Friday, November 18, 2016

My Malas Tips

Assalamualaikum everyone 
Hey-Ho !
Bapak lama weh tak update blog, maaf la ye, tapi aku tak rasa ada yang baca pun, kahkahkah. Ok bai,

Okay, so let's us straight to the point. Alhamdulillah, masa aku tahun 2, aku dapat dekan untuk 2 sem *jangan tanya aku kenapa tahun 1 kenapa aku tak dapat dekan* sobs.

No fancy jubah, no flip shawl, no high heels, just converse, tudung tak gosok, hahaha, orang lain semua lelawo beb, aku memang datang nak makan je ok, hahaha.

Ok, seriously, i posted a picture or caption or even blog bukan untuk canang satu dunia aku dapat dekan, kalau nak canang pun, tunggu aku dapat graduate first class dulu haaa time tu aku canang betul-betul. hakhak *nampak tak niat dah tak betul, ish ish sih* ok gurau je.

Sebenarnya ni bukan entry untuk tips pelajar cemerlang ke ape, kalau kome nak tips yang detail or mantop, i am sure korang boleh dengar motivation talk, baca buku tips pelajar semerlang or whatsoever lah kan, tapi entry ni khas kepada orang malas nak mampuih cam aku. 
Bila member aku tanya aku study bila?
Jawapan aku tak, aku tak study gila-gila pun, sumpah aku tak tipu.

Ok, first, aku terapkan belajar kerana Allah dan kerana ilmu. Aku yakin, dengan niat 2 benda tu, mudah untuk kau faham waktu belajar. Aku takde pun jadual belajar ke ape, tapi kena pandai manage waktu lagi-lagi waktu study week, use it wisely ok. Bila kau belajar kerana ilmu, kau akan rasa nak apply terus apa kau belajar. Takyah tunggu kije, sekarang pun dah praktikkan. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah (chiwah, USIM sangat) haha.

Next, respect lecturers. Yes, benda ni yang ramai fail to do. Ramai yang panggil lecturer dengan nama diorang je, entah aku rasa benda tu disrespectful. Walaupun engko dapat dekan ke, still benda tu salah. Ilmu tu kau kutip dari dia, pastu kau panggil dia macam member-member kau je. 
Biar lah tak dapat result cemerlang pun, janji sahsiah tu jangan nampak sangat macam tak masuk universiti dek non. Aku percaya redha dan rahmat. Benda yang paling penting untuk kita berjaya dunia akhirat. 

Next, jangan kedekut ilmu. Bila nak final, aku akan buat study notes aku, then aku copy banyak-banyak bagi kat member-member aku. Trust me. Kadang kita tak tahu doa siapa yang Allah nak makbulkan behind our success. Contoh kau bagi kuih pagi-pagi, dua ketul ja pun kat makcik cleaner, pastu dalam hati dia doa semoga kau berjaya dunia akhirat. Haa tuptup Allah makbulkan, selalu-selalu la tolong orang. InsyaAllah, kadang doa diorang yang buat kau berjaya. Kalau orang tolong kau, kau doa pulak yang baik-baik untuk orang tu, doa untuk orang tanpa pengetahuan orang tu kan insyaAllah makbul :')

Ok last, solat sunat sebelum subuh. Solat sunat sebelum subuh ni sangat banyak kebaikan dia, kalau tak takkanla Nabi Muhammad buat juga selepas subuh kalau dia nak kejar solat berjemaah. Ok aku share ye, tak ingat la exactly how the hadith but lebih kureng la yek, satu hari sahabt nabi masuk masjid tapi lambat sikit, orang tengah jemaah dah masa tu, tapi dia nak juga solat sunat sebelum subuh sebab kelebihan dia memang besar, tapi mesti la tunaikan yang wajib dulu. Then, dia pun solat la berjemaah, lepas habis berjemaah dia pun solat juga solat sunat sebelum subuh tapi lepas subuh. Nabi Muhammad hanya mendiamkan perbuatan dia. Sebabnya berkatnya solat sunat sebelum subuh tu sangat hebat. So, rajin-rajin ye buat. Aku pun kadang terlepas juga buat, sebab ngantuk sangat, huahuahua takpee tau, slow-slow ok.

Tu je kot, aku nak share. Takde special tips pun. Tapi nak berjaya memang la kena belajar ye, kalau tak buka buku memang tak dapat hape la. Jangan bodoh sombong ok, tak tahu tu tanya. 
Ok bye :)