu jangan buat benda tertangguh. Tapi, as a human, aku ni kadang-kadang tak terkejar. Bila terlalu focus kat assignment, kuliah pulak tertinggal. memang susah nak bahagikan masa. I am sure kat mana-mana pun macam tu. But, as long as u tried, Insha Allah, it gonna be fine. Yang penting, setiap hari kena buat tutorial yang cikgu bagi, kena buat check up untuk setiap subjek. Sebab nanti dalam kelas tutoria, cikgu bagi quiaz mengejut, korang boleh la jawab. Pastu, kalau tak paham je, aku terus pegi admin (bilik lecturer), jangan simpan apa yang tak paham. jangan risau, sebab cikgu kat matrik sangat well coming student, bukan macam kat sekolah, siap kena halau lagi kalau pegi bilik guru. Tapi, lecturer kat matrik tak, diorang siap make sure lagi, semua murid kena jumpa diorang, diorang amek nama siapa yang pernah jumpa diorang. Sangat best. 

Then, kalau pasal belajar pulak, aku jenis yang suka belajar sendiri, kalau tak faham baru aku tanya. tapi, kat matriks, ada setengah benda kena buat study group. Macam lab report, memang tak boleh nak fikir discussion sorang-sorang, so, kenala buat study group. tapi, kalau study group, tapi tak de benda penting, means setakat nak belajar sama-sama, memang aku tak pegi, moreover ada lelaki. Comfirm tak belajar, tak pun, tak dapat 100 %. Tapi, kalau orang tanya, jawabla. Jangan kedekut ilmu. Yang penting, korang kena tahu, study group tu apa. Ni kalau study group, tapi masing-masing buat keje sendiri, what the point kan? Sebab tu aku lebih suka spent time untuk diri sendiri, lagi-lagi time malam. Sebab aku memang free time malam je. Balik kelas dah kol 5, makan lagi, rehat sekejap. Then, pukul 7 aku pegi masjid sampai Isya`. Ada je student yang tak pegi masjid, means more prefer solat kat bilik. Aku pernah buat macam tu, tapi, aku jadi tak terurus, serius aku cakap. Aku pun tak tahu kenapa. Aku lebih tak terusrus. Padahal, kalau ikutkan, solat dalam bilik, lagi la senang kan nak belajar, gap antara mahgrib ke isya` tu boleh belajar. Tapi, tak tahu kenapa. Aku jadi lagi suka buat kerja bertangguh.

Then, aku pun try solat kat masjid, then gap antara maghrib ke isya` tu kadang-kadang ada ceramah. Kalau tade, aku lebih prefer baca quran dan buat solat sunat. Ada jugak student yang study time gap tu. Tapi, bagi aku, kalau kita ada banyak masa nak study, takkanlah masa antara mahgrib ke isya` tu aku tak boleh spent kan untuk Allah kan. So, masa yang singkat tu, aku gunakan untuk rehatkan diri. Rasulullah pun kata, Solat tu sebahgian dari hiburan bagi baginda. jadi, memang sangat relaxing time. Hoho. 

So, tu je yang aku boleh share. Aku kat rumah ni, curi-curi masa nak update blog, hehe. Nak relax kan otak sikit. Hakhak. Okayy, tu je nak share :) Nanti aku update new story okay ! Bye.
Assalamualaikum !