Friday, November 27, 2015

Honey Stick

Assalamualaikum,
Hye to all and Hey-Ho
Untuk entry kali ni aku nak share pasal honey stick, ataupun bahasa ibundanya batang madu.
Haaa bukan madu 3 okeh.
Aku memang pengamal madu, walaupun tidaklah tegar. Dulu, aku sangat tak suka madu tauuu, sebab bila masuk kat tekak, ya ampunn likatnya. Tapi lepas baca buku Jery D Grey, terus berubah gituhh kau. 

Aku selalu beli madu yang botol kaca kecik tuu, senang. Nak angkut kemana-mana pun senang. Tapi, lecehnya sebab nak kena usung pula sudu kehulu-hilir kan. Sebagai perempuan paling simple dalam dunia, aku ni kalau boleh semua benda nak simple, nak senang. Haaa diva AA tak haku. Eh sukehati lah kan, walaupun takde rancangan amboi-amboi-amboi sendiri. 
*Flip fan*

Okay, before proceed to honey stick ni, aku nak share cara untuk tahu madu tu asli ataupun tak. Aku belajar teknik ni masa kat cameron highland, haa jauh tak jauh aku menuntut ilmu ni. Taklah, sebenarnya masa trip ke cameron, kan ada jual madu lebah original katanya. Pakcik tu pun tunjuklah perbezaan madu ori dengan tak ori. Stepnya:

1. Letak satu sudu madu dalam cawan.
2. Letak sikit air masak. Sikit je tau, dalam 3 sudu.
3. Kocak-kocak, jangan stir (kacau) pakai sudu. Just gerakkan cawan tu je, gerak kiri kanan gitu.
4. Tengok madu yang mendap tu, kalau dia membentuk ala-ala sarang lebah, insyaAllah original.
Dia akan nampak macam sarang lebah. Walaupun tak exactly macam tu, at least nampak la rupanya tu. 
5. Kalau tak nampak, ada cara lain. Buang madu tu dalam singki, Pastu tepuk dahi, cakap "Aku kena tipu" sebanyak tiga kali. HAHAHAHAHAHA. 

Okay, back to our main topic. Zaman sekarang ni, sangat mudah untuk mengamalkan sunnah. Madu ni kan sunnah. Makan madu, sihat dan dapat pahala lagi, 2 in 1. Sekarang ni dah ada madu stick, yeyy. Sangat mmudahkan orang malas macam aku. Kalau lambat bangun nak pergi kelas, just grab je 1 stick bawa ke kelas. Boleh makan di mana-mana, macam makan coki-coki. 

Ohh, lagi satu, kalau makan madu yang dalam gelas kaca tu. Aku dapat tips juga, madu ni kena makan guna sudu plastik, tak boleh sudu besi. Ni aku tak tahu kenapa. tapi, mak aku pun memang makan madu pakai sudu plastik. So, kalau makan madu yang dalam bekas kaca tu, satu hal pulak kan nak membasuh sudu pagi-pagi. *Nak basuh sudu pun malas kakak oii*
Kalau makan honey stick ni, senang. Lepas makan buang je. 

Rasanya banyak yang jual honey stick ni. Tapi pilihan aku Top IQ Honey Stick. 
IG: coklat_iq
FB: coklat iq-home made



Dalam satu balang ada 100 sticks, harga RM 80.00
Kiranya satu stick RM 0.80 sen la.

Bagi aku, okay and not bad. Aku sangat suggestkan, ibu-ibu yang nak biasakan anak makan madu dari kecil, bagi kat anak honey stick ni. Sebelum pergi sekolah, makan satu stick. Asyik nak depends kat suppliment luar negara je kan. Jomlah praktikkan sekarang. Lagipun madu ni banyak khasiatnya. 
Ok tu je nak share.
Bye, Assalamualaikum.




Thursday, November 26, 2015

Teman Backpack Ke Jakarta

Assalamualaikum.
Hey-Ho.
Ape ke pelik kan tajuk entry aku kali ni.
Aku serious ni *Muka serious speck jatuh sikit tangan silang kat dada*
Aku mencari teman backpack ke Jakarta tahun 2016.
Okay, tarikh and details aku bagi kemudian masa email.

Ok, ceritanya begini. Pada beberapa minggu yang lalu, AA buat promosi, lalu aku dan teman aku dengan gelojohnya menempah flight ke Jakarta tanpa menggunakan akal fikiran dan IQ kami yang rendah ini. Sobs

Done booked tiket, aku pun google lah sikit-sikit pasal Jakarta, mostly orang cakap bahaya kalau pergi sendiri-sendiri, tambah pula awak tu pempuan. Perghh nk nangis wehh, walaupun tiket murah je kan.

Aku fikir nak amek ground tour package. So, sekarang ni, aku ada 2 options, kalau ada yang berminat untuk ke Jakarta dan guide kami disana tanpa bantuan Tour guide lagi bagus, boleh jimat cost. Aku prefer lelaki lah, yang nak backpack tu, alang-alang tu sekali lah kan, just nak ada lelaki je dalam group tu as protection lah konon. Walaupun aku ada black belt, bahayo jugak, sebab aku tak pernah pergi kan, so, takpe, first time pergi, biarlah berteman.
Then, second option, aku nak amek tour package je. Anyone yang ada pengalaman ke Jakarta secara solo atau duo, bolehlah share kan pengalaman korang tu. Nak share link pun boleh, nak email direct kat aku pun boleh. Jadi, sesiapa yang berminat nak join team backpack aku, boleh email aku. 

Aku kalau boleh nak someone yang simple, tak menggelabah, boleh siap dalam masa 2 minit setengah, sanggup susah payah. Yelah, dah nama pun backpacker hengkooo, bukan honeymoon. 
Ataupun jika terdapat mana-mana travel agensi yang nak offer aku package ground dengan harga yang murah dan logik pun boleh. Agensi indonesia mahupun malaysia. Boleh direct email aku.

adibahothman@gmail.com

So tu jep, oh lupa nak pesan, beli flight ke hape ke, kome urus lah sendiri yep. Tak pun, kalau korang pun dah tempah tarikh sama, ape kate kita pergi sekali, mengeratkan ukhuwah gituhh. 

Ok byee:)