Friday, November 18, 2016

My Malas Tips

Assalamualaikum everyone 
Hey-Ho !
Bapak lama weh tak update blog, maaf la ye, tapi aku tak rasa ada yang baca pun, kahkahkah. Ok bai,

Okay, so let's us straight to the point. Alhamdulillah, masa aku tahun 2, aku dapat dekan untuk 2 sem *jangan tanya aku kenapa tahun 1 kenapa aku tak dapat dekan* sobs.

No fancy jubah, no flip shawl, no high heels, just converse, tudung tak gosok, hahaha, orang lain semua lelawo beb, aku memang datang nak makan je ok, hahaha.

Ok, seriously, i posted a picture or caption or even blog bukan untuk canang satu dunia aku dapat dekan, kalau nak canang pun, tunggu aku dapat graduate first class dulu haaa time tu aku canang betul-betul. hakhak *nampak tak niat dah tak betul, ish ish sih* ok gurau je.

Sebenarnya ni bukan entry untuk tips pelajar cemerlang ke ape, kalau kome nak tips yang detail or mantop, i am sure korang boleh dengar motivation talk, baca buku tips pelajar semerlang or whatsoever lah kan, tapi entry ni khas kepada orang malas nak mampuih cam aku. 
Bila member aku tanya aku study bila?
Jawapan aku tak, aku tak study gila-gila pun, sumpah aku tak tipu.

Ok, first, aku terapkan belajar kerana Allah dan kerana ilmu. Aku yakin, dengan niat 2 benda tu, mudah untuk kau faham waktu belajar. Aku takde pun jadual belajar ke ape, tapi kena pandai manage waktu lagi-lagi waktu study week, use it wisely ok. Bila kau belajar kerana ilmu, kau akan rasa nak apply terus apa kau belajar. Takyah tunggu kije, sekarang pun dah praktikkan. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah (chiwah, USIM sangat) haha.

Next, respect lecturers. Yes, benda ni yang ramai fail to do. Ramai yang panggil lecturer dengan nama diorang je, entah aku rasa benda tu disrespectful. Walaupun engko dapat dekan ke, still benda tu salah. Ilmu tu kau kutip dari dia, pastu kau panggil dia macam member-member kau je. 
Biar lah tak dapat result cemerlang pun, janji sahsiah tu jangan nampak sangat macam tak masuk universiti dek non. Aku percaya redha dan rahmat. Benda yang paling penting untuk kita berjaya dunia akhirat. 

Next, jangan kedekut ilmu. Bila nak final, aku akan buat study notes aku, then aku copy banyak-banyak bagi kat member-member aku. Trust me. Kadang kita tak tahu doa siapa yang Allah nak makbulkan behind our success. Contoh kau bagi kuih pagi-pagi, dua ketul ja pun kat makcik cleaner, pastu dalam hati dia doa semoga kau berjaya dunia akhirat. Haa tuptup Allah makbulkan, selalu-selalu la tolong orang. InsyaAllah, kadang doa diorang yang buat kau berjaya. Kalau orang tolong kau, kau doa pulak yang baik-baik untuk orang tu, doa untuk orang tanpa pengetahuan orang tu kan insyaAllah makbul :')

Ok last, solat sunat sebelum subuh. Solat sunat sebelum subuh ni sangat banyak kebaikan dia, kalau tak takkanla Nabi Muhammad buat juga selepas subuh kalau dia nak kejar solat berjemaah. Ok aku share ye, tak ingat la exactly how the hadith but lebih kureng la yek, satu hari sahabt nabi masuk masjid tapi lambat sikit, orang tengah jemaah dah masa tu, tapi dia nak juga solat sunat sebelum subuh sebab kelebihan dia memang besar, tapi mesti la tunaikan yang wajib dulu. Then, dia pun solat la berjemaah, lepas habis berjemaah dia pun solat juga solat sunat sebelum subuh tapi lepas subuh. Nabi Muhammad hanya mendiamkan perbuatan dia. Sebabnya berkatnya solat sunat sebelum subuh tu sangat hebat. So, rajin-rajin ye buat. Aku pun kadang terlepas juga buat, sebab ngantuk sangat, huahuahua takpee tau, slow-slow ok.

Tu je kot, aku nak share. Takde special tips pun. Tapi nak berjaya memang la kena belajar ye, kalau tak buka buku memang tak dapat hape la. Jangan bodoh sombong ok, tak tahu tu tanya. 
Ok bye :)

Sunday, September 18, 2016

Brand New Day:)

Assalamualaikum :)
Hey-Ho.

Lama gila ok tak update blog, maklumlah busy oi melayan assignment, melayan anak-anak, melayan hati yang lara ni. 
Actually aku baru je start sem 5 wehh, wihoo tak sangka dah masuk third year degree weh, sape sangka budak flat selekeh macam aku boleh masuk universiti. Rasa nak nangis bersyukur rasanya dapat peluang yang Allah bagi kat aku ni.
Each and avery single thing yang Allah bagi, we have to bersyukur. Tak terkira everyday punya rezeki. Setiap hari rezeki lain-lain. 

Ok, masa cuti sem yang lepas masa bulan Ogos, aku a backpack ke Indonesia, Alhamdulillah. rasa bersyukur sangat dapat ke Indonesia. Yang lagi gempak tahap tak boleh belah, aku pergi berdua je dengan kawan perempuan aku (yelah, kawan perempuan, kawan lelaki takde, I kan tak cantik, sape je nak weh *sedeh*) ok takyah nak sedeh sangat. Aku nak sangat upload entry pasal aku backpack kat Indon ni, tapi sehari-ke-sehari, biasalah iolls kan bila tahap pemalas tu datang tahap nak capai control kat lantai pun sanggup panggil adik aku suruh ambikkan, haa amekkau.

Actually, banyak benda nak sgare dengan blog. Yelah, hidup sunyi. Haaaa takyah nak sunyi sangat, member bersepah ok. But yeah, you know, there a time where you need someone to talk into a deep thing that you dont want to share it with your close friend or even your family. 
I still find someone that i could share every single thing without hesitate.

I do admit I am single but as i said in my instagram, it just a statement that describe i am so free to do anything i want and i can do it b myself. So, girls out there, yang still single. It doesnt mean that you guys tak laku or what. Sometimes, that guy yang buta nak menilai korang. I had face banyak kali dah. On the first sight lelaki akan jatuh hati kat paras wajah. I am not blaming for you guys to have a beautiful face. Tapi, yang cantik tulah yang lelaki suka, yang gelak comel-comel. Hey you know what nanti dah kawen, yang kau kena hadap bukan je cantik-cantik dia je, selekeh dia, bersin keluar hingus dia, kentut bau telur dia, taik mata metepek dia, and list goes on. 

Life is not about all those happy things je. Betul, kadang-kadang susah nak pura-pura senyum. Pretend to be happy while you are not is the hardest thing to do. Its okay, keep smiling. Something happy is waiting in the end of your life. Just believe that one day you going to be fine.
Ya ampunn, ayat untuk diri-sendiri ni. Hahahaha. Kalau orang dah tak mahu, takkan lah kau mau hegeh lagi kan, bawa lah diri kau tu kat tempat yang sebetulnya. 
Bye. 

Sunday, July 31, 2016

Resepi Cuti Sem :)

Assalamualaikum.
Hye To All and Hey-Ho !

Ok disebabkan aku tengah cuti sem ni, memang rutin harian aku selain daripada seorang anak yang mithali aku juga seorang bibik yang rajin (kasi chance la puji diri)
Normally, aku akan kerja bila cuti sem, tapi kali ni aku tak kije langsong, oh my aku memang tak reti duduk diam. Kalau dulu, aku mampu lakukan dua kerja dalam satu masa, hahaha nampak tak nak saing-saing superhero seperti Captain Amerika mahupun Spiderman, nak selamatkan orang pun masih mampu bercinta. 

Dulu aku pernah buat dua kerja dalam satu masa, penat memang penat beb, baik penat daripada tergolek kat rumah macam sekarang ni kan, duit pun tak masyuk. Aku kerja pun sebenarnya bukan nak cari duit sangat tapi yeah you know me, memang tak boleh duduk diam. 

Ok, back to our main topic, rutin seorang anak solehah macam aku ni every morning, kemas bilik, pergi pasar, masak, kemas rumah, sapu rumah, lipat kain. The same rutin repeated everyday.
So, untuk entry kali ni aku nak share few resepi yang senang pantas dan sedap untuk dimasak. 

Aku bukan lah hebat pun memasak, tapi aku suka memasak, mungkin mak aku selalu tengok rancangan memasak bersama chef wan masa mengandungkan aku kot, hahaha.
Sampaikan kadang-kadang aku gian nak masak, aku rasa happy bila masak, lagi-lagi kalau stress kat hostel, lagi lah aku nak masak.
Ok, aku punya intro je dah berapa perenggan. Kat bawah ni antara resepi simple yang aku selalu masak.

1. Kari Ikan

Bahan-bahan:

Bawang besar (hiris)
Bawang Putih (hiris)
Halba campur
Serbuk Kari (bancuh dengan sedikit air panas jadikan pes)
Daun Kari
Ikan Merah
Santan
Air Asam Jawa
Tomato

Cara-cara memasak:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih
2. Masukkan pes serbuk kari dan daun kari dan halba campur. Tumis sehingga pecah minyak. (kalau tak tumis betul-betul boleh sakit perut nanti)
3. Masukkan air asam jawa. Agak-agak je. Jangan masam sangat.
4. Tunggu menggelak. Masukkan ikan.
5. Agak-agak ikan dah half cook, masukkan santan.
6. Kacau dan masukkan garam. 
7. Bila dah sebati semua rasa masukkan tomato dan matikan api.
Siap!

2. Kurma Daging

Bahan-bahan:

Bawang besar dan bawang putih
Daging batang pinang
Serbuk Kurma (tambah air jadikan pes)
Tomato
Kentang (potong 4)
Cili Merah (Belah dua tanpa putuskan cili)
Santan
Kulit Kayu Manis

cara-cara:

1. Rebuskan daging. (Ada yang tak rebus, terpulang, tapi lebih baik kita rebuskan dulu daging untuk buang lemak kat daging tu).
2. Setelah rebus dan empuk, potong kecil-kecil daging.
3. Tumis bawang besar dan bawang putih
4. Masukkan pes kurma dan kulit kayu manis dan tumiskan.
5. Masukkan secawan air, dan masukkan kentang dan daging.
6. Tunggu sehingga kentang empuk. (Jika air kurang boleh tambah)
7. Masukkan Santan dan cili merah.
8. Tambahkan garam sehingga cukup rasa dan masukkan tomato.
Siap!

Ok, banyak lagi sebenarnya aku nak share, tapi sampai sini dulu eh, next entry aku masukkan resepi asam pedas and daging salai masak emak cili padi.
Oh jap, nak memasak ni, korang kena ikhlas dan datang dari hati, Cehh, kalau yang ada suami tu baru la enchek suami terpikat, kalau yang forever alone macam aku ni, bolehlah nak bodek mak belikan apa-apa. Hahaha. 

Bye!
Thanks for reading.

Wednesday, June 15, 2016

Movie Review: The Conjuring 2

Assalamualaikum.
Hye guys, Hey-Ho.
Lama tak update blog kesayangan beta ni, maklumlah beta busy sampai diri pun tak terurus. 
(Pastu hengko ada masa pulak tengok wayang?)
Hiks.

Aku tak rasa lambat lagi kot untuk aku ucap Salam Ramadhan, semoga Ramadhan tahun ni menjadikan kita muslim yang lebih mukin, wahh gituuuu ayat usim sangat, hahaha.
Ok, back to the main topic, walaupun aku tengah mood final exam, tapi ada masa pulak kan hakak kau ni tengok wayang, biasalah aku ni kan gila babun sikit.
Bulan-bulan Ramadhan ni tengok wayang. Haihhh.
Ok, overall the conjuring 2 ni aku bagi 9/10 untuk jalan cerita and all. Tak lah seseram macam aku bayang sebenarnya, tapi boleh la untuk sebuah naskah based on true story. 

Ok untuk yang tak tengok lagi conjuring 1, meh aku cite sikit, conjuring ni pasal paranormal activity, more to demonic laa gitu. So, untuk conjuring 2 ni, orang yang sama tu dia bantu satu family sebab kena ganggu dengan makhluk halus la gitu, tapi sebenarnya, yang betul2 jahat hantu yang nama dia Valak. 

Ada juga yang kata Valak ni memang betul-betul wujud. Maksudnya memang ada jin nama dia Valak, wallahualam kesahihannya. Sebab cerita ni kan based on true story jadi, nama-nama watak dia pun dia kekalkan. The end of the movie pun they show the real person and the real picture of the scene. 
Nak kata seram nauu tu takla sangat, mungkin sebab tengok kat wayang, the sound effect tu over sikit, hahaha, debor tu tetap la debor dah nama pun cerita hantu bukan cerita cinta kann. 

Worth it la kalau kome nak tengok cerita ni, jalan cerita pack, macam takde ruang pun untuk aku toleh mamat kat sebelah, cehh nampak tak gatal nye aku ni, hikhik. Kiranya pandangan aku tu macam nak tengokkk je screen kat depan haaa gitu. Cerita dia dalam 2 jam je. Agak sekejap la untuk cerita orang putih. 



In conclusion, ceh macam karangan pulak, kena la tengok sendiri untuk mengalami rasa seram tu sendiri ehh, ok tu je byeee.
Eh before tu, please pray for my final exam, doakan malas aku pergi kat kau eh tak, malas aku terkubur hahaha. Ok bye, See you next entry!

Thanks for reading!

Thursday, March 24, 2016

We Are Volunteers

Assalamualaikum.
Hey-Ho and Holla !
Ok, I know I tak habis lagi update pasal krabi tu, pastu I nak update benda lain. Hikhik, maafkan beta ok.

Orite "We Are Volunteers" ataupun WAV ialah pada asalnya sebuah kumpulan assignment yang memerlukan kami menjalankan khidmat masyarakat. Tapi, akhirnya memilih untuk menjadi sukarelawan secara serious. Betul beb, kalau nak fikir masalah duit, masalah transport, memang sampai mati pun masalah ni takleh settle. Aku suka join social works tapi selalu clash dengan jadual aku, weekend aku selalunya ada program SUKSIS since aku join SUKSIS ni kan. 
So, me and my friend decide to go on this charity program with our own time. 

So, here we go, bismillah, aku nak perkenalkan kat korang We Are Volunteers ataupun WAV ialah sebuah organisasi bebas yang menjalankan kerja-kerja amal. Kami tak hanya tertumpu pada satu golongan sahaja, tapi kami meraikan semua golongan. Maltlamat utama WAV ialah untuk membantu semua golongan yang tidak berkemampuan, kami tidak hanya memfokuskan untuk sumbangan wang ringgit sahaja, kami lebih kepada sumbangan tenaga kami. 
We donate what we have. Percayalah, kehadiran anda dengan senyuman sahaja sudah cukup membuatkan mereka gembira.

WAV sedang memburu volunteers bebas yang ingin turut serta dalam event kami. Beberapa event insyaAllah akan berlangsung. Buat masa ini, event pertama dari kami ialah Hati Gerontology 1.0. Gerontology ialah old age dalam bahasa scientificnya. Masa tengah belajar psycho, melekat pulak perkataan ni kat otak aku. 


Hati Gerontology 1.0 akan diadakan di Pusat Jagaan Orang Tua Abdillah, Seremban. Untuk volunteers, kami sudah pun cukup crew tapi kami masih lagi memerlukan sumbangan dari segi wang ringgit mahupun makanan asasi.
Jika anda berminat untuk menderma, boleh la contact saya 

011-12267196
Adibah

Sesi post-moterm untuk event pertama kami akan dibentangkan disini. 
Semoga kita terus dilimpahkan aura yang positif dan ceria.

"sekecil-kecil amalan kita akan dinilai Allah"

Doakan WAV akan terus berjaya menceriakan hati-hati insan yang kerkurangan. 


Monday, February 29, 2016

Hatyai-Krabi Part 2

Assalamualaikum
Hye to all and Hey-ho!
Ok walaupun aku tahu entry pasal hatyai-krabi ni dah basi wehh, dah lapuk, dah berkulat aku tetap nak update jugak. Hakhakhakhak.
Maaflah buat hengkorang tertunggu aku update pasal trip kali ni sebab aku baru je masuk sem baru ni, 2 tahun lagi wehh nak habis kan degree *naness*

Ok back to our main point, untuk entry kali ni, aku nak cerita more to krabi. Wehooo, korang mesti bayangkan krabi tu pantai yang indah, dengan kebiruan pantai, keseksian orang puteh kat sanaa, perghhh (Aipp dosa). Yep, memang pun pantai dia cantik sangat. Kalau korang nak pergi krabi dan nak nampak bayangan ni, korang kena stay dekat aonang. Aonang Krabi. Kalau korang nak stay kat krabi tapi dekat town, boleh juga, Cuma takdela nampak pantai, and taklah happening malam-malam. Kalau nak yang happening tu, kena stay kat aonang.

Ok, transport dari hatyai ke krabi, ada dua option, naik kapal terbang atau minivan. Aku pilih minivan sebab lagi sesuai dan dekat di hati seorang bagpacker, eciwah. Kalau naik flight mungkin sekejap je, jauhnya tu macam dari KL ke Kelantan, so kalau naik minivan dalam 5-6 jam jugakla. Tapi takpe, tak kisah janji murah (cis kedekut). Ok dalam minivan ni, boleh sumbat dalam 10 orang, tapi bukan minivan cikai-cikai tauu, yang besar dan yang penting selesa. Untuk harga pula, range dari 350 baht - 400 baht (RM 40 - RM 45). Nak dapatkan kat mana? Kat mana-mana agency perlancongan. Ok, aku banyak pergi keluar masuk agency sebab nak survey nak dapatkan harga murah. Pastu survey punya survey aku jumpa la satu agency yang paling murah bagi aku which is Chan Travel. Chan travel ni dekat town hatyai. Kedai dia kecik je tersorok sikit. Aku booked driver untuk hatyai tour pun dengan si Chan Travel ni. Aku dapat harga 350 Baht/Seorang. Aku booked pergi balik terus so 70 Baht/seorang. Ok aku harap korang clear pasal ni.

Untuk hotel kat krabi ni, aku recommend kan kome kome semua, kalau pergi masa bukan peak season, tak payahla susah payah nak booked hotel awal-awal, sebab bersepah wehh, tak yah risau kat sana banyak hotel yang dekat dengan pantai. Jalan kaki berapa minit je. Sebab kalau booked awal-awal jadi la cam aku, hahaha. Aku booked agak last minit la, sebab ada masalah dengan adam bungalow which aku dah booked awal-awal lagi, entah kenapa masa ni, last minit ada problem dengan akaun bank aku, aku pula tak perasan ada email pasal benda alah ni, last-last dia cancel booking aku, padahal aku dah dapat harga baik dah. Last-last aku booked Happiness Resort. Happiness resort ni ok, Cuma jauh sikit dari pantai, kena naik tuk-tuk pergi beach ataupun tempat yang banyak jual-jual barang ni. Kalau naik tuk-tuk dalam 100 Baht or kalau pandai bargain dapat la 80 Baht. Happiness Resort ni lebih kepada orang yang nak privacy sebab tak bising, sunyi jep, ada swimming pool. So harga pun agak mahal juga. Walaupun jauh, apa yang aku suka, owner dia orang Islam, orang Patani, boleh cakap melayu, loghat dia macam Kelantan sikit. Anak lelaki dia yang jaga resort ni, so boleh la juga nak cakap sikit-sikit dengan dia. Orang Thailand ni kan, tak main la bela lembu, dia bela kuda oi depan rumah, hahaha. Nampak rumah kampong, sekali ada kuda tersadai depan rumah, pergh pergh, jatuh air muka anak raja yang sibuk main polo tu, depan rumah hangpa pun takdak kuda. Ekekekeke. *Ampunkan patik tuanku*



Ok, lupa nak cakap pasal happiness resort ni, dia ada sediakan transport kalau nak ke beach, free jep. Tapi ada waktu-waktu dia. So, family aku nak jimat, pergi beach naik transport dia, balik baru naik tuk-tuk. Oh lagi satu, mamat owner ni kata, kalau nak murah jangan booked online sebab mahal, kalau booked direct kat dia lagi murah.

Ok, sekarang aku nak cerita pasal snorkeling kat krabi. Banyak pakej yang ditawarkan oleh banyak agency. Korang tinggal pandai pilih harga dan bargain. Ok, aku amek pakej 4 island. Pakej ni paling basic. Ada agency ni amek harga 400 Baht, tapi kena tambah lagi 200 Baht/pulau untuk national fee, so untuk ni, 2 pulau korang kena bayar national fee ni, so total 800 Baht la termasuk peralatan snorkeling, lunch dan transfer hotel-beach-hotel. Tapi aku tak amek yang ni, hahaha, nampak tak nak jimat dan kedekut punya pasal. Aku ada jumpa satu agency ni, dia offer kat aku 4 Island ni dengan harga 600 Baht, tapi takyah bayar National fee so bila sampai kat pulau-pulau tertentu yang ada national fee ni, family aku tak turun la. Haaa paham tak, kalau bayar baru boleh turun jejak kaki kat pasir pulau tu.



Ada satu tempat tu, nama dia poda island kot, entah la tak ingat, peram lama sangat. Kat satu pulau ni, korang boleh lintas dua pulau. Ok korang imagine eh, ada dua pulau jauh dalam 200 meter, tapi korang boleh jalan je atas pasir untuk ke pulau lagi satu tu sebab air cetek paras-paras lutut je. Air pulak jernih je. Tapi disebabkan aku kedekut taik hidung manis tak moh bayar, aku tak turun la. KihKihKih. Duduk atas boat tunggu orang lain naik, so dia drop kita dalam 20 minit gitu.
Next pit stop chicken island kot, nama dia macam tu sebab pulau tu bentuk macam ayam. Pastu baru boleh snorkeling. Haaa ni part aku kuciwa, nama je 4 island kan, tapi tempat yang boleh snorkeling satu je wehh. Yang lain tu macam melawat je. So kalau bab snorkeling ni aku lagi prefer kat Malaysia je. Kalau diving kat sana murah, tapi tak tahu la pula best ke tak. Ok ada satu tempat ni, termasuk dalam pakej 4 island tu, boleh panjat bukit pastu terjun, apa tah orang panggil tu, tapi mak aku tak kasi try, hahahaha bahaya. Mat-mat saleh memang suka. So kitorang ni, tengok je laa dari boat.


Ni chicken island, nampak tak bentuk ayam tu?

Ni adik aku yang tak reti berenang, tak reti snorkeling, yang reti jerit nama abang aku je suruh tolong dia, hahahha.

Si mabuk laut !

Ni la yang aku cakap tu, panjat tangga tu pastu terjun. Best wo, tapi omak den tak kasi try :(

Ada kat satu pulau tu, ada jual makanan atas bot ni, macam-macam ada. 

The view kat aonang masa sunset, sangat best ! *Rindu nak pergi lagi*


 Aku pula tak tahu kenapa, rupanya aku ni mabuk laut, kahkahkah. Lawak. Ataupun sebab aku dah lama tak naik bot, tak tahu le kann. Boleh pulak aku muntah belilah kat atas bot tu, hahaha, muntah dalam plastik la. Buat malu je weh, hilang kental aku. Hahaha.

Ok weh sampai sini jep aku update dulu, tunggu next entry ok?
Sila jawab "BAIK CIKGU" kuat-kuat !

Bye.


Thursday, February 11, 2016

Trip ke Hatyai - Part 1

Assalamualaikum.
Hye to all Hey-Ho! *Trademark tak boleh tinggal ok*

Ok entry ni sambungan kepada entry pengenalan before ni. 
Aku rasa dari segi pengangkutan korang faham kan? Ikut suke la nak guna darat ke angkasa lepas ke, nak mendayung dari selat melaka ke. Asalkan sampai ke Hatyai.

Roughly untuk pengangkutan 
Flight: RM 80
KTM Senandung Langkawi: RM 52 (Katil bahagian atas)

Next, bila dah sampai hatyai, rasa rugi pula kan dah sampai tapi tak cover/tour hatyai. Sampai je kat airport, jangan risau bersepah teksi kat situ, dia yang akan tanya nak pergi mana, sediakan fulus je ok. Ok cop, bab duit ni, 100 baht dia dalam RM 11.00 ++. Since, matawang myr dah jatuh kan, sabor jelah. Dari aiport ke Hi-Season Hotel 100 baht.
Ok, untuk hotel, Hi-Season Hotel ni, jauh la juga dari town. Better korang stay yang dekat dengan town, macam V.L Hotel or area Lee Garden Plaza, sebab confirm sure kome turun je hotel bersepah kedai, kedai makan pun senang, pasar-pasar pun senang.
Disebabkan aku dah tersalah booked, biaselah, kalau well planed tak best lah pula, tak travel lah namenye cik kak oi. So, dari hotel aku nak ke town, naik tuk-tuk dalam 20 baht/person. Sebabkan family aku berempat, first tuk-tuk tu kitorang kena 100 baht, pastu masa nak balik tu, aku minta kurang, dia bagi 80 baht, which means that 20 baht sorang lah. Kalau tak paham juga meh aku hempok dengan calculator amoi jual ayam yang besor gedabak tu, biar genius sikit.

Bagi yang dah booked hotel Hi-Season tu, tak pe. Tak payah nak nangis tepi bucu katil, lap air mata dengan hujung lengan baju. Sebab hotel ni wifi dia laju tahap air mata kena pisah dengan suami, menderu je laju. So best gaklah memalam nak upload gambor riak nak tayang kat facebook, instagram mahupun twitter (I lettew)
Tambahan lagi, kat hotel ni, ada siaran TV 3 okeh, KBS World yang tv korea tu pun adooo. Sukalah mak aku tu. Hotel bersih, ada peti ais kecil, ada air mineral. Adik aku panggil air chang, haha. Boleh minum, free je. Kalau habis, nanti masa room servis, minta la lagi. Setiap hari tukar towel baru. Best la. Murah pun murah. Sebab dia jauh sikit kan dari town. Harga dia RM 76/night. Aku booked kat Air Asia Go. 

Disebabkan trip aku kali ni, lebih kepada semi-travel. Maknanya taklah terlalu nak bersaving sebab semua mak aku sponsor, kahkahkah. Sampai hotel, solat then kitorang ke town.
Kat town kitorang ada 2 misi yang kena settle sebelum shopping.
First, kena cari agency yang buat hatyai one day tour second, cari minivan ke krabi. Cari punya cari, jumpa la yang murah. Wajib cari banyak-banyak. kalau boleh, tanya dulu memana agency yang korang nampak. Okay, actually, untuk one day hatyai tour ni, korang boleh juga naik tuktuk. Tapi kena ngadap panas sikit la. Aku ni, kalau pergi ngan member boleh ja nak naik tuktuk. Murah sikit la banding amek tour package, tapi sebab aku bawa mak aku kan, taknak la pula dia penat. 
Lastly, aku jumpa Chan Travel Agency. Aku buat research pun orang kata dia murah sikit compare to others. 
Harga one day hatyai tour 1200 baht/car
So, dalam kereta tu family aku je. Sangat selesa dan berbaloi. Kereta bukan calang-calang ok. Aku rasa kereta kat thailand ni murah-murah kot, semua orang pakai kereta gabak-gabak weh. Kereta yang aku naik untuk tour ni ala-ala CR-V lah gitu, jenis MPV. 
Untuk trip ni, tempat yang dia cover:

1. Nora Plaza.
- Nora plaza ni more to kedai jual t-shirt, keychain barang-barang lah. Bagi aku la, mahal sikit. Tapi aku beli jugakla satu t-shirt sebab diorang ni macam memaksa sikit. Kalau korang taknak, boleh skip je tempat ni.


2. Magic Eye 3D Museum.
-Sebenarnya, aku taknak pun masuk sini, sebab tempat ni macam yang ada kat PD tu je. Tapi biase la mak aku ni, alang-alang dah sampai tu masuk jela, rugi pula. Harga seorang 400 baht. Agak mahal juga la but I tell you worth it you know. Tempat dia best, dan banyak juga la gambor yang extravaganza. Ada show juga. Tapi diesebabkan kitorang nak kejar masa malas nak masuk show tu.
kat luar tu ada jugal gambor kita, yang pekerja dia amik guna dslr dia, sekeping gambar 50 baht, mak aku punya tamak amek sampai 4 gambor terus.







3. Buddha Temple.

-Ok buddha temple nioption sebenarnya, since kiorang kan Muslim, so driver tu tanya dulu nak pergi ke tak. Kitorang cakap nak, sebab apa salahnya kan tengok budaya or culture orang. Tempat dia atas bukit, satu jalan dengan nak ke hatyai cable car *aku tak pergi cable car*. Ada la patung dia, besar-besar gilaaa, ada naga, orang buncit, haha memacam pesen.




Tukang sponsor sepanjang trip. Mekaseh mak ailebiu, lain kali bawa lagi. Hek.



Kalau menyampah dengan I, tutup mata sambil baca. Kah!


4. Chang Puak Camp
- Ok ni tepat gajah, disebabkan thailand ni memang famous dengan gajah, wajib la pergi sini ok. Actually kat krabi pun ada satu tempat gajah, tapi sebab kat krabi, memang nak snorkeling je, kitorang pilih la chang puak camp ni sebagai destinasi kat hatyai. Banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sini selain tengok gajah. Antaranya, menembak, naik atv, naik gajah. 
Kitorang pilih naik gajah. Aku dan adik aku je naik. Sorang 500 baht. Naik atas gajah tu pastu orang tu bawa pusing dalam 30 minit. Kitorang juga beli pisang 50 baht pastu bagi makan kat gajah tu lepas dia bawa kitorang. Nampak takk gajah pun nak upah. Masuk sini free je, kalau nak buat aktiviti baru bayar. Lepas dah naik gajah tu, dia akan bagi kita buah potong for free and air mineral. Boleh lah melantak kat situ, buah kat thailand wa cakap lu memang sedap!

5. Samila Beach
-Ok, masa ni kitorang dah lapau nauu dan plan nak makan kat samila beach. Perlu diingatkan, dari hatyai town tu nak ke samila beach memang jauh weh, around 45 minutes jugak la. So, kalau naik kereta boleh tidur selesa ada air cond, kalau naik tuk-tuk? Hmmm, basah ketiak. kalau bawa anak better naik kereta, tapi kalau jenis backpacker kental jenis aci redah je, boleh je beb.
Dah sampai driver tu bawa kitorang kat satu kedai Islam ni, tepi pantai, boleh la feeling-feeling makan tepi pantai, tak dapat kat meldives, kat sini pun boleh hengko.
Takyah nak fefeeling bora-bora sangat. Haha. Makanan sumpah sedap, paling sedap tomyam seafood dia, siap ada ketam and kupah beb. Berbaloi gilaaa. 
Ok, kat sini juga famous dengan duyung and cat and mouse. So, kalau datang sini kena la tangkap gambor dengan mereka ok.
Ok, kan aku cakap kat Nora Plaza tu mahal kan? Kat sini MURAH. Ha nampak tak betapa bersungguh aku nak cakap kat sini murah. Ada sorang auntie ni, baik gila barang dia semua murah, boleh nego harga pula tu. T-shirt pun murah. Kat sini pun banyak kedai  cenderamata.
Oh pastu, kalau dah datang sini, wajib makan ice cream kelapa yang dalam tempurung kelapa tu. Acah-acah sangkaya, tapi lagi murah dan berbaloi, hakhak.

6. Wonderland
-Ok, mari untuk tidak mencofusedkan orang lain sebab family aku nak sangat masuk ice dome, sekali, ice dome tu dah tak wujud ok. Dia ganti dengan wonderland. Wonderland ni dia sama juga macam Magic Eye 3D tu, cuma wonderland kita kena pakai cermin mata 3D tu, and tempat dia pun gelap, Ada sorang pekerja dia akan ikut kita dan suluh kat lampu everytime kita nak amik gambar. Tempat dia cantik la, seram jugak, sebab nampak macam lukisan tu muncul depan mata. Hahaha. Pastu ada show juga,  kitorang pun stay je la tengok show tu. Boleh tahanlah, tapi nasib baik aku dah selalu tengok magic kat AXN, David Blaine, Cyril and lagi satu cerita yang dia reveal trick magician ni. Hahaha, so aku tidaklah mudah kagum dan tertipu macam adik aku muehehehe. Oh lupe, harga masuk sini 350 baht tak silap aku.

Tu je, tempat yang aku pergi, overall, best la walaupun duit kopak gakla, nasib la pakai duit mak aku, kahkahkah, takdela terasa sangat. Ok tu je untuk kali ni. Nanti aku update lagi okay beibi?

Gambor untuk yang lain nanti aku upload eh, tak transfer lagi.

Wednesday, February 10, 2016

Pre-post trip to Hatyai-Krabi

 Assalamualaikum
and Hey-Ho!
Seperti semua yang sedia maklum, pergh pergh semua maklum, hengko ingat hengko ni syatila melvin ke orang nak maklum ?
Ok let straight to the point, kesian orang yang buat research pasal trip ke thailand/hatyai/krabi terpaksa ngadap benda merapu ni.
Ok, idea untuk pergi holiday ni bermula bila family aku ni susah gila nak gather sama-sama semua. Mesti one of us ada je halnya. So, disebabkan abang aku dan aku sama-sama degree, cuti sem kitorang selalunya sama. So, aku lah perancang percutian ni. Muehehe.
Tahun 2015, memang aku tak berjalan langsung kau tau? Sebab adik aku SPM, mak aku ni pula jenis bab-bab education ni number one, berdesupp laju je. Adik aku pula duduk asrama plus tuisyen luar, every week dia balik dan pergi tuisyen. So, susah la nak plan nak ke mana-mana. 
Finally, dapat juga kumpul semua. Mula-mula nak holiday dalam Malaysia, tapi, pikir-pikir balik alang-alang kan, ape lah salahnya pergi jauh sikit. 

Okay, nak di jadikan cerita, sangat kebetulan, Air Asia punya tiket ke hatyai boleh dikira murah juga la, aku pun cepat-cepat cakap kat mak aku set tarikh semua then booked. Aku dapat harga plus minus RM 80/person include tax, fee tok nenek bagai. Tapi aku tak include flight meal tau, ikut korang ler. Sejam je pun dalam flight, before tu korang korang melantak le dulu. Mula-mula family aku tak amek baggage, pastu dah pack macam penuh pula beg, amek juga la last minit, amik yang 20 kg, tu je.
Untuk flight ni korang bajet la sikit ye. 

Antara transport lain yang korang boleh guna untuk ke thailand/hatyai ni, naik kereta, bas or train. Kalau dah nama holiday kan, hengko nak drive jejauh ke? Bagi aku better naik train. Ok tu aku cerita kat next entry. Sebab aku pergi hatyai naik flight, balik naik train. So, aku merasa dua benda tu je. 
Kenapa aku pilih pergi naik flight, balik naik train?
Ok simple je, first, kalau balik naik train aku dah jimat, takyah amek baggage. Confirm la balik hatyai banyak benda kan. Next, kalau naik flight masa pergi, aku dapat jimat masa. Sebab naik flight sejam ja, naik train 12 jam mak oi. Haha.

Okay nanti aku sambung ok guys.
Sila jawab kuat-kuat "OKAY"

Nah satu gambor buat korang termimpi dan igau, cehh.




Bye:)