Friday, May 9, 2014

Matrik Life

Assalamualaikum :)
Yo waddup yoo. Lama gilos tadak updet belog. Dah kenapa aku takreti menaip ni ? Miahahahahahahahahahaha.

Ok entry tak nak kalah, matrik life ! Aku baru je habis belajar kat matrik selama setahun. 

Cek Non : Setahun je pun, Kicoh aaa, anak cik semah sebelah rumah asasi dua tahun, tade sampai update ponn...
Aku : Mungkin dia tade blog. HAHAHA *devil laugh*

Ok, tak kisah lah hangpa diploma ka, degree ka, asasi ka, raksasa ka, aku nak share jugak life aku kat matrik. Mungkin adik2 aku yang bakal masuk ke matrik boleh pakai tips aku ni, ececehhh, bajet tips sangat la tu ha joyah?
Ogehh, nak mula dari mana pun aku tarak tau.
Frankly speak, matrik ialah tempat untuk orang RAJIN. Sumpah, wallahi, bukan nak cakap aku rajin pun. Matrik setahun je, or ada yang dua tahun depends on result spm. 

Kalau tolak cuti2 khas, dalam 8 bulan je sebenarnya. So bayangkan in 8 months, korang kena habiskan syllibus. Assignment datang tanpa sempat korang tekan pedal break *ok hiperbola sangat*

Mane nak kena cover tutorial lagi, lab report lagi, assignment lagi. So, apa yang paling penting kat matrik ialah kerja sama. (tetiba ada background cite wonderpets)
Memang copy mengopy ni benda biasa kat matrik. Tapi jangan la copy mengkhinzir buta gituww. Tunjuk laa bijak sikit.

Haha, life kat matrik, kelas dari 8 pagi sampai pukul 4. Ini untuk aliran science la, macam aku, kira macam sains fizik, tak amek bio tapi amek sains computer. Ada la jugak gap antara pukul 8 sampai pukul 4 tu, ikut jadual.

Kalau korang malas memang takleh berjaya. kat mana2 pun kan...tapi takla busy sangat sampai nak layan movie pun tak sempat. Sempat je hujung2 minggu tuu, kena set time la. Contoh macam aku ngan rumet aku, masing2 tak obses sangat dengan movie2 ni, ada setengah student tu sampaikan masa study week pun layan running man. 
kena arranged jadual sendiri, contohla, aku dengan roomates aku, akan plan buat keje dulu sama2, pukul 12 malam baru tengok movie. Sp at least, korang ada point untuk siapkan korang punya kije kan ?

And the most important is, kena pandai bawa diri. Sebab banyak sangat kes terlanjur kat matrik aku, mungkin diorang ni jakun sangat kot, tak pernah bebas, sebab tu jadi camtu. Aku pun tak taula nak salahkan siapa, tapi mak aku selalu pesan, pokok pangkalnya diri sendiri.

Bila dah hanyut ngan pakwe, mak ayah kena panggil, kesian aku tengok parents diorang, parents pulak yang nangis bagai nak rak, anak2 yang bersalah ni buat muka taik je. Haihhh, kenapa la remaja sekarang macam ni. ok aku dah melalut sebenarnya. Tips kat sini kena pandai bawa diri ok.

So, tu je kot. Nothing much yang aku nak share. Ada je sebenarnya, nanti la yee aku share. 
bye. Salam kasih sayang, tuan tanah kedaung. Yihahahaha ^_^

Monday, February 3, 2014

Babies Blink

Assalamualaikum:)
Hola and Hey-Ho !
Yeah, seperti yang telah dijanjikan, aku nak share skin care apa yang aku pakai, since family and kengkawan aku pun cakap muka aku dah okay sikit.
Sebenarnya,aku takdela masalah bebenauu, tapi sejak aku tersalah pakai satu produk ni masa aku habis form 5, terpaksa lah aku menaggung akibatnya kann.

So, nak cakap, pakai sekali muka jadi macam nora danish memang tidak la kan kateko !
Aku pakai babies blink, harga pun mampu milik. Kompem mampu milik, memang product ni takde kat watson ke guardian ke, tapi kat instagram memang berlambak, search je #babiesblink , kompem segala toknenek testimoni semua ada, kalau tak tau or malas nak pegi kat ig, boleh email aku adibahothman@gmail.com . Aku pun dah jadi dropship agent, so nak pape je email me direct ok. 
And tak jalan jugak, kalau korang setakat tepek kat muka hari-hari tapi dalaman korang tak jaga, banyak toxic etc. So, jom cantik luar and dalam, minum perla coffee, fynn jamal pun makan, tapi, janganlah expectation korang minum je komfem putih, ussain bolt pon kalau telan sepuluh kotak sehari, takdenye putih macam adira ke kann, it jst help to repair your skin. Depend on orang laa.

And for base aku pakai super glitter white, yelah, takkanla duduk rumah pun nak pakai cream lah ape lah kan, so, aku pakai je super glitter white ni, pastu sapu je bedak biasa silky girl, pastu boleh konfiden pegi pasor malam pakai tudung takyah iron. HAHA.
(aku lah tu, jangan ikut perangai hodoh akak okey)
Lepas pakai super glitter white, boleh jugak nak sapu day and night cream.
set babies blink

testimoni

testimoni. Datin lyanaz lah pengasasnya.

super glitter white

Nak selitkan juga skin food yang elok untuk muka, serum. Aku pakai serum from Mai Amy Skincare, satu botol kecik tu RM 20 ringgit, dia macam-2 serum, whitening ada, yang paling femes stemcell. Ada jugak kat instagram. Ni pun mak aku beli, and share ramai-2, lagi jimat.


So far, muka aku dah tak berminyak, parut pun pudar, muka serius licin, semua aku cakap ni base on pengalaman sendiri. Lelaki pon boleh gakk, 
ape yang komee dok tunggu lagi? takpayah pakai memahal, buatan malaysia lagii, Datin lagi tu yang mengasaskan product ni, so, watcuwaitingfor? Email me at adibahothman@gmail.com  for best price. basically orang jual satu set babiesblink yang ada sabn muka, night cream, day cream farga dalam RM 80 ringgit. Aku? for sure bagi harga murah gila gila, sebab aku bukan nak untung sangat, I just want to help yugais yang less confident bila nak face orang or bila ada presentation ke. As what I have been through. 
Tu je, semua depend on korang, nak cantik kena usaha okayy. Bubai and Assalamualaikum :)

Type of Mask

Assalamualaikum :)
Hey-Ho and Hola !
Mish me tak ? *ohh sungguh perasan ini ahkak*
Ok done! Stop merapu meraban. Kalini aku nak share pasal type of mask. Mask ni banyak jenis tau. Ada yang just tepek kat muka tunggu kering pastu buang, ada yang peel off, ada yang wash off.
So? nak pilih yang mana ? It up to yugais sebenarnya, sebab ada yang kulit sensetip takleh yang peel off nanti jadi merah-merah macam bontot cipanzi. HAHA
Kalau kulit cam aku ni, yang dah biasa main air hujan takung, kau tepek apa pun maintain saja. Tapi, aku ada tersalah pakai product and it effect my skin so much 3x (nampak tak betapa ia meng efek muka gua?)
Okay itu nanti aku cite produk apa yang dah jadi pebret aku skang ni.

Perlu ke pakai mask? Okay, mask ni sebenarnya, sampingan je dek nonn, nak pakai boleh, takmau sudah. Tapi, kalau nak maintain kulit tantek and sihat macam nora danish, pakai la mask seminggu sekali. 
It good for our skin since kita pon duduk malaysiayang cuaca tak tentu. So, mask ni boleh hydrate kan kulit kita. Dia macam bagi makan kat kulit laa, nak beli skin food tak mampu den, mahal bak hangg.

Kalau tanya aku, (korang tak tanya pun aku nak jawab) aku memang suka jenis yang wash off type. Sebab, takyah cabut macam peel off, sakit gila. kalau pakai yang jenis letak atas muka, yang macam kain tu, tak puas pulak aku rasa. Tapi ni depends la, aku pakai gak.

So, aku nak share wash off type yang mana aku suka pakai, takler mahal, lima ringgit bape sen je kott kat watson, kat guardian aku tak pernah jumpa pulak. Boleh pakai lama, dalam tiga kali pakai cemtu la.


Ni wash off yang selalu aku pakai, botanical punya frpm purederm, takut lak nak pakai yang lain, tapi serius best pakai ni, sapu kat muka tebal-tebal, pastu nanti dia kering jadi keras, sampai korang nak bercakap pon macam robot, boleh la basuh.

ni la yang aku cakap tepek kat muka, pastu bila benda tu dah kering buang je. Hada Labo, tak pernah try lagi sebenarnya, malam ni aku try ok.


Yang ni yang peel off punya, yang ni aku pakai shisheido naturgo punya, ada minreal laut (tapi takde la aku recognize pun betol ke ada mineral laut dalam tu) Haha.
Aku rasa better pakai kat hidung and kawasan dagu je kot, sebab nak buang black and white head. 

So, aku harap it good tips for yugais, lagi2 yang baru je nak test test pakai mask kan, so, pilihlah yang sesuai ngan muka. Okay lalink?
Next entry I nak share skincare yang I pakai. Serius it work well for my skin, sumpah wallahi, (amboii over) Haha.
Bye, Assalamualaikum :)

Monday, November 18, 2013

Daging BlackPaper !!

Assalamualaikum :)
Hye To All and Hey-Ho !

Hamek hengkoo, mementang cuti la kann, sampai 2 entry sekali aku update, tapi semua pasal makanan, nampak bebenauu aku suka masak (suka makan sebenarnya)
Hokay-2, disebabkan kat matrik takleh nak masak beriya iya, aku pun menghabiskan masa memasak kat rumah, yelah, nak harapkan mak aku, kesian pulak kan, kalau ada abang aku, boleh gakla, suruh suruh dia pegi beli lauk, harapkan aku, harap pagar makan padi (ok aku melalut)

Sebabnya, aku memang tak suka keluar rumah, aku lebih suka dok tergolek depan tb, sambil pegang batal busuk, sambil tengok csi, sambil minum vitagen. hakhak. Tak gemorr sosial life sesangat, biasa biasa sudehh.

So, for short, harini mak aku tak masak, ada je carbonara semalam, tapi mood nak makangg nasi, so godek peti ais, benda paling paling paling senang nak masak ! (betapa senangnya sampai ada pengulangan di situ ye)

Ok start !
Bahan :
1. Daging (aku pakai daging burger ramli je, sonang, kalau nak pakai daging biasa kene rebug dulu)
2. Megi blackpaper
3. Bawang besar (bulat bulat)
4. Bawang kecik dan bawang putih (bland / cincang)

bawang besar habis, aku pakai je bawang kecik.


Cara :
1. potong daging tu petak petak (bujur ponboleh, ekeke)
2. Goreng daging tu dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, masukkan semua jenis bawang.
4. Bancuh sikit serbuk blackpaper dengan air.
5. Masukkan dalam kuali tadi.
6. Masukkan daging, then SIAP !!


See, dah cakap awal-awal, simple mimple, memang resepi orang malas cam akuu, hehehe. Megi dah menyenangkan hidup hengko dah, just tambah air je, tayah pikir cemane nak buat sos blackpaper tu. So, selamat mencuba !!!


Siakap Stim Limau ala-ala Thai :)

Assalamualaikum !
Hye To All and Hey-Ho !

Wuaaa cuti sem sudah mauu habis='( *luahan hati blogger*

Ok ok disebabkan tajuk entry ni macam wow gitu, so, tanpa membuang dan menciritkan masa ( jijik ), jom sama-sama wow gitu ngan aku !
Ha! Ini resepi sumpah senang mehh, Wallahi. Wa tak tipuuu (nampak tak kesungguhannya tu)

Ok, fast and furius sebab hengkorang dah tak sabauu kann.

Bahan :
1. Ikan siakap (dah menunya siakap, kalau nak ganti bawal ke pashmina ke pon boleh)

2. Carrot (panjang2 @bulat)

3. Sadri (hiris)@(taknak pon tiada masalah)

4. Buah limau nipis (amek jus)

5. Lemon (jus dan bulat2)

6. Bawang hollan (kalau tade, bawang besar pon boleh) bulat-bulat

7. Serai (hiris)

8. Tomato (belah 4)

9. Cili padi (ketuk)

10. Halia (hiris)

10.. Sos Ikan/sos tiram


amek air je, biji tayah (kang ada yang tercekik ikut resepi dididudatz pulak kangg)

Cara :
1. Basuh ikan hangpa, kalau ikan tu hanyir, basuh ngan air asam jawa (jangan asam boi sudah)

2. Tomato belah 4.

3. Lemon tu belahh dua, satu bahagian belah bulat bulat, satu lagi amik jusnya.

4. Rebus air, agak agak dah panas (panas ye, jangan menggelegak), Masukkan ikan.

5. Masukkan carrot, sadri, bawang, lemon (bulat bulat), serai dan cili padi(ketuk).

6. Sambil tu, perah limau nipis tambah jus lemon tambah sos tiram dan sedikit gula. (Kalau ada limau saje pon okeh) agak-agak la rasa dia.

7. Then, masukkan no6 dalam kuali tadi, pastu rasa, kalau masam sangat tambah gula dan garam secukupnya.

8. Masukkan tomato.

9. Agak-agak dah cukup rasa, tutup api. Siap !




Aku pakai ikan kembong, sebab siakap kat pasar habis, sesaje je nak sabotaj aku (ekekeke)

Sebenarnya, ni versi aku, masa aku masak ni, aku tambah sikit daun limau purut, so overall rasa dia memang ada rasa macam tomyam sikit, semua ramuan aku agak-agak, sebab ikut cita rasa memasing aaa kan, kang aku pakai ayat camca kecik, camca besar, dah kejenuh pulak aa kannn. So, siakap stim ni memang senang, campak campak je, kalau suka kuah lebih, lebihkan air. 

Selamat mencuba !!! #resepirumahaku  hamek hengko, blog pon ada hashtag yuuu, haha. 


Assalamualaikum !

p/s : Let love find its way to me :)


Friday, November 15, 2013

Singapore Melaka Trip !

Assalamualaikum :)
Hye To All and Hey-Ho !
Tahap nak menghupdate blog aku dah semakin menghampiri skala 0. Haha. betapa aku ni pemalas kan. Haha. Malang betul bakal suami aku. Okay for now, aku tengah cuti sem, so boleh lah gak nak menghupdate belog aku yang sunyi tanpa readers ni. Serius beb, aku type untuk kepuasan diri sendiri, bukan untuk apa2. (apa2 apa?) hehe.

Back to the tittle, family aku buat short trip ke singapore and melaka. Serius gila short trip ni. Haha. We begin with singapore. Hari sabtu, pepagi buta dah gedegang gedegung rumah aku sebab siap-2 nak speed ke johor. Tinggalkan barang kat rumah cousin aku pastu baru masuk singapore. Sebenarnya femili aku ni bukanlah orang kayerr nak holiday sampai ke singapore, dalam malaysia aku tak habis tawaf lagi oii. Kitorang pegi singapore hanyalah dengan 1 tujuan utama dan banyak tujuan sampingan. Heh heh.

First aim is melawat toklong aku. Famili belah atuk aku memang tinggal kat singapore. Mak aku ngan adik beradik dia pun memang semua lahir sana. Sambil menyelam minum ayaq, kitorang pun melawat makam Habib Noh, salah seorang ulama` agung dulu.Sampai kan orang luar negara pun datang situ nak melawat makam dia. Kalau hengko masuk singapore setakat nak pegi USS, apa guna beb. Serius, bila masuk makam dia, rasa macam tenang je. Itulah kuasa Allah. Kalau aku yang melawat pon rasa tenang apa lagi yang kat dalam nya. Allahurabbi.

Settle, kitorang shopping and makan murtabak kat Restoran Zam Zam, this is our second time be here. Sumpah, kedai ni pakcik aku yang stay sana yang kenalkan. Murtabaq dia besar, boleh makan 3 or 4 orang, kuah pon okay, harga dia 10 dolar satu. Tapi, harga dia berubah sebenarnya, Herher. Biasala meniaga mehh, mesti mau untungg. Kitorang pegi bukan masa cuti sekolah, so harga murah sikit la. Pastu, shopping, beli key chain lah, beg lah. Kalau tanya aku harga, sebenarnya, harga dia standard ahh, keychain tu, ada yang 10, 10 dolar, ada yang 5, 10 dolar. Kira boleh lagi la.Kirtorang tak pegi pun USS, haritu mak aku dah pegi situ, so, hari pun dah malam, kitorang pun drive back to johor, and get a rest.

Next day, kitorang konvoi 3 kereta ke Melaka !! Sampai malam sebenarnya, sebab otw ke melaka kitorang singgah 2 kenduri kawin, memang makan je la kojee nye. Tahniah abang long, kahwin muda, and perkahwinan yang sungguh sederhana, serius simple. 
Sampai melaka terus cari guest house(aku lupa dalam bm apa) yang kitorang dah tempah awal-awal. 
Dah lepak-lepak solat, tukar pempers anak sedara semua, kitorang naik melaka cruise, sebenarnya dah naik, tapi sebab ada bebudak ni, naik lah jugekk. Sebenarnya, malm tu tengah berperang, nak naik melaka cruise ke nak nengok bola, finally, bebudak ni muka kesian tade sapa nak jaga, ikut jugekk aaa. Heh heh.


Super delicious murtabak ever ! (ober)

Malacca cruise, omputeh gitu.

Adeeb dan Adibah. Gitu.

I have no idea, why this little zahirah suka tangkap gambo sambil kurek idong, haha :)

 At makam Habib Noh

All le kids that make mulut opah derang bising.




The next day, naik menara taming sari, Bestt, dapat tengok overview melaka dari atas, best jugak, dapat tengok memakcik aku yang gayat. haha. Best holiday ngan family, despite of dapat gather and eratkan ukhuwah, dapat judak test iman, haha. Ko pepaham jela, bila banyak kepala yang nak kena ikut, mesti ada sligthly argument kan, but, the way we solve it is the best moment.

Jadi, itu saje yang aku nak taip, idea pon dah kering bagai pokok musim kemarau, hehe. Later aku update lagi, banyak story sebenarnya, kekangan masa pulak, ecewahh. haha. So, bye people ! Assalamualaikum :)

Saturday, August 17, 2013

Case Ace Plus

Assalamualaikum :)
Hye peeps. Nak update sikit je. Nak offer anybody yang tengah mencari casing samsung ace plus yang comel2. Yang boleh design punya tade. Just ada yang designted punya. Boleh email me for any question. Sebab aku pun pengguna samsung ace plus. Memang susah nak cari case yang comel2 tu. Jeles tengok beurlambak case i phone yang comel lote. So, ni antara contoh casing yang aku beli. Harga RM 20 ringgit not include postage. Just email me for any question. Tq peeps. Email : adibahothman@gmail.com