Sunday, February 24, 2013

ArmSock Cotton :)

Assalamualaikum, Hey-Ho.
Okayy, bermula harini. Dididudatz akan menjadi blogshop online yang akan menjual armsokck cotton. So, apa tunggu lagii ? sesiapa yang memang nak cari armsock cotton tu memang sesuai lah melawat dan shopping kat sini okayy. Armsoks ni sesuai dipakai apabila kita memakai lengan pendek atau lengan tiga suku. Kalau kita pakai armsock biasa kan ketat plus nipis dan tiada design. Lagipun armsock cotton ni tak panas.

So lets start our armsock mode. Jom layan design-2 armsocks yang ada. 





















Semua armsock di atas available untuk saiz S , M,  L. 
Harga >
Bercorak : RM 13 
Tidak Bercorak : RM 10

 Harga armsock tidak termasuk postage. InsyaAllah kalau armsock ni mendapat sambutan, akan ada giveway yang akan dijalankan. Untuk order boleh email saya :
adibahothman@gmail.com




Thursday, February 21, 2013

Shopping Time :)

Assalamualaikum.
Hey-Ho. I am back with new entry, rajin lah pulakk kan den ni mengupdatekan blog ni sejak akhir-akhir ni. So this entry all about shopping mode. Lets start !

First, hari khamis iaitu hari ini, merupakan hari cuti aku, wahh, great gila bila ada cuti. Jadi setiap hari yang sebelumnya aku cuti aku akan plan nak buat apa esoknya. Sama macam hari ni, haha. kebetulan pulak baru gaji kan, memang first thing appear in my otak is Shopping ! haha, tapi bukan shopping untuk perkara yang tak berfaedah tau, "almubazzirina ikhwanasyatiin" Membazir itu sahabat syaitoonnn, hahakss,

Jadi aku telah mengSMS *pon bole* member aku iaitu Ayuni, sebab dia je senang nak pegi wangsa walk tu,aku suka pegi wangsa walk sebab barang kat situ mampu milik. Haha. Kiranya orang yang macam aku ni boleh la jugak nak shopping kat situ walaupun tak semua kedai aku mampu masuk. Kalau kat KLCC tu bagi aku too much dan memang khas untuk orang kaya yang terlebih kaya je. hehe. Bagi aku jenama tu takla penting sangat janji kualiti dia okayy dan tahan lama. Sebab aku tak suka beli barang yang sama banyak kali. Ada juga kedai yang branded tapi kualiti kain sama jugak macam kain kat kedai biasa tu. *poyo je lebih*

So, tadi aku telah berdating ngan Ayuni, hehe. Kitorang sampai pukul 11 lebih macam tu then terus jalan-jalan, masuk popular, ingatkan nak cari buku muzik, tade pula, then jalan dan jalan lagi. Aku memang dah plan gaji bulan 1 tu aku nak pakai untuk beli contact lense dan nak share dengan family aku. So, untuk shopping kali ni aku beli contact lense, hadiah adek dannnnn purse baru!

So lets start with contact lense, kalau dulu time sekolah aku pakai yang jernih punya lense, so bila dah habis sekolah, haruslah ada perubahan. Haha. Aku pun pikir-pikir then terpikat pulak kat warna hazel. Sebab kalau brown terlalu over pulak kan, kang nampak benorr den ni pakai lense uollss. So, aku nak yang light-light je. Sederhana gitu*kelip mata* 

Aku beli kat kedai Milano Eyes, senang sikit sebab aku dah biasa beli lense kat situ. So, nak dijadikan cerita, aku yang pemalas ni telah membeli lense yang boleh tahan untuk 6 bulan teusss, haha, Lihatlah betapa aku ni malas untuk ke kedai banyak kali kan, soo longg lastingg :) luve it. Harga dia pulak okayyla sebab untuk 6 bulan kann, RM 160.

Next, aku beli purse, Alkisahnya, aku nak teman ayuni cari purse. Sebab dia yang nak beli purse. Aku pun ternampaklahh Tropicana Life, Sebab kat situ ada jual purse. Belek punya belek, aku pulak yang jatuhh hati kat purse tu, ihikss ! Tapi memang dalam whislist aku memang nak beli purse pun. Nak menggantikan purse aku yang aku dah guna setelah sekian lama tu, hoho. dah hitam dah pun sebab pakai time sekolah kan, memang cepat kotor lah. So, wanna see my new purse ? It little bit look more girlish than my old purse. Sebab zaman sekolah dulu gua rockers beb, malu lahh gua pakai purse bunga-bunga matahari*motip*
So, this is my neww purse >
wahh apa pasal kaler pink ahh? aduii, ini amoii sula jatuh cinta sama itu kaler pink ahh.
Hoho, tapi bukan hard pink okayy, pastel pink :)
 nak tengok pulak purse lama aku? sure kau orang terkezutt dengan perubahan hormon aku, bhaha.
tengok la aku punya purse dulu, rock beb, siap ada tengkorak bagai, hitam-hitam lagi, kau ada? hey-ho. Then balik tu suprise kan mak aku, the conversation is>>

Aku : Mak, kakak beli purse baru :) hehe
Mak : Amboi, nak tengok (act aku yang cakap kat mak aku nak tengok tak?)
Aku : Tadaaaaa.
Mak : Amboi panjangnya.
Aku : My new tranformation. Girly sikit.
Mak : yelahh, dulu kan kamu tu rockkk, yeyehhh :) *seriusly my mom do like that*

Aku saje je try yang panjang sikit, tengok wanita wanita pakai yang panjang, teringin pulokk diri ni, ni pulak bahagian dalam purse tu.
 bawah ni compartment untuk purse lama, act, purse lama ni untuk lelaki, haha. Tapi aku suka time sekolah dulu senang boleh bawak masuk poket kalau nak pegi rehat. *school memories*


gambar bawah ni *dulu dan kini*

kalau dulu pakai wild channel, kini aku beralih kepada tropicana girl, wahh :) Harga asal RM 45.90. Tapi tadi ada sale 30% off, dapat lah RM 32.10. So kepada sesiapa yang nak beli purse tu, jom terjah tropicana!!! Sweater pun half price!!! 

Lastly, aku beli hadiah untuk adik aku, nasib baik adik aku sorang je, kalau ramai, mau kopak aku. Haha. Disebabkan lately ni adik aku macam asyik sebut pasal Hello Kitty, mungkin trend sekarang kutt, dia tu mengikut arus trend sikit. So, aku pun ternampak rantai hello kitty siap dengan kotak die yang kiut tu sekali. Aku pun teruss grabb je. Harga? Mana bole bagi tahu kantoi pula.
Ni gambar dia,
kiutt takk? tak kiut tape, bukan aku nak bagi kau? haha, tapi kalau orang bagi free tu, kiutt aje. Haha.

And lastly, aku nak share tempat yang aku makan tadi ngan Ayuni, kitorang makan kat Fish Market, penah dengar tak kedai dia? kedai tu baru bukak kat wangsa walk, look exclusive la, so, aku saje je nak try kedai macam tu, tapi bukan lidah aku pun kedai macam tu, tapi perasaan ingin tahu mengapa orang menjejakkan kaki mereka ke dalam. So, aku pun masuk, ayuni order fish and chip dory with english breakfast tea. Rupanya, teh tu kena buat sendiri, means, dia bagi air panas, gula ngan teh. Haha, aku ngan ayuni pun gelakla, kedai mamak lagi best dah siap je terus, haha, baik bawak uncang teh je, mintak air panas ngan gula. Then aku pulak order manhattan fish dory, nasi macam nasi goreng, atas dia ada isi ikan ngan sos dia. Air pulak, ice latte, tapi tade ice just air tu sejukk je, baik aku beli ice blanded kat pasar malam harga 4 hengget je yang besar. Haha. 
And harga overall cecah 50 hengget termasuk service charge, tah pape tah, tu pun nak service charge ke? The funny part is aku ngan ayuni telah menjadi comentator sepanjang makan kat situ, macam juri Master Chef gituu. Lawakss gila Uollsss. Ni ha kedai die>

this is what I eat, nasi goreng mak aku lagi sodap. Untuk kedai ni, aku bagi 3/10 la.

So overall, memang aku shopping habis ngan Ayuni tadi, dan aku berpuas hati la, apa yang aku nak aku dah beli. Alhamdulillah. Tadi ingatkan nak beli kasut sekali, menggantikan akut aku yang bersejarah tu, tapi tade size pulak, maybe later. So, this all for now. new story aku update ok. Bubye.
Wassalanm.

p/s : sharelah jugak tempat makan mana yang menarik.

Wednesday, February 20, 2013

Saya penggemar....

Assalamualaikum :)
Hey-Ho. No Time Always See :) *sohai punya olang*

Setelah aku memalaskan diri aku untuk mengupdatekan entry. Finally, I am coming back to share some good new InsyaAllah. But the good news coming soon. wait okayy :) So, Lets start our entry.

Saya pengemar Char kuew Teoww, anda? *soal jawab*
Jadi bila diri den ni dah suko sangat char kuew teow, haruslah den tawu mano tompat yang char kuew teow dio umphh. Amboi, keluar dah loghat nogori aku tu. 

Aku ni suka sangat sangat sangat sangat kat kuew teoww, tak kiralah apa jenis kuew teow pun, kuew teow kungfu ke karate ke silat ke, semua aku balun sampai licin*yeke?* selagi dia berasaskan kuew teow. Tapi, aku paling gemor char kuew teow lagi-2, yang penang punya, memang slurpppp :)
*terliur pulak sambil taip entry ni*

Jadi kepada anda diluar sana yang mempunyai minat serta taste yang sama macam aku ni, bolehlah berkunjung ke Marli`s corner. kedai ini terletak di jalan malinja iaitu berdekatan dengan Kolej TAR ataupun outlet lain di Danau Kota. Itu yang aku tahu la, ataupun untuk maklumat lanjut bolehla ke FanPage diorang

Antara sebab aku suka gila kat Char kuew teow diorang ni sebab, cepat :) Hoho, yelah perlulah pantas dan tangkas supaya aku tidak membuat muka annoyed aku ketika sedang menunggu. Bhaha. 
Aku suka sebab Char kuew Teow dia sedapp, mestilah, kalau tak sedap aku baling selipar jepun aku kat tukang masak tu, *wachaa*. Seterusnya, aku suka sebab kuew teow die banyak kuah, ala, paham tak? maksud aku basah lah, macam banjir tu. *istilah untuk merujuk kepada kuew teow okayy ekauu jangan nak otak kuning sangat*

nasi lemak pun ada jual, sedap gila kot ayam dia.

nengok gambauu je dah terliurr *acanerr tu johan*



Tu je lah yang aku nak share, overall aku bagi 9/10. mana hilang lagi 1 markah? haha. Hilang sebab kedai ni layan diri, kalau nak kena beratur dan tunggu hingga siap dan terus bayar. itu membuatkan aku malas jadi aku amek 1 markah. hewhew. So, try it outtttttt !!

Monday, February 4, 2013

Rezeki :)

Assalamualaikum,
Hye To All,
Talk about rezeki, masing-masing ada rezeki masing-masing kan? Aku dah aware something sejak aku berusia 18 tahun ni, hehe, yelah, dulu aku duduk asrama dan the way I thinking pun sangat tidak matang lahh. Contohnya macam, something happend, and I can`t think what the hikmah, eventhough i know about the hikmah-2 and so on. Bila kita tak matang, kita secara automatiknya tidak dapat berfikir secara sempurna walaupun kita tahu mngenainya (like me).

So, sejak aku bekerja ni, aku telah berjumpa dengan ramai orang, means is berjumpa dengan banyak perangai. Macam-macam jenis manusia ada kat dunia ni. Contohnya, masa tengah bekerja, aku melatih diri aku supaya tidak sombong mahupun jeles dengan rakan sekerja. Memang akan wujud PHD dalam diri antara rakan sekerja. Contohnya bila member aku dapat sesuatu yang menguntungkan like dapat jual membership, aku dengan cepat mengingatkan diri aku, iru rezeki dia dan rezeki aku akan tiba. Jangan biarkan diri kita dikuasai oleh nafsu, tapi kita yang menguasai nafsu okayhh :)

Kalau kita nak rezeki kita murah, haruslah rajin SOLAT DHUHA okay, banyak sangat kelebihan solat DHUHA ni, dulu masa sekolah, tak sempat buat sebab sekolah kan, kecuali bulan Ramadhan je. So, sekarang ni aku dah tidak tinggal di asrama, for me aku boleh buat Dhuha prayer anytime right? But, still syaitan win, selalu je aku bangun lewat, padahal, nak solat Dhuha tu dalam 5 minit je kan. Tulah, manusia selalu bagi alasan, so, from now on, marilah kita bersama-sama mempraktikkan solat sunat Dhuha. 

Bila kita solat Dhuha, kita akan rasa tenang, sebab solat pagi-2 kan? dan banyak sangat hikmah disebaliknya. bagi yang baru je mula berjinak-jinak dan ingin mngetahui dengan lebih lanjut mngenai solat sunat Dhuha, bolehlah bertanya kat encik GOOGLE okayy. So, that all for now, adios:)

p/s: aku rase aku sweet ngan mak aku, haha ^_^