Assalamualaikum
Hye to all and
Hey-ho!
Ok walaupun aku tahu
entry pasal hatyai-krabi ni dah basi wehh, dah lapuk, dah berkulat aku tetap
nak update jugak. Hakhakhakhak.
Maaflah buat
hengkorang tertunggu aku update pasal trip kali ni sebab aku baru je masuk sem
baru ni, 2 tahun lagi wehh nak habis kan degree *naness*
Ok back to our main
point, untuk entry kali ni, aku nak cerita more to krabi. Wehooo, korang mesti
bayangkan krabi tu pantai yang indah, dengan kebiruan pantai, keseksian orang
puteh kat sanaa, perghhh (Aipp dosa). Yep, memang pun pantai dia cantik sangat.
Kalau korang nak pergi krabi dan nak nampak bayangan ni, korang kena stay dekat
aonang. Aonang Krabi. Kalau korang nak stay kat krabi tapi dekat town, boleh
juga, Cuma takdela nampak pantai, and taklah happening malam-malam. Kalau nak
yang happening tu, kena stay kat aonang.
Ok, transport dari
hatyai ke krabi, ada dua option, naik kapal terbang atau minivan. Aku pilih
minivan sebab lagi sesuai dan dekat di hati seorang bagpacker, eciwah. Kalau
naik flight mungkin sekejap je, jauhnya tu macam dari KL ke Kelantan, so kalau
naik minivan dalam 5-6 jam jugakla. Tapi takpe, tak kisah janji murah (cis
kedekut). Ok dalam minivan ni, boleh sumbat dalam 10 orang, tapi bukan minivan
cikai-cikai tauu, yang besar dan yang penting selesa. Untuk harga pula, range
dari 350 baht - 400 baht (RM 40 - RM 45). Nak dapatkan kat mana? Kat mana-mana
agency perlancongan. Ok, aku banyak pergi keluar masuk agency sebab nak survey
nak dapatkan harga murah. Pastu survey punya survey aku jumpa la satu agency
yang paling murah bagi aku which is Chan Travel. Chan travel ni dekat town
hatyai. Kedai dia kecik je tersorok sikit. Aku booked driver untuk hatyai tour
pun dengan si Chan Travel ni. Aku dapat harga 350 Baht/Seorang. Aku booked
pergi balik terus so 70 Baht/seorang. Ok aku harap korang clear pasal ni.
Untuk hotel kat krabi
ni, aku recommend kan kome kome semua, kalau pergi masa bukan peak season, tak
payahla susah payah nak booked hotel awal-awal, sebab bersepah wehh, tak yah
risau kat sana banyak hotel yang dekat dengan pantai. Jalan kaki berapa minit
je. Sebab kalau booked awal-awal jadi la cam aku, hahaha. Aku booked agak last
minit la, sebab ada masalah dengan adam bungalow which aku dah booked awal-awal
lagi, entah kenapa masa ni, last minit ada problem dengan akaun bank aku, aku
pula tak perasan ada email pasal benda alah ni, last-last dia cancel booking
aku, padahal aku dah dapat harga baik dah. Last-last aku booked Happiness
Resort. Happiness resort ni ok, Cuma jauh sikit dari pantai, kena naik tuk-tuk
pergi beach ataupun tempat yang banyak jual-jual barang ni. Kalau naik tuk-tuk
dalam 100 Baht or kalau pandai bargain dapat la 80 Baht. Happiness Resort ni
lebih kepada orang yang nak privacy sebab tak bising, sunyi jep, ada swimming
pool. So harga pun agak mahal juga. Walaupun jauh, apa yang aku suka, owner dia
orang Islam, orang Patani, boleh cakap melayu, loghat dia macam Kelantan sikit.
Anak lelaki dia yang jaga resort ni, so boleh la juga nak cakap sikit-sikit
dengan dia. Orang Thailand ni kan, tak main la bela lembu, dia bela kuda oi
depan rumah, hahaha. Nampak rumah kampong, sekali ada kuda tersadai depan
rumah, pergh pergh, jatuh air muka anak raja yang sibuk main polo tu, depan
rumah hangpa pun takdak kuda. Ekekekeke. *Ampunkan patik tuanku*
Ok, lupa nak cakap
pasal happiness resort ni, dia ada sediakan transport kalau nak ke beach, free
jep. Tapi ada waktu-waktu dia. So, family aku nak jimat, pergi beach naik
transport dia, balik baru naik tuk-tuk. Oh lagi satu, mamat owner ni kata,
kalau nak murah jangan booked online sebab mahal, kalau booked direct kat dia
lagi murah.
Ok, sekarang aku nak
cerita pasal snorkeling kat krabi. Banyak pakej yang ditawarkan oleh banyak
agency. Korang tinggal pandai pilih harga dan bargain. Ok, aku amek pakej 4
island. Pakej ni paling basic. Ada agency ni amek harga 400 Baht, tapi kena
tambah lagi 200 Baht/pulau untuk national fee, so untuk ni, 2 pulau korang kena bayar national fee ni, so total 800 Baht la termasuk peralatan
snorkeling, lunch dan transfer hotel-beach-hotel. Tapi aku tak amek yang ni,
hahaha, nampak tak nak jimat dan kedekut punya pasal. Aku ada jumpa satu agency ni,
dia offer kat aku 4 Island ni dengan harga 600 Baht, tapi takyah bayar National
fee so bila sampai kat pulau-pulau tertentu yang ada national fee ni, family
aku tak turun la. Haaa paham tak, kalau bayar baru boleh turun jejak kaki kat
pasir pulau tu.
Ada satu tempat tu, nama dia poda island kot, entah la tak ingat, peram lama sangat. Kat satu pulau ni, korang boleh lintas dua pulau. Ok korang imagine eh, ada dua pulau jauh dalam 200 meter, tapi korang boleh jalan je atas pasir untuk ke pulau lagi satu tu sebab air cetek paras-paras lutut je. Air pulak jernih je. Tapi disebabkan aku kedekut taik hidung manis tak moh bayar, aku tak turun la. KihKihKih. Duduk atas boat tunggu orang lain naik, so dia drop kita dalam 20 minit gitu.
Next pit stop chicken island kot, nama dia macam tu sebab pulau tu bentuk macam ayam. Pastu baru boleh snorkeling. Haaa ni part aku kuciwa, nama je 4 island kan, tapi tempat yang boleh snorkeling satu je wehh. Yang lain tu macam melawat je. So kalau bab snorkeling ni aku lagi prefer kat Malaysia je. Kalau diving kat sana murah, tapi tak tahu la pula best ke tak. Ok ada satu tempat ni, termasuk dalam pakej 4 island tu, boleh panjat bukit pastu terjun, apa tah orang panggil tu, tapi mak aku tak kasi try, hahahaha bahaya. Mat-mat saleh memang suka. So kitorang ni, tengok je laa dari boat.
Ni chicken island, nampak tak bentuk ayam tu?
Ni adik aku yang tak reti berenang, tak reti snorkeling, yang reti jerit nama abang aku je suruh tolong dia, hahahha.
Si mabuk laut !
Ni la yang aku cakap tu, panjat tangga tu pastu terjun. Best wo, tapi omak den tak kasi try :(
Ada kat satu pulau tu, ada jual makanan atas bot ni, macam-macam ada.
The view kat aonang masa sunset, sangat best ! *Rindu nak pergi lagi*
Aku pula tak tahu kenapa, rupanya aku ni mabuk
laut, kahkahkah. Lawak. Ataupun sebab aku dah lama tak naik bot, tak tahu le kann.
Boleh pulak aku muntah belilah kat atas bot tu, hahaha, muntah dalam plastik
la. Buat malu je weh, hilang kental aku. Hahaha.
Ok weh sampai sini jep aku update dulu, tunggu next entry ok?
Sila jawab "BAIK CIKGU" kuat-kuat !
Bye.
Salam cik saya nak tanya psal pakej 4 islands yg awak pergi tu. Apa nama travel agent nya dan kat mana tempat travel agent tu eh?
ReplyDeleteSalam cik saya nak tanya psal pakej 4 islands yg awak pergi tu. Apa nama travel agent nya dan kat mana tempat travel agent tu eh?
ReplyDeletetak ingat la nama egent dia, boleh cari sekitar aonang tu, banyak yang lagi best dari saya punya pakej, yang saya punya pakej ni tak best sangat.
Delete