Tuesday, April 25, 2017

Why matriculation is best than degree?

Assalamualaikum:)
Hey-Ho and Holla everyone!

Lama tak menaip rasa macam awkward gilaaa tauu. Sebenarnya aku macam ada la terfikir nak start trying buat vlog, tapii blogg still lagi on okeh. hahaha. Tapi, entahlaa, aku tak tahu nak film guna apa. Aku ada gopro hero 5 je, cam tak best pulak. Haaaa so takpelah marilah kita abaikan hal tu.

So, currently ada someone post kenapa zaman matrik tuu bestt gila nak mampos, hahahaha. Seriously, memang seronok beb. Tak tipuu. Tak tahulah kenapa kan, pastu aku baca yang that guy post pasal matrik memang terus rindu suasana matrik tu. Aku tak tahu laa kalau tu matrik aku je ke ape kan, tapi most of the feedback, semuaa ex-matrik pun feel the same bruh.

Hmmm, tak tahu nak start dari mana. Hahaha. Okla, first of all matrik memang pack kelas 8 pagi sampai pukul 4 petang, memang lepas subuh takde chance dah nak golek2 kejap ke, nak lek2 ke, memang terus rebut bilik air. Tapi tak rasa terbeban pun tauu walaupun tutor tak siap lagi, hahaha tak pernah rasa nak skip kelas, sebab paling2 pun denda dia, gi depan buat kat depan. Walaupun kau tak tahu, pergi je pastu member kat belakang ni semua tolong back up, haaa seronok kan member camtu. 

Kalau aku, habis kelas je cepat2 solat asar gi main pulak. Tengoklah kekadang aku main bola tampar takpun main tennis. Masa kat matrik aku dapat koko sukan which is bola tampar la, so main bola tampar dengan classmate, campur2 laki perempuan tapi serious seronok. Tak tahu la ape yang seronok sangat, masalahnye tak jemu tau nak ngadap muka yang sama ni, hahaha. 

Weekend, pulak masa untuk outing. Disebabkan aku ni matrik johor, dia asingkan outing lelaki dengan perempuan. Tak tahu la pulak matrik lain. So, time ni seronok dia macam dapat pergi mid valley tak pun the mines. Hahahaha, padahal matrik aku kat tangkak je pun, bandar dia kecik sangat, town dia tu macam town lama2, paling havoc pun nak beli barang kat the store pastu makan kfc, tu jelahh. Kalau kaya sikit makan la pizza. Hahahaha. 

Bagi aku, kawan kat matrik ni best sebab kita tak banyak gaduh, yelah, time siang dah pack, petang main, malam pulak sibuk nak siapkan kerja tak pun nak siapkan lab report, Takde masa nak cari gaduh dengan orang hahahha. Roommate pun best. Haaa semua lah best. Pastu, malam2 tak kisah pun nak turun gi cafe beli makanan takpun nak beli air tin kat koop, rasa macam tak penat pun turun tangga tu, padahal aku tingkat atas sekali kot. hahahaha. Cikgu pun baik2, tak kisah pun nak lepak admin, nak buat bising ke, nak study kat meja dia ke, they are really warm and friendly. Siap ada sorang cikgu tutor fizik aku dulu, ajak masak2 kat rumah dia, pastu solat maghrib sesama, pastu belajar fizik kat rumah diaa for free beb. Tulah dia beza cikgu yg nak anak murid pandai dan berjaya. Dia sacrifice masa dia, rumah dia, haaaa thank you cikgu Hanif, may Allah bless you and grant you and your family with jannah. 

So, tu je lah, hahahaha, lelebih kang nangis pulak, hehe 
Bye:)





Friday, February 17, 2017

Nasi Ayam Penyet Wong Solo VS Ayam Penyet Warisan

Assalamualaikum:)
Hye Guysss
Hey-Ho and Holla everyone.

Tbh, i am a huge fan of ayam penyet. Tak tahu lah kenapa, mungkin sebab kecik-kecik selalu tengok sinetron pastu berangan nak kawen dengan randy pangalila kot, hakhakhak *tercekik*
So, dah biasakan mulut ni makan makanan indonesia ecehhh *tercekik lagi*

Ada beberapa kedai ayam penyet kat Malaysia ni, sangatt banyak sebenarnya. Antara yang aku selalu nampak ayam penyet AP, ayam peneyt warisan and the famous one Wong Solo. 

Ni based on my tekak lah ehh, i would rate Ayam Penyet Warisan 9/10. Why? Where did the 1/10 go?
!/10 tu ditolak sebab harga dia agak mahal. So, takleh la nak makan tiap hari hahaha. Aku suka nasi ayam penyet kat sini sebab ada kriuk-kriuk kat ayam tu, hahaha.
Ada satu hari tu, takde tauu kriuk-kriuk tu pastu aku panggil pekerja dia minta kriuk-kriuk tu, gigih kan hakak.
Ayam dia sedap, sambal pun sedap, and yang paling best sayur dia pun banyak. Kacang panjang ada, timun ada, kobis ada, kangkung ada. Soooo nice tauu. Ayam penyet warisan ni boleh minta sup kosong. Sebab nasi ayam penyet macam kering sikit kan, so aku ni pulak memang suka benda berkuah sikit, makan kering-kering kang kot lah ternampak randy pangalila singgah makan dah lah aku tercekik ke pulak kan. Jatuh air muka noks!

Wong Solo pulak i would rate it 8.5/10.
Ok, firstly, wong solo ni takde sup. Hahaha. Tapi yang best and uniknye, dapat air mineral kecik tu for free, yahhh like really for free *i lovee free item*
So, dah jimat takyah nak order air, air suam pun dah 50 sen kat kedai.
Sambal kat Wong Solo ni memang sedap and lain dari yang lain. Cuma pedas sikit la untuk orang yang tak makan pedas macam aku ni.
Ayam Penyet kat sini takde kriuk-kriuk tu, so sedih tauu. 
The best thing kat sini air mangga dia memang superb beb, gila punya superb. Likat dan pekat sangat macam minum pati air mangga tau. Aku rasa dia tak blend dengan air tauu sebab memang terasa buah dia tuu. Air mangga dia aku bagi 10/10. 
So, kalau korang singgah makan kat sini, wajib try tauu air mangga dia. 
Antara kedai wong solo yang aku pernah try makan kat Ampang and kat Bangi.

So, till then, see ya !
Assalamualaikum :)

Thursday, February 16, 2017

BACKPACKER CINCAI: A JOURNEY TO INDONESIA (PART 3)

Assalamualaikum.
Hye To All and Hey-Ho!

Back to my backpack last year, so here in the third part, aku akan cerita few places that i had went. 
So, pagi-pagi buta tu aku dah siap-siap sarapan kat hotel terus tunggu supir kitorang pick up. 
First destination ialah Tangkuban Perahu! Yeyy, selama ni tengok gambar orang je mampu, kali ni haaaa sendiri tengok gunung berapi tu. Untuk masuk sini, kena bayar tiket parking dengan tiket masuk. Tiket parking dalam 3 ringgit lebih kott, tak ingat hahaha. Tiket masuk sini, berbeza ikut hari, kalau weekend mahal sikit tauuuu, actually mahal banyak, RM 100 wehh, huaaa sobs.



Tapi kat atas tu best la jugak, aku nak bagi cadangan kalau korang nak pergi jalan kat indonesia takyah pergi weekend sebab ramai orang plus, jammed (macet), plus entrance fee mostly mahal untuk weekend. 
Kat sini orang cakap kena hati-hati sebab peniaga dia paksa-paksa kann, so member aku ni cuak sangat sampai baca mathurat tauu dalam kereta, hehew. Subhanallah, it is so beautiful up there, dengan sejuk-sejuk dia, ala-ala kat oversea pulak haaa iols berangan lagi. 
Alhamdulilah sangat, bila kitorang cakap baik-baik kat peniaga tu "taknak" diorang terus pergi, takde pun paksa-paksa. So tips kat sini baca lah mathurat dalam kereta, hahaha.

Next, second place is floating market. Sini best sangat tapi masuk kena bayar tauu. Floating market aku suka sebab ada makanan where u can get local food. Haaa gitu aku ni kan memang suka bab-bab makan ni. So, sangat banyak makanan kat situ, korang kena tukar duit dengan coin untuk beli makanan kat situ. Nasihat aku jangan tukar coin banyak-banyak, jalan dulu tengok apa yang korang nak beli pastu baru tukar coin, sebab haritu ada pelancong ni die tukar banyak sangat pastu tak habis, tak silap dah tak boleh tukar balik once dah tukar ke coin (tak silap laa) a must try food ialah mee colok, siyess sedap wehh, aku bukan jenis yang suka mee tau (yang kuning tu) tapi mee yang ni aku rasa dia buat sendiri sebab sedap and light je bila makan. 
Yang bestnya jugak, korang boleh tukar tiket masuk tadi tuu dengan air, ada coffee or juice tak silap (double thumbs up for this)






Pastu kitoang pergi strawberry farm sebab aku nak sangat, hahaha tapi kat sini dah bazir banyak masa sebab jmacet nak mampos seriously, haha aku tido bangun pun tak sampai lagi padahal kalau tak macet dalam 20 minit je. Yang bestnyaa strawberry dia murah sangatt, boleh petik sendiri tapi buah dia dah tak banyak yang best2, but ok laa, mungkin ladang yang aku pergi ni tak best kot. Kat sini pun samaa before balik tu dapat juice strawberry free, sejuk pulak tuu sedap gilaaa.



Pastu kitorang pergi toko tiga, and few factory outlet (F.O). So it is totally shopping time. Hahahaha. Tapi engko tahu la aku ni bukannya suka shopping sangat, so takla ghairah sangatt. Pastu dah balik malaysia menyesal, hahaha sebab kain dia murah dan cantik. Dalam tak ghairah aku tu dapat la juga beli 2 pasang kain, sport shoes, perfume (the best perfume so far) and telekung. F.O ni semua sama ja bagi aku, baju dia takdela murah bebenau "ehh ke sebab aku ni tak minat sangat" hahaaha. Tapi kalau kain sulam and telekung tu memang wajibb beli sebab murahhh. Serious shit babe. 



So tu jee, esoknyaa kitorang pergi TRANS BANDUNG, wehh jap satu je nak cakap, pekerja kat sini hensem-hensem hahahahahaha siyess tak jumpa kat kedai-kedai lain, uber kitorang cakap sebab yang keja situ mostly yang macam kaya-kaya and ada mix belanda sikit. I would rate it 5 out of 10. Why? First, sebab aku peri hujung minggu, ramai gila nak mati orang, tiket mahal sebab weekend, u have to beratur panjang gilaaaa untuk naik, and secondly game dia takla banyak sangat macam genting. 
Ok, before masuk sini, orang kaunter tu cakap ramai orang harini so dia offer tiket fast lane (takyah beratur la kirenye)so kitorang taknak sebab kena tambah duit kan hahaha. Pastu bila masuk memang tak bernafas beb, sesak gilaa sebab banyak rombongan (dari indonesia dan foreigner) 
Pastu kitorang decide nak keluar balik and beli fast lane punya tiket, serious membazir gilaa sebab harga dia berubah sebab kitorang tak purchase sekali dengan tiket masuk tadi, wtf ?! haaaa geram tauu. So total up kitorang habis kan dalam 100 lebih untuk main benda alah tu je, haaaaa baik la beli kain, hahaha. 
Pastu dah petang sikit tu, dah start takde orang like what??? kenapa aku beli tiket fast lane ni? Ya Allah, rasa nak nangis tauu masa ni, hahaha. Tapi apakan daya nasi dah jadi bubur, bubur pulak dah masuk perut.

Ok, sampai sini dulu eh, next entry aku habiskan yee trip ni. 
Janji :)
Thanks for reading!
See ya.

ALSO READ:
PART 1
PART 2

Wednesday, January 4, 2017

BACKPACKER CINCAI: A JOURNEY TO INDONESIA (PART 2)

Assalamualaikum.
Hye Guys, Holla dan Hey-Ho!
I am so sorry as i had promised u guys to update about the second part yesterday but i breach my promise, hehehe. So, yeah today i am going to share it with u guys, lets get started!

Okay, my trip was on 26 until 30 which are 5 days and 4 night. Wow, *imagine how i survived* 

26/8:
Flight kitorang pukul 10.30 gitu kot, hahahaha lupa dah, so after subuh my Abang sent us off to airport since die ada kat rumah kan, tak payah nak naik public transport, hiks *if u read this, thanks abang*

So we had some breakfast at Mc Donald and a good news i am a huge fan of hash brown, anddd the couple who sit beside us gave their hash brown to us, wallaweh, rasa nak peluk-peluk je tapi iolls behave la malu kat orang.
Ok, then we take off, nothing much happend, the airport check were smooth. Kitorang tak amek flight meal sebab 2 jam je pun, but we sneak in some foodstuff as well.
Sampai-sampai je kat airport jakarta, terus amek bas pergi damri. Keluar je airport ada signboard untuk korang ke tempat bas, tempat bas dia sebelah airport, bukan dalam airport tauu. Jalan hujung sikit then nampak orang tengah tunggu bas. So, kitorang beli tiket ke damri. Damri ni tempat train untuk ke mana-mana lah, ala-ala Kl Central gituu.



So, sampai damri, kitorang print tiket yang kitorang dah booked online 2 weeks before. Nak beli terus pun boleh rasanya, tapi tulah takut full. Takpe ambik lagkah berjaga-jaga. Ada banyak cara untuk korang beli tiket, pergi kat website dia sendiri pun boleh, tapi aku beli kat tiket.com sebab lebih mudah. Masa tu website dia ada problem dengan cimb clicks.

 So untuk tiket train from Jakarta - Bandung (Argo Parahyangan Eksekutif) : RM 40

Harga berbeza ikut musim dan ikut jenis. Contoh aku amek eksekutif paling mahal la tu, tapi selesa tau, korang boleh check and pilih sendiri kat tiket.com ok.
Dalam train siap ada bantal, tempat charge, pastu ada ala-ala pramugari datang amek order tau. Curlass kann.
So perjalanan dalam 3 ke 4 jam gitu laa. Kitorang punya train pukul 6.15 so it was so beautiful with the maghrib scene. 


Dah print tiket tu, kitorang pun menapak la cari makanan, kat damri tu banyak kedai makan. Pastu cari sim card sekali, simcard kitorang harga 30 hengget, ada 6gb internet bapak banyak kan, haha so share la berdua. 

Sampai je kat bandung, terus amek teksi pergi hotel Sweet Karina. Hotel ni susah gila tau nak cari, sebab dia dalam-dalam rumah orang, tapi kawasan tu banyak gila hotel. Lama-lama baru rasa hotel tu best sebab dekat dengan kedai ala-ala 7e and pekerja hotel dia sangat baik.

Hotel Sweet Karina : RM 75/night include breakfast. (booked kat booking.com)

Review Hotel: 
Ok, cuma bau kayu-kayu lama sikit, tapi bilik super comfy and cantik, selesa, breakfast sedapp gilaaa, pekerja hotel baik sangat.*double thumbs up*

Sampai hotel terus beli maggi kat mart, beli banyak gila buat stock, murah pulak tu. Air panas boleh request kat kaunter, oh kitorang tinggal je maggi kat dia pastu dia bawa naik atas siap letak air panas.

Then, esoknya kitorang buat bandung tour with Hayukka Bandoeng 
. Boleh search facebook dia. Sangat dipercayai, sebab banyak sangat review kata best. 

Hayukka Bandoeng: Bandung Tour RM 135
Tangkuban perahu, floating market, strawberry farm, toko3, factory outlet.

Sebenarnya waste time lama gila kat jalan sebab jammed, aku suggestkan korang pergi masa weekday, aku memang silap besor sebab pergi masa weekend, harga entry kat tangkuban perahu pun mahal RM 100 kot, tapi dah sampai kan.
So, aku tak pegi kawah putih sebab kawah putih tu jauh lagi dari tangkuban perahu macam utara selaan gitu, tapi boleh je kalau korang nak jugak, deal bebaik dengan supir korang.

So, tu je laa bandung tour kitorang, korang boleh plan sendiri ok kat mana korang nak pergi. So that all bubye. Doakanlah aku rajin dan mampu menjawab paper family Law, hahahaha. 
Assalamualaikum.

Read Also:
PART 1
PAR 3

Monday, January 2, 2017

BACKPACKER CINCAI: A JOURNEY TO INDONESIA (PART 1)

Assalamualaikum:)
Hye To All and Hey-Ho !
Hollaa, Wallaweh, Its been awhile since my last post about my Malas Tips, hewhew. Sekarang baru ada masa sikit nak menghadap laptop. Eh, before ni menghadap juga, tapi with the loaded assignments, phew:') letih rasanya. Hahahaha. But Alhamdulillah, made it through the hectic 3rd year.

Ok, back on the topic, lama gila weh sebenarnya aku pergi indon, bulan 8 tahun lepas (2016), Beli tiket lagi lah lama, bulan 12 (2015) hahahahahaha. Nampak tak time-planning disitu. Okay, so mohler kite pergi satu persatu:

1) FLIGHT BOOKING
Ok, untuk flight booking, as i mention above, aku booking awal setahun la gitu, sebab masa tu saja-saja check flight air-asia, pastu ada promo pulak, mine was just RM 150 return, i repeat RETURN weh, Super jimat kan, hahahaha. Kebetulan masa tu baru dapat bonus Suksis, ada la duit sikit, terus beli tiket tu. Pastu terus cari partner yang boleh masuk air, yang available, yang sanggup susah senang, yang boleh siap dalam masa 2 minit, senang cite yang fit with my kerenah. Yela, u will only have your partner kot kat sana nanti. Majuk-majuk pun tido juga sekatil, share jugak towel hotel.  
So, korang kalau nak jimat, sila plan dengan bijaknya ye. Tapi kalau engkorang dah kije dan dilimpahi duit papa dan mama, takpayahler backpack, gi holiday je senang. Hehehe. Iolls tak kayo.

We are duo backpaker cincai!
Syifa came all the way from Kedah, and she was holding something tauu masa aku tunggu dia kat Kl Central, so you know what, she was holding a super cute cupcakes for my birthday OMG, she was super good friend one ever could ask for. Nanti iolls cari balik gambar cupcakes tu, besar tauuu, ada banyak cupcakes inside.

2) HOTEL
Secondly, pasal hotel. Nak walk-in atau tempah awal-awal? Bagi aku, walk-in ni lebih sesuai kalau korang pergi masa bukan peak season (cuti sekolah, cuti new year etc). Sebenarnya aku nak aci redah je, tapi partner aku cakap better je tempah awal-awal. So aku pun tempah lah sesiap. 
Ada banyak cara nak booked hotel, banyak je website or apps yang boleh membantu korang antaranya trivago (kenapa bayar lebih untuk hotel yang sama >.<), agoda, booking.com etc.
Aku booking melalui booking.com, sebab kat booking.com boleh booked hotel pastu takyah bayar lagi, bayar bila check-in nanti, so aku suka cara camtu.

Hotel yang aku booked:
Bandung: Hotel Sweet Karina
Jakarta: Hotel 55

*nanti aku cerita how was the journey*

3) TRANSPORT
Korang decide sendiri nak guna public transport atau nak sewa kereta atau nak pak supir (driver). Ok, kat bandung kita guna Supir untuk tour bandung. Dan selebihnya banyak guna Uber. Uber lebih jimat dari Teksi. Orang cakap amek teksi bluebird sebab pakai meter dan tak tipu, tapi sama je kot aku rasa, better pakai Uber. Lagi jimat. Sebab kat Indonesia selalu macet (jammed) so, kalau naik Uber dia hanya kira kilometer tak kira masa sekali, so takyah risau kalau jammed lama gila. 
Kat Jakarta pula banyak guna angkot. Tapi angkot ni kan mahal sikit as diorang tahu kita bukan orang indonesia. Charge dia tu kadang-kadang sam macam harga teksi tau. So sila hati-hati dan pandai bargain.

4) Itinerary
Sila plan dengan berhemah tiap tempat yang korang nak pergi, tahu semua route. Buat banyak reserch pasal indonesia. Korang boleh baca kat blog, sangat banyak tips, thank you blogger. 
So, my itinerary was:

26/8 : Flight from KUL to Jakarta.
Train from Jakarta to Bandung.
27/8: Bandung Tour with Supir
28/8: Trans Studio Bandung
29/8: Train from Bandung to Jakarta
Check in Hotel
Tanah Abang, MITC mall, Mangga Dua Mall etc.
30/8: Flight to KUL

Aku pergi 5 hari 4 malam. So, cakap pasal duit pulak, tukar siap-siap ke tak? Aku prefer tukat kat KL siap-2, cari tempat paling murah. Jangan tukar kat bank. Money changer kat bank mahal, hehehe. Walaupun beza 2 ke 3 ringgit, duit oi. Hahahaha. Aku tukar kat KL central kat lorong tu, murah cari kedai macam kedai orang ape tah tapi bukan melayu la. Ala korang jalan je area situ banyak je korang boleh compare kan, better cari yang murah. 

So, itu je kot dulu yang aku boleh share my second part insyaAllah will be uploaded soon, hehehe, sebab sekarang tengah study week. Curi-curi masa jap buat entry bila bosan. Insya Allah my second and third entry will be entry for Bandung and another new entry for Jakarta. 

Bye Guys, See yaa in my next entry.
Stay tuned !
Assalamualaikum.

Latest Update:
PART 2
PART 3