Friday, February 6, 2015

Tips Nak Buat Birthday Party !

Assalamualaikum :)
Hey-Ho and Hola !
Okay, sebelum aku merapu lebih jauh, mehla aku cerita kan sikit dah kenapa aku nak buat birthday party kan ? Adakah aku buat party liar ? Macam laki pakai singlet pompuan pakai bikini ? Hahaha. Oh nooo jelas-jelas enggak dong. Ok aku ni dah banyak sangat pengaruh cerita CSI, hahaha.

Nak dijadikan cerita, 28 January haritu hari jadi mak aku, jadi aku dah lama sangat plan nak buat suprise. Kasi scene terkejut pastu nangis-nangis sambil cakap "I cant believe it" sambil tutup mulut. Haaaa cerita CSI lagi. Hahahaha. Ok sambung cerita, disebabkan every year kitorang adik-beradik selalu bagi hadiah jee kan, so kali ni kitorang decide nak buat macam celebration tapi in a simple but memorable way. Buat gah-gah pun buat ape kan ? Membazir je. Yang penting effort tu :) Hehhehheh

Okay cerita bermula mase aku kat kem, actually aku ada kem mase birthday mak aku (28/1) tuu, so just wish ala kadar je, buat cukup syarat je. Hehe, pastu buat la ayat sikit, aku cakap "akak kirim doa je laa eh, bajet lari laa" haaaa, disebabkan anak-anak mak aku ni memang selalunye bajet lari, mesti mak aku percaya punya. Mak aku ni pun jenis yang tak suka buat party-party ni. Buktinya, seumur hidup aku, 2 kali je aku sambut hari jadi. Hahahaha. Tade pun kek bertingkat, ade edar-edar kad kat kawan sekolah, pastu pakai topi. So sad :'( tapi tak kisah pun. Hewhew. *Sambil berlalu pergi*

Ok aku tak boleh pergi, nanti sape yang nak sambung cerita. So, aku plan nak buat suprise kat mak aku hari jumaat, sebab aku balik rumah hari khamis tu. Ohh lupa birthday mak aku jatuh hari rabu. Jadi sambut hari jumaat sebab mak aku balik ofis awal sikit.

So the plan begin, first step, kene fikir apa yang korang nak makan, let say kalau nak makan kek je pun dah ok, tapi macam kedekut sangat pulak. Jadi kalau ikut aku ada beberapa plan, antaranya nak masak spigetti, meehon goreng. Tapi mak aku bukan suka sangat pun plus benda tu macam dah biase kan. Jadi aku decide untuk buat steamboat a.k.a yong tau fu, fuiyoooo. Bunyi je gempak tapi duit jimat gilaa wa cakap lu. Jadi first step decide nak makan apa.

Next step, fikir berapa ramai orang korang nak ajak sebab boleh agak-agak untuk prepare makanan kan. So, disebabkan benda ni aku buat kecil-kecilan je, ingatkan nak buat adik beradik je, tapi macam sunyi sangat pula. Aku pun ajak makcik aku ngan anak dia ngan cucu-cucu dia dan sorang kakak sedara aku yang rapatt sangat ngan mak aku kitorang panggil dia along. So, bajet tetamu aku dalam 7 orang camtu. 

Third step, decide korang nak beli kek jenis apa, nak buat sendiri pun boleh, tapi desebabkan mase mothers day last year aku dah buat kek kat mak aku, tahun ni macam malas pula. Heh heh, lagipun memang kesuntukan masa gilaa. Kalau boleh nak benda yang ready made je. Dah discuss ngan adik-beradik aku, kitorang nak beli kek baskin robbins, sebab rase macam nak buat kelainan la, selalunya kek secret recipe kan, kali ni nak makan kek ice cream :) sekali sekala. 
Tapi ikut korang la, aku sebenarnya nak tempah kek BR ni, kiranya kita boleh tempah nak design apa, nak ice cream apa, nak makan untuk berapa orang, tapi kalau tempah at least dalam 3 hari sebelum, masalahnya aku ni haa esok nak pakai harini baru kelam-kabut memang tak sempat la. 
So, tapee, boleh je pegi BR pilih kek yang ready made je terus.


Okay last step, dah name pun birthday party kan, harus la ade some decoration, HARUS okay, bukan wajib, tapi more to for fun, sebab ade 3 orang budak kecik nanti, tadela diorang bosan. Beli la setakat apa yang mampu, banner yang mahal-mahal tu tak perlu rasanya. Untuk birthday mak aku ni aku beli poppers (jenis sederhana aku beli 4 sebab 4 10 hengget), pastu aku beli belon, aku beli helium balon yang ada tulis "happy birthday mom". Harga dia depends on size yang korang pilih, yang aku beli size sederhana harga RM 16.90. Last sekali aku beli banner, ingatkan nak beli yang huruf-huruf boleh gantung tu tapi mahal sikit (huaa kedekutnya), so aku beli yang biasa je harga dalam RM 6.90.
So, total aku spend kat decorations dalam 50 ringgit la.

Abaikan jam and kelander tu malas nak alihkan :)
Okay, so the day pun start, hari jumaat, pagi2 aku dah ada meeting jap ngan customer, nak dapat duit kan, kene la keje keras sikit, hewhew. Then dah settle, aku pegi amek adik aku kat hostel ia pastu balik rumah solat terus pegi cari kedai Hikmah Enterprise dekat batu caves. Aku pegi sini sebab nak beli barang-barang yong tau fu. Kenapa aku tak beli yang kat carefour je ? Sebab aku takut sangat tak halal, so kalau beli kat sini, komfem-komfem halal plus femes kot dah banyak kali keluar majalah. Kos aku kat sini dalam RM 30 ringgit je. Murah sangatttt and berbaloi tu pun banyak lebih. And kene la prepare tempat nak steam tu kan, aku tade pon, hahaha so pakai periuk nasi je, pon boleh, beli paste tomyam tu, buat kuah je, then rebus la barang yong tau fu tu dalam tu. Jimat itu berkat kan ? *alahaii tetiba*
Banyak lagi sebenarnya, tak sempat nak tangkap gambar sebab rushing




Dah settle beli bahan yong tau fu, aku singgah wangsa walk jap sebab nak beli kek, udang and barang decorations. Aku beli kek fully ice cream, ade kek ice cream layer dengan kek, tapi yang aku beli ni fully ice cream, so mahal sikit la. Harga dalam RM 90 lebih campur tax. Tapi serious kek dia superb beb, puas hati sangatt. Pastu kalau kat wangsa walk ada satu kedai jual barang-barang party ni, so senang la keje aku. Pegi satu tempat je ada semua benda, pastu udang aku beli kat cold storage. Pandai-pandai la bajet berapa banyak.

Sampai rumah je abang aku dah balik, pastu terus suruh dia tipu sunat call mak aku cakap yang dia tak balik, biar nak suprise. Abang aku ni pulak anak soleh sikit, ape dia cakap mostly mak aku percaya la. And yess we made it, mak aku percaya gila kot. Hewhew, sorry mak tipu sunat :)
Then terus start tiup belon, pasang decoration, potong2 barang yong tau fu, kemas rumah etc.

Dah settle semua, than tunggu la mak aku balik keje, bila mak aku balik keje kitorang tutup pintu, biar mak aku bukak pintu sendiri, and then SUPRISEEEE !!!!
Hahaha, Alhamdulillah, dengan kehadiran tetamu, majlis kecil-kecilan anjuran adik-beradik enterprise bejalan dengan simple tapi meriahnya :') Aku happy tengok family kecik aku ni enjoy makan hidangan yang simple tu. Yang penting, benda tu something yang akan buatkan mak aku ingat sampai bila-bila.



Anddddd mak aku again celebrate birhday kat rumah kakak dia iaitu makcik aku la kan, kali ni panggil lagii ramai orang. Buat majlis doa selamat sikit hari ahad. Sebenarnya macam more to gather family belah mak aku la. And tu je aku nak share. Hope yugais enjoi your day :) And enjoi reading !


Thursday, February 5, 2015

Rahsia Lulus MUET

Assalamualaikum :)
Hey-Ho and Holla ! Okay for this entry aku nak share benda yang memang student macam aku ni perlukan, which is nak lulus MUET ! Hewww at least band 3 laa kan ?
Okay, bagi aku, nak lulus MUET tak senang and tak susah. Sebab ? Ok lemme expleiynn to you veveyhh, haaa amboi over aku ni.

Muet akan ada banyak bahagian, which are listening, reading, speaking, eassay and so on lah, bak kata teacher aku, tak semua orang a good listener kan ? and tak semua orang a good writer kan? So, masing2 ada kelebihan and kekurangan. Kalau boleh, korang focus on which part yang korang power, InsyaAllah bila korang focus satu benda, yang lain akan follow.

Aku bagi tips untuk listening, korang kene banyaakkkkkkk sangat practice. Macam mane nak practice listening kan ? Salah satu cara yang memang kene buat is dengar cd dalam buku Muet tu lah kan ? Pastu buat practice dia. Tapi, mase aku kat matrik aku tade pon laptop, so benda tu menghadkan aku untuk practice pakai cd kan. Lagipun, bosan gilaa kan buat latihan formal camtu.
Ok so ni cara aku, aku ni memang jaranggg gila dengar lagu mat saleh, sebab aku lagi prefer dengar lagu indon yang jiwangss-jiwangss karat tu (muehehehe). Jenis-jenis yang suka feel sensorang layan perasaan, bhahahaha.

So, disebabkan aku ni jarang dengar lagu omputih, ade sebabnya kenapa aku malas layan lagu omputih, salah satunya sebab aku tak faham -,-
So, disebabkan muet sila gagahkan diri anda untuk mudah nanti kat uni, jadi aku practice, dengar lagu omputih, pastu tulis lirik dia, pastu google lirik lagu tu then check balik mana salah.
So far, benda ni ada postifnya, aku pun dah mula layan lagu omputih tapi lagu indon still layan jugak, biar seiring tak gituww ? Hewhew.

Aku update sikit entry ni, part speaking, aku memang buat banyak gila latihan dengan kawan-kawan aku. Sebabnya, bila kita praktis banyak topic (aku practice almost all exercises dalam buku tu), masa betul-betul test muet tu, idea banyak dan melimpah ruah tau. Sebab kadang-kadang point topic lain boleh je masuk dengan topic lain. So, bila banyak kali practice, banyaklah idea.

So far tu je la, and kalau betul2 nak lulus MUET dengan band 6 ? Cer try ni, kita usaha kan? Semoga Allah nampak usaha kita tuu.

Ni klik bawah ni, aku just bagi yang termampu, selebihnya bergantung kat diri sendiri ok :)

 

Monday, January 12, 2015

Iyow !

Assalamualaikum :)
Hye Uolls ~~
Lame gilak nokk mak tak menaip haprak pun entry. Alah mak taip pun tade orang bace nokk, mak je perasan lebih. Haaa suke hati mak lah nokk asalkan mak happy !
Engko dah kenapa buat intro cenggitu sampai satu perenggan !

Oklah dek non, sumpah weh lame gilos tak menaip dah kering idea. Masalahnye idea ni nak kering bila aku ngadap laptop. Asal ngadap laptop je idea yilek, asal yilek je time tu aku tengah ngadap buku. Hah? Ape kene mengena engko ni ? Kene type disorder ke hape ?
Haaaa kan samai cenggitu sekali.

Tapi takpe, since aku dah start cuti sem !!!!!! Amboi banyak pulak aku punya tanda seru. Menggambarkan betapa gumbiranya hati beta. Hikhok. 
InsyaAllah akan berlambak entry lepas ni. Entry balas dendam namenye. Walaupun tade orang bace, pedulik pulak haku ?

Nak tengok gambor2 latest aku, gi follow insta aku eh, aje tade kije aku nak nguplode gamborr kat sini, Tapi tapelah since aku sayang gila kat korang (sorang dua yang bace entry ni) 
Jap lagi aku share gambar aku eh, eh, eh, nak ke idokk ? Nak jugak! Demi menjadi perasaan aku. 
Wah wah aku ingat aku sape ? Banyak betul monolog aku, Haha.
Yelah, orang tade pakwe memang suka cakap ngan diri sendiri. Contoh, Orang pempuan ni suka benor shopping kan? Aku suka pegi pasor je sebab boleh pakai seluo tido, haha.
Pastu pempuan ni mesti minta pendapat pakwe dia, walaupun end up dia je yang pilih. Hahaha.

Banyak benda sebenornya aku nak share tapi nanti lah ye yeop, banyak lagi mase teman ade nak lingkar atas katil sampai ngadap lappy sambil minum jus orange. (hambuoi kau ingat kau anak ongkaye ? ) Makan dalam bilik pun mak aku bising. Hahaha.
Ciss, tu cuma angan-angan aku je. Sebab tu aku nak kawen ngan anak ongkaye, masalah sekarang nih

"Ade ke ongkaye nak kat aku? Ongbiase pun takmau"

See ! Banyak betul monolog aku sejak akhir2 nih, oh lupaaa aku dah 20 kan, mestilah banyak menceceh macam makcik2 sikit. Haha.

Weh nak share fav song aku : 
Penyanyi: Avenged Sevenfold
Lagu: Dear God

Entah lah algu ni macam ade kene mengena pulak ngan aku. Aku cerita pasal lagu ni kat mak aku. 
Akisahnya...

Si Emak : Ehh sejak bila jiwang-jiwang ?

Si Anak : Bukan jiwang mak, This is SOUL beybeh (dengan penuh penghayatan)

Si Emak : Tayah nak soul sangat, pakwe pun tade, bilalah kamu ni nak ade pakwe eh...(dan panjang pulak bebel si emak. Lebih kurang sejam jugak..)

Aku pun tak paham napela mak aku risau sangat. Yelah tahu mak tu banyak peminat. Haha. Tak kisah pong, asalkan aku happy. (Happy ke?) 

Bersambung...(happy tu aku tunjuk, sedih tu aku simpan)

Bubai ~~~ Have a nice day ahead darls !
 Ehh cop, tadi janji nak share gambor, haha. 

kalau tak jumpa mana aku, korang memang bengap kalah beruk ontot merah. IHIKS !


Best Buddy zaman Matrik.


Saturday, September 13, 2014

Cool Hijab

Assalamualaikum :)
Hey-Ho!
Hari ni aku nak review satu produk terbaru abad nihh, cewahh !

Okay2, name produk ni coolhijab. Tagline die : Keeping Your hair Cool !
Apa jadahnye kan CoolHijab ni ?
Okehh meh sini nak habaq mai

Sapa2 kakak, mokcik, nenek, opah, makcik senah, makcik juai nasi lemak. Semua lahh. Kepada kaum wanita yang ada masalah seperti dibawah ( skema gila wehh *nangis* )
1.Kelimumur 
2. Gatal kepala
3. Rambut berbau

and bla bla bla...

So apa KELEBIHAN COOLHIJAB ?

1. Menghilangkan bau hapak
2. Menyejukkan kepala dan rambut
3. Melembut dan menyinarkan rambut
4. Memperbaiki rambut rosak
5. Memberi kesegaran 

Banyak lagiii.. tapi korang jangan la expect bila pakai COOLHIJAB sehari esok kelimumur terus hilang. 
Memang ajaib bin mustahil cucu nordin lahh wehh. 

Okay, first korang kena tahu, kita harus ikhtiar cari jalan solve masalah kita. Tapi kalau benda tu tak jalan jangan bising2 ogeh ?
Tapi serius, testimoni aku sendiri, benda ni memang beshhh ! 
Rambut kan mahkota wanita, kena la jaga babe. Takkanla muka je nak berserum bagai, rambut ?
Rambut pun nak kena ada supplement jugakk.
So far, memang bestt, rambut rasa fresh gila, sebaiknya pakai lepas cuci rambut.
Jangan risau, kalau korang beli ni, korang akan diberi tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung lagii tuu. So, apa tunggu lagi ?






Calling out all hijabber to try this outt, harga ?
Normal price : RM 80

Nak harga PROMO ? Nak harga Best ?
Nak harga RM 65 ?
Mehh email mehh : adibahothman@gmail.com
Wassap : 011-12267196

please people, wassap me if you realy want to buy this okay ? Ramai sangat orang wassap tanya itu ini at last tak beli pape pun. Please okay ? Muahhh cikiwtt.
Orite Bye !!

Thursday, August 14, 2014

Ijazah :)

Assalamualaikum.
Hey-Ho!

Perghh, tajuk entry tak blah gile *nangis*

Alhamdulillah, setelah setahun berhempas pulas kat matrik (hempas pulas ke ?)
Finally, Allah takdirkan aku untuk sambung ijazah aku dalam bidang kaunseling which is memang course yang aku mohon kat USIM.

USIM is short form for Universiti Sains Islam Malaysia. Walaupun aku tak amek science. Wkwkwkw.
Aku sebenarnya agak depressed lah kan, sebab aku mintak sangat aku dapat sambung kat sabah.
Allah lebih sayangkan aku gamaknye, (ehh?)
Allah hantar aku belajar kat tempat yang suasanya ada ciri-2 Islam sikit.
Maklumlah, sejak akhir2 ni aku jahil sikit *Noob*

Masuk tempat baru, always with azam dan semangat baru, sebab barang semua baru. Wakakaka. 
Middle sem nanti dah mula la malas, fikiran pun melayang pikir hape bende tah.

Korang doakan aku istiqamah okay, masalah besar aku ialah istiqamah. I am sure all of us having the same problem. Istiqamah. Susah kan nak istiqamah ? Dunia memang itu cabarannya.

Okay ! (tetiba semangat macam nak masuk daftar usim sekarang jugak) *jump jump jump*

So, korang yang ada pengalaman abang ke kakak ke atuk ke kat usim, boleh share ape yang bermanfaat untuk perkongsian bersama :)

Selamat menempuh alam baru untuk aku *clap clap clap*

Your Truly Blogger,
AdibahOthman 

Friday, May 9, 2014

Matrik Life

Assalamualaikum :)
Yo waddup yoo. Lama gilos tadak updet belog. Dah kenapa aku takreti menaip ni ? Miahahahahahahahahahaha.

Ok entry tak nak kalah, matrik life ! Aku baru je habis belajar kat matrik selama setahun. 

Cek Non : Setahun je pun, Kicoh aaa, anak cik semah sebelah rumah asasi dua tahun, tade sampai update ponn...
Aku : Mungkin dia tade blog. HAHAHA *devil laugh*

Ok, tak kisah lah hangpa diploma ka, degree ka, asasi ka, raksasa ka, aku nak share jugak life aku kat matrik. Mungkin adik2 aku yang bakal masuk ke matrik boleh pakai tips aku ni, ececehhh, bajet tips sangat la tu ha joyah?
Ogehh, nak mula dari mana pun aku tarak tau.
Frankly speak, matrik ialah tempat untuk orang RAJIN. Sumpah, wallahi, bukan nak cakap aku rajin pun. Matrik setahun je, or ada yang dua tahun depends on result spm. 

Kalau tolak cuti2 khas, dalam 8 bulan je sebenarnya. So bayangkan in 8 months, korang kena habiskan syllibus. Assignment datang tanpa sempat korang tekan pedal break *ok hiperbola sangat*

Mane nak kena cover tutorial lagi, lab report lagi, assignment lagi. So, apa yang paling penting kat matrik ialah kerja sama. (tetiba ada background cite wonderpets)
Memang copy mengopy ni benda biasa kat matrik. Tapi jangan la copy mengkhinzir buta gituww. Tunjuk laa bijak sikit.

Haha, life kat matrik, kelas dari 8 pagi sampai pukul 4. Ini untuk aliran science la, macam aku, kira macam sains fizik, tak amek bio tapi amek sains computer. Ada la jugak gap antara pukul 8 sampai pukul 4 tu, ikut jadual.

Kalau korang malas memang takleh berjaya. kat mana2 pun kan...tapi takla busy sangat sampai nak layan movie pun tak sempat. Sempat je hujung2 minggu tuu, kena set time la. Contoh macam aku ngan rumet aku, masing2 tak obses sangat dengan movie2 ni, ada setengah student tu sampaikan masa study week pun layan running man. 
kena arranged jadual sendiri, contohla, aku dengan roomates aku, akan plan buat keje dulu sama2, pukul 12 malam baru tengok movie. Sp at least, korang ada point untuk siapkan korang punya kije kan ?

And the most important is, kena pandai bawa diri. Sebab banyak sangat kes terlanjur kat matrik aku, mungkin diorang ni jakun sangat kot, tak pernah bebas, sebab tu jadi camtu. Aku pun tak taula nak salahkan siapa, tapi mak aku selalu pesan, pokok pangkalnya diri sendiri.

Bila dah hanyut ngan pakwe, mak ayah kena panggil, kesian aku tengok parents diorang, parents pulak yang nangis bagai nak rak, anak2 yang bersalah ni buat muka taik je. Haihhh, kenapa la remaja sekarang macam ni. ok aku dah melalut sebenarnya. Tips kat sini kena pandai bawa diri ok.

So, tu je kot. Nothing much yang aku nak share. Ada je sebenarnya, nanti la yee aku share. 
bye. Salam kasih sayang, tuan tanah kedaung. Yihahahaha ^_^

Monday, February 3, 2014

Babies Blink

Assalamualaikum:)
Hola and Hey-Ho !
Yeah, seperti yang telah dijanjikan, aku nak share skin care apa yang aku pakai, since family and kengkawan aku pun cakap muka aku dah okay sikit.
Sebenarnya,aku takdela masalah bebenauu, tapi sejak aku tersalah pakai satu produk ni masa aku habis form 5, terpaksa lah aku menaggung akibatnya kann.

So, nak cakap, pakai sekali muka jadi macam nora danish memang tidak la kan kateko !
Aku pakai babies blink, harga pun mampu milik. Kompem mampu milik, memang product ni takde kat watson ke guardian ke, tapi kat instagram memang berlambak, search je #babiesblink , kompem segala toknenek testimoni semua ada, kalau tak tau or malas nak pegi kat ig, boleh email aku adibahothman@gmail.com . Aku pun dah jadi dropship agent, so nak pape je email me direct ok. 
And tak jalan jugak, kalau korang setakat tepek kat muka hari-hari tapi dalaman korang tak jaga, banyak toxic etc. So, jom cantik luar and dalam, minum perla coffee, fynn jamal pun makan, tapi, janganlah expectation korang minum je komfem putih, ussain bolt pon kalau telan sepuluh kotak sehari, takdenye putih macam adira ke kann, it jst help to repair your skin. Depend on orang laa.

And for base aku pakai super glitter white, yelah, takkanla duduk rumah pun nak pakai cream lah ape lah kan, so, aku pakai je super glitter white ni, pastu sapu je bedak biasa silky girl, pastu boleh konfiden pegi pasor malam pakai tudung takyah iron. HAHA.
(aku lah tu, jangan ikut perangai hodoh akak okey)
Lepas pakai super glitter white, boleh jugak nak sapu day and night cream.
set babies blink

testimoni

testimoni. Datin lyanaz lah pengasasnya.

super glitter white

Nak selitkan juga skin food yang elok untuk muka, serum. Aku pakai serum from Mai Amy Skincare, satu botol kecik tu RM 20 ringgit, dia macam-2 serum, whitening ada, yang paling femes stemcell. Ada jugak kat instagram. Ni pun mak aku beli, and share ramai-2, lagi jimat.


So far, muka aku dah tak berminyak, parut pun pudar, muka serius licin, semua aku cakap ni base on pengalaman sendiri. Lelaki pon boleh gakk, 
ape yang komee dok tunggu lagi? takpayah pakai memahal, buatan malaysia lagii, Datin lagi tu yang mengasaskan product ni, so, watcuwaitingfor? Email me at adibahothman@gmail.com  for best price. basically orang jual satu set babiesblink yang ada sabn muka, night cream, day cream farga dalam RM 80 ringgit. Aku? for sure bagi harga murah gila gila, sebab aku bukan nak untung sangat, I just want to help yugais yang less confident bila nak face orang or bila ada presentation ke. As what I have been through. 
Tu je, semua depend on korang, nak cantik kena usaha okayy. Bubai and Assalamualaikum :)