Friday, December 30, 2011

MahaRajaLawakMega

Assalamualaikum ,
salam 1 bumi :)
okayy , harini malam sabtu hari jumaat ,
ade ape ?  okayy , ade MaharajaLawak Mega !!!!!!
haha , okayy , tinggal 4 je peserta akhir , saehu , boboi , syok ngan osbon !
okayy , dari awal lagi semua pun dah agak dah yang osbon akan menang , same ada osbon atau boboi , memang malam tu gempak lahh , selain juri tetap , mesti la , ade juri jemputan kan , ha , ni yang aku sampai senyum sorang-2 ni , haha , sebab , juri jemputan die , Aaron Aziz !!!! 
haha , aku rase 80% penonton nak tengok hero malaya kite kot , hahaha , yelahh , tak habis-2 lagi dengan demam ombak rindu nye .
persembahan permata bebas , dan persembahan kedua musikal , memang best lah ,
osbon dan boboin sama-2 hebad , jadi , bagi aku , kalah ke menang ke , same je , 
yang penting diorang dah sampai akhir .
Antara adegan yang paling mencuit hati aku , bila Johan dan Zizan buat persembahan untuk last tuhh , memang aku gelak je lahh , sebab lawak sangat , haha .
boleh pulak die tiru gaya juri , yang paling lawak mestila tiru gaya Chef Wan , haha .
Okayy , akhirnya pencarian Maharaja Lawak berakhir apabila OSBON ditabalkan sebagai pemenang , diikuti oleh BOBOI , ketiga SAEHU , dan terakhir SYOK .
papepun, semua terbaikk :)

p/s : tadi aku main badminton , bole kurus aku kalau hari-2 main :) haha

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday :(


p/s: this pic express my wednesday .

Saturday, December 24, 2011

My Wife My princess :)

Sebuah cerpen pendek ,
karya : kasih citra 

Pagi tu aku bangun cam biasa nak pergi kerja , then tetiba parents aku nak cakap something kat aku , sambil menjamah nasi gorang aku pun berborak ngan parents aku . Mama kate die dah ade calon untuk aku , disebabkan mama taknak tengok aku bersedih , sebab aku baru je seminggu break ngan Loqman , laki lahanat yang menyusahkan hidup aku . Tanpa pikir panjang , aku pun terima calon pilihan mama . Aku percaya , apa yang mama pilih itulah yang terbaik untuk aku , Papa ikut je , takut bini lah kate kan , Sebagai seorang business man ,Papa takde mase sangat nak pikir pasal bende ni .

Kompang dipalu , pengantin baru . tak habis-2 lagu pengantin . Aku cari bakal suami aku , langsung tak nampak , aku resah . lepas je majlis ijab kabul dua minggu lepas , langsung mamat tu tak pernah ajak aku keluar ke , tengok wayang ke , date ke papela . Lantakla , aku kahwin pun ikut cakap Mama je .

Malam pertama aku ngan mamat tu , die bole buat donno je bila nampak aku tersipu-sipu dalam bilik tu . Pastu die cakap Gudnite , pastu die tido . Haishh mamat ni , langsung tak peduli kat aku . Ah lantakla , kau taknak , aku seribu kali taknak ! Arghhh , bosan nye , laki sume same je .

Satu hari , suami aku ajak aku pindah , duduk rumah sendiri . Dalam rase sedih , aku tetap gembira sebab tak payah la nak berlakon lagi depan family aku . Bermula hidup sepasang suami isteri . Kiteorang tinggal kat kondominium . Mamat tu tak pernah pun borak ngan aku ke ape ke , asyik duduk dalam bilik je , entah ape die buat . Tak kisahla , lagi aku suka .

Satu hari die kate teringin nak makan asam pedas . Nak taknak , dah name pun isteri kene la juga aku ikut cakap die . Aku pun bukan la pandai sangat masak sampai bole masuk master chef , masak gitu-gitu je boleh la . Lepas masak aku pun hidangla . Tanpa aku panggil , die dah duduk kat meja . Lapar sangat ke suami aku ni ? Hem , biala , lagi senang keje aku , Tak payahla aku buat hobi aku yang nak kene ketuk pintu bilik suami aku sampai lebam-2 tangan aku mengetuknya , pekak ke badak tak tahu la . Mase tengah makan , aku harap sangat die bole lah nak puji ke ape ke , ni tak diam je . Hem , tapela , asalkan aku dah masak , sebab sebelum ni tak pernah aku masak .

Pagi tu , aku rase badan aku sakit-2 , kepala aku rase macam bumi ni dah berpusing-pusing . Aku deman . Disebabkan aku cuti haritu , aku pun terus sambung tido balik . Aku tersedar dalam pukul 10.30 pagi , aku teringat , aku lupa nak kejut suami aku . Maklumlah , kiteorang tido lain bilik . Aku tengok kat meja kecil sebelah aku ada panadol ngan air mineral . Aku nampak Mama , ouhh , ingatkan sape yang letak panadol tadi , takkan suami aku , sebab aku selalu kunci bilik dan kunci spare pun aku simpan . Petang tu , lepas masakkan bubur Mama pun balik rumah . Suami aku balik kerja je terperap dalam bilik , bukan nak tanye aku ni sihat ke ? Tak ke ? Hishh , dasar lelaki .

Satu hari , suami aku cakap die kene pergi outstation selama seminggu . Aku rase happy sangat . Lepas je suami aku keluar rumah , aku terus jerit sekuat hati aku . Betapa gembira nye hati aku . tak payah nak cover-2 sangat . Aku tengok bilik suami aku bersepah sangat , aku pun kemaskan la bilik die . Aku ternampak yang laptop die tak off , pelupa betul la mamat ni . Aku pun curi-2 la bukak , mane tahu boleh korek rahsia die , aku bukak then ternampak satu blog , header blog tu tulis , My Wife My Princess ! Aku terkedu , terkelu !
Sumpah , aku tak pernah rasa dihargai sampai camni .

Aku pun rase macam berminat nak tahu ape lagi yang terkandung dalam blog suami aku  ni . Aku baca bait-bait kata yang die coret kat blog , setitis demi setitis air mata aku gugur . Aku tak sangka suami aku .... aku tak mampu cakap ape-2 . Antara coretan suami aku ...

Hari Ijab Kabul
Ya Allah , sungguh aku gembira saat ini , tanggal 24 april , dia sah menjadi bidadari hatiku . Bidadari yang akan menemani aku di syurga . Aku tak terkata saat aku melihat wajahnya . Sungguh sempurna ciptaan-Mu . Hatiku terasa bagai disiram air dingin bila tangan mulusnya menyambut huluran ku , lalu aku kucup dahinya , buat pertama kali aku menyentuh wanita bukan muhrimku yang kini sah menjadi isteriku . Walaupun saling tidak mengenali , namun lepas mendapat petunjuk melalui solat istikharah , aku yakin , dia wanita yang dititipkan untuk diri ku .


aku terharu sangat bila dia begitu menghargai aku , sedangkan aku ? aku teruskan lagi bacaan ku pada coretan seterusnya ...

Malam Pertama 
Malam pertama aku tidak seperti pasangan lain , tahu tak kenapa sayang ? Abang terbaca blog sayang , sayang tulis , sayang terpaksa terima pilihan Mama kan ? tape , abang faham . Abang tak nak buat sesuatu yang boleh menyebabkan air mata sayang gugur . Abang tak sanggup sebab abang terlalu cintakan sayang .


Air mata aku mengalir lagi , lebih deras dari tadi . kenapa dia terlalu sayangkan aku ? sedangkan aku ? Aku baca lagi ...

Masakan Pertama 
Ini kali pertama aku dapat rasa air tangan bidadariku , sedap sangat sayang! terlalu sedap . Sampai abang tak mampu nak kate ape-2 , sebab itu abang senyap je . Tak sangka , pandai juga sayang masak . terima kasih sayang !


Aku tertawa dalam sendu , sungguh terharu walaupun aku masak ala kadar je . Aku teruskan lagi ...

Cepat sembuh
Abang minta maaf sebab terpaksa masuk bilik sayang , walaupun abang tahu itu perkara paling sayang tak suka . Sebenarnya abang ada spare kunci bilik sayang , abang duplicate awal-awal, takut apa-2 jadi . Abang pelik sebab sayang tak kejut abang pagi tu , selalunya , abang akan terjaga awal lagi dari sayang , tapi abang saje buat-2 tidur , nak tengok macam mane sayang kejut abang , Tapi , pagi tu , abang risau sangat kenapa sayang tak kejut abang . Abang masuk bilik sayang ,tapi sayang tak sedar . Abang rase dahi sayang , Panas ! sayang demam , abang tak sampai hati nak kejut , abang letak panadol dengan air mineral , sebelum abang pergi kerja , abang call Mama , suruh die jaga sayang . Balik dari office , abang terus masuk bilik , abang takut nanti abang tak dapat kawal diri , nanti abang sentuh dahi sayang , sayang marah pula . Abang jenguk kat ruang tamu , tengok sayang terlena depan tv , abang tak sampai hati nak kejut , abang angkat sayang bawa masuk bilik , sayang masih demam , abang ambil tuala basah , letak atas dahi sayang . Sayang tak perasan ke ? tapela , cepat sembuh ye sayang .


Kali ni , air mata aku bercucuran lagi . Tak sanggup lagi aku nak baca coretan suamiku , rupanya selama ini , dia selalu habiskan masa buat entry pasal aku , die tak berani nak luahkan kat aku , aku sangat terharu . Tak sanggup rasanya aku nak lukakan hati lelaki sebaik dia . Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti orang buka pintu , siapa lagi kalau bukan suami ku ? sebab hanya dia yang ada kunci rumah , tanpa buang masa , aku meluru kearahnya lalu memeluknya erat , terlalu erat , seakan aku tak sanggup nak melepaskan dia pergi .
Suami aku yang kebingungan meleraikan pelukan ku lalu meminta penjelasan , aku menarik tangannya lalu menunjukkannya laptop miliknya . Aku tunjuk hasil coretannya , kali ini dia lebih memahami , lantas membalas pelukan aku . Dalam sendu , terasa hatiku tenang dan damai , rasa selamat berada dalam pelukan seseorang yang bergelar suami .

Rupanya mesyuarat suami aku yang akan dijalankan di London ditangguhkan , lalu dia pulang ke rumah . Aku terlalu cinta suamiku , tidak sanggup aku melepaskan dia pergi ,  kini aku bahagia hidup bersama seorang insan yang selama ini tidak pernah kukenali , kini dia sah menjadi suami ku , Suami yang akan aku dampingi di syurga nanti , semoga perkahwinan yang kita bina berkekalan ke akhir hayat .

p/s : blog boleh luahkan perasaan korang tue :) hehe

Thursday, December 22, 2011

" Rafhanah`s Year End Giveway! "

Assalamualaikum ,
okayy , kali ni , aku bukan nak cakap pasal GA , tp nak lebihkan ape itu RAFHANAH BLOGSHOP ?
same je ke ngan blog lain ? ape bezenye ?
ha ! banyak bezanye , okayy ,blogshop ni bukan sahaja menjual pakaian dan akseseri untuk wanita , tapi , tapi , tapi dan tapi turut menyediakan perkhidmatan sulaman manik , gubahan hantaran , hantaran pertunangan , printing , web design , wedding card , banner , bla bla bla +  + 
Ha ! untuk student tuhh , tapayah sesusah nak pergi CM tu , tempah kat sini pun bole .
yang nak kawen tu , ni memang peluang korang la , banyak bende bole tempah sekaligus kan mudah ?
nak tahu kat mane ? klik je lah kat banner ni , free je pun *tayah bayar :]
Photobucket

di taip oleh : anak omak den :)

GA by Tote Boutique !

Iklan -2 , ade GA dari tote boutique studio ,
okayy , kalau nak tahu link blog ni , just tekan kat gambar tu okayy :)

Sunday, December 18, 2011

Siapa Ariff Alfian ?

Assalamualaikum ,
salam satu blogger ! yeahh , ape lahh tajuk aku kali ni ? okayy , ni ade kes hangat ni , ceq nak habaq kat hangpa semua .
Okayy , sebenarnye cerite ni aku dah dengar dari Disember 2011 lagi , apabila sebuah laporan surat khabar Utusan telah melaporkan kehilangan seorang pelajar Malaysia yang menuntut di University College Dublin ( CUD ) dalam bidang perubatan tajaan Petronas . Kecoh la sekejap kes ni , pastu senyap . Dah tak dengar khabar , tup tap skg ni dengar kes yang si pelajar yang dilaporkan hilang ni dah pun berkahwin , okay la kan dah kahwin , tp , yang K.O nye , die kahwin dengan kaum sejenis ! biar betul dyb ? kaum sejenis ? yes ! aku bukan si penyebar berita tanpa bukti okayy . nanti aku tunjuk bukti . 

Ariff Alfian B Rosli telah dilaporkan berkahwin dengan Jonathan dan beberapa gambar perkahwinan mereka telah dimuat naik sendiri oleh jonathan dalam sebuah laman web BIG GAY WEDDING PROJECT tapi laman web tu dah dihapuskan . 

Ariff Alfian merupakan salah seorang pelajar cemerlang dan tokoh pelajar di SMK Seksyen 5 , Wangsa Maju . Dengar cerite , keluarga ariff Alfian ni dah terputus hubungan anaknya semenjak 2009 lagi selepas anaknya pulang semula ke Dublin untuk melanjutkan pelajaran pada Jun 2009 . Ariff tidak mahu berjumpa dengan keluarganya mahupun pihak kedutaan malaysia .

Aku tak cerita secara terperinci sebab panjang sangat , korang boleh search sendiri di UTUSAN ONLINE .
Aku pun tak tahu lahh nak komen ape pasal kes ni , terkelu sekejap . bagi aku sebagai seorang anak tak baik lah buat macamtu kat mak ayah , kesian mak ayah si Ariff ni , dengar cite lagi , Pihak Petronas nak saman keluarga diorang sebab duit tajaan tu tak berbaloi , haishhh , Balik lahh ke pangkal jalan , sebagai Umat Islam mari lah kita sama-2 doakan semoga Ariff Alfian ni masih terbuka hati dan diberi kesempatan untuk  kembali ke jalan yang benar . Amin . Okay , ni antara gambar yang boleh menjadi bukti sahih tentang perkahwinan ariff ni >>>

mesti korang kate " ape lahh , tak nampak ape pun "
okay , next ! lagi nampak punye gambar .

mesti korg kate " normal lah tu entah-2 meber die "
ahh , jap ehh , ni gambar 18 sx >>> 

ha , tutup mulut sikit , okayy , sampai sini je cerita yang dyb dengar , ty ade citer lagi , aku sambung okayy :)

p/s ; GAYBOY ? betul ke ? kalau cakap GAY je same kan ? takkan ade GAYGIRL pula :)

Ape kes Arif Alfian ?

Assalamualaikum ,
salam satu blogger ! yeahh , ape lahh tajuk aku kali ni ? okayy , ni ade kes hangat ni , ceq nak habaq kat hangpa semua .
Okayy , sebenarnye cerite ni aku dah dengar dari Disember 2011 lagi , apabila sebuah laporan surat khabar Utusan telah melaporkan kehilangan seorang pelajar Malaysia yang menuntut di University College Dublin ( CUD ) dalam bidang perubatan tajaan Petronas . Kecoh la sekejap kes ni , pastu senyap . Dah tak dengar khabar , tup tap skg ni dengar kes yang si pelajar yang dilaporkan hilang ni dah pun berkahwin , okay la kan dah kahwin , tp , yang K.O nye , die kahwin dengan kaum sejenis ! biar betul dyb ? kaum sejenis ? yes ! aku bukan si penyebar berita tanpa bukti okayy . nanti aku tunjuk bukti . 

Ariff Alfian B Rosli telah dilaporkan berkahwin dengan Jonathan dan beberapa gambar perkahwinan mereka telah dimuat naik sendiri oleh jonathan dalam sebuah laman web BIG GAY WEDDING PROJECT tapi laman web tu dah dihapuskan . 

Ariff Alfian merupakan salah seorang pelajar cemerlang dan tokoh pelajar di SMK Seksyen 5 , Wangsa Maju . Dengar cerite , keluarga ariff Alfian ni dah terputus hubungan anaknya semenjak 2009 lagi selepas anaknya pulang semula ke Dublin untuk melanjutkan pelajaran pada Jun 2009 . Ariff tidak mahu berjumpa dengan keluarganya mahupun pihak kedutaan malaysia .

Aku tak cerita secara terperinci sebab panjang sangat , korang boleh search sendiri di UTUSAN ONLINE .
Aku pun tak tahu lahh nak komen ape pasal kes ni , terkelu sekejap . bagi aku sebagai seorang anak tak baik lah buat macamtu kat mak ayah , kesian mak ayah si Ariff ni , dengar cite lagi , Pihak Petronas nak saman keluarga diorang sebab duit tajaan tu tak berbaloi , haishhh , Balik lahh ke pangkal jalan , sebagai Umat Islam mari lah kita sama-2 doakan semoga Ariff Alfian ni masih terbuka hati dan diberi kesempatan untuk  kembali ke jalan yang benar . Amin . Okay , ni antara gambar yang boleh menjadi bukti sahih tentang perkahwinan ariff ni >>>

mesti korang kate " ape lahh , tak nampak ape pun "
okay , next ! lagi nampak punye gambar .

mesti korg kate " normal lah tu entah-2 meber die "
ahh , jap ehh , ni gambar 18 sx >>> 

ha , tutup mulut sikit , okayy , sampai sini je cerita yang dyb dengar , ty ade citer lagi , aku sambung okayy :)

p/s ; GAYBOY ? betul ke ? kalau cakap GAY je same kan ? takkan ade GAYGIRL pula :)

Saturday, December 17, 2011

Tengku Sophia tak wujud ?

Assalamualaikum ,
yeahh , ramai yg tye , kenape aku dah lame tak onl ,
sebabnye aku sangat sibuk , terlalu sibuk , sebab nak exam kan ? homwork pun banyak yg aku tak siapkan lagi , dalam proses la skg ni .
Okayy ,, ha , nampak tak tajuk entry aku kali ni ? pasal Tengku Sophia kan ? seorang insan yg mampu menghangatkan zaman siber dengan cerite die mengutuk agama islam dan negara Malaysia ,
wahh , kalahkan artis youu , ramai blogger yang nak buat liputan pasal kes ni , dari ke twitter sampai ke pesbook , siap ade pages anti tengku sophia lagi kau , hai , cito nyo yang si sophia ni kutuk-2 islam gile kaw-2 lahh kan , kalah kopi kaw !
bg aku kalau tak suka agama islam tu kau punye pasal lahh , janji tak yah lahh kutuk-2 kan ?
okayy . lepas dah beberape hari kecohh pasal kes ni , ade seorang insan yang bernama Marsha diva Utamy telah membuat pengakuan bahawa tengku sophia tak wujud dan tengku sophia tu telah mengambil gambar dirinya as DP , haishh , keliru ni , betul ke tak ke ? still tak tahu . lepas tu , tampil seorang lagi insan yang mengaku dirinya sebagai tengku sophia , tp bukan die yang mengutuk islam tu , name je same . 
okayy , untuk merungkai masalah ni , aku dah jumpa satu blog yang dah buat research pasal kes ni , so , hasilnya TENGKU SOPHIA is Fake ! okayy , kalau nak tahu dengan lebihhh lanjut , jom bace hasil yang aku telah copy kan ni , harap boleh buat korg lebih faham :_

Tengku Sophia Tak Wujud? Ini lagi satu teori yang boleh aku katakan sekarang ini. Sebab beberapa gambar yang Tengku Sophia (TS) share kat akaun twitter dia sebenarnya adalah dari artwork orang lain. Aku ada buat photo-search dan berjaya menemui kecacatan dalam perkongsian gambarnya.

Ini adalah gambar yang dia share bersama dengan status tweetnya di twitter sebenar dia.. Dia kata tu gambar tahun lepas dan dia nak pergi tempat tu lagi dengan boyfriend dia…

tengku sophia tak wujud satu konspirasi penipuan

dan bila aku siasat, gambar tu adalah dari tumblr seseorang bernama Anne ni… tapi tumblr anne ni dah unavailable. dapat tengok kat weheartit.com je la..

tengku sophia tak wujud satu konspirasi

Selain tu gambar gitar yang kononnya dikatakan pemberian Alex, iaitu boyfriend dia… 



Dan bila aku siasat gambar tu, aku hanya jumpa gambar ni kat page seorang perempuan ni yang bernama Manugavassi

tengku sophia tak wujud penipuan konspirasitengku sophia tak wujud konspirasi tipu islam malaysia

Dan lagi satu adalah gambar dia berpelukan dengan boyfriend dia yang mana dikatakan Daniel yang shot tadi.

tengku sophia tak wujud konspirasi

Tapi cuba korang klik Google Photo Search yang aku dah buat ni..

kosnpirasi tengku sophia

I mean, ada berlambak gambar yang sama yang dikatakan Daniel yang shot.

Dan lagi satu gambar yang dia kata dia tengah cas handphone-nya ni…

tengku sophia twitter

Kalau korang pergi kat entry seorang perempuan ni, korang akan jumpa gambar yang sama. Hanya blog ni je yang ada gambar yang sama. Tempat lain takde. Tu yang pelik tu…

gambar tengku sophia

Gambar dalam twitter yang dia share pun sama je kebanyakannya ambil dari internet… Juga profile photo dia aku rasa itu bukan diri dia yang sebenar.

Boleh aku katakan Si TS ni adalah seseorang yang mengelirukan. Adakah sebab dia dah buat salah then nak tutup kesalahan dengan buat cerita baru dan share gambar dari internet? Siapa sebenarnya TS ni? Siapa sebenarnya Alex?  Kita semua tak tahu… Yang pasti hanya TS dan Allah je yang tahu cerita sebenar.

Aku rasa terpanggil untuk siasat lepas dapat komen ni dari Cik Kiki berkenaan kekeliruan TS ni. Kalau takde angin masakan pokok bergoyang…

Sekarang, aku dah malas nak cakap pasal TS ni. Terlalu banyak kekeliruan. Lupakan je lah pasal TS ni. Orang kata kalau was-was tinggalkan. So aku harap ni entry last aku pasal Tengku Sophia ni.

Wednesday, December 7, 2011

OMBAK BEROMBAK :)

Weeeeee ~~~~~~~

Assalamualaikum :)
hehe , sori , aku mulakan entry ni dengan bunyi ombak ~~~~~ tak dengar tape , rase kan jehh 
okayyy , seperti satu malaysia tahu , sekarang ni bukan musim demam AF , tapi demam Ombak Rindu lahhh ,
sebagai penduduk malaysia , aku pun tak kurang jugak terkena penyakit ombak ni , fuhh bahaya virus ni ,
wokeyhhh , semua sedia maklum , movie nie di adaptasi dari sebuah novel karya fauziah Ashari *mak aku punye pebret penulis :)
di sebabkan aku dah bace novel die , kesinabungan nye pun aku dah bace iaitu RINDU CINTAKU . ha tau tak ?
sebenarnya novel ombak rindu ni ada sambungannya , OMBAK RINDU + RINDU CINTAKU =* OMBAK CINTAKU ( aku tambah sendiri hasilnya tuhh ) ,
okayy , ramai lahh aku bace status kat pesbokk aku tuhh , ade yang cakap bole lahh , ade yang cakap bosan la , ade yang cakap besttt la , ade yang cakap sedih la .
bemacam-macam reaksi aku dapat tengok , so , dari aku dengar orang lain comment , baik aku sendiri yang pg tengok . So , bermula lah plan aku mengajak mak kesayangan aku tuhh pegi nengok cite ni , lagipun mak aku memang minat novel-2 ni , then , pujuk punye pujuk , dapat lahh . so , siang tu mak aku kerja , pergi lahh tengok malam , tiket aku dahh siap booked awai-2 dahh , punye lahh full , sampaikan yang kosong pun tinggal pukul 9.45 malam tu punn seat depan sekali , telan air liur aku nak buat keputusan , nak tak nak , kene jugakla kan ... *mendongaklahh apo lai ?
okayy , sebelum kitorang berwayang-wayangan , mak aku siap pesan dahh , 

" Bawak tisu tak ? kang nangis kang "

adik aku jawab 

"dah , dah prepare dalam beg "

hahaha , lucu bukan ? 
then , kiteorang pergi tengok kat Wangsa Walk Mall * tu paling dekat
tapi sebelum pergi ke wayang , kiteorang bejalan-jalan lahh dulu kan , tengah mencucuk-cucuk mak aku lahh tu , mentang-mentanglahh baru gaji , mula-2 plan pertama , ajak mak aku masuk kedai CD , okayy , jumpa CD HANAZAKARI NO KIMITACHI E . mesti kolrang tanye ape tuhh ? atau punn name yang femes nye , HANA KIMI , alahh , kan orang skarang ni gila korea ? tp aku ni terbalik sikit minat jepun , haha , mane-2 lahh sebenarnye sume aku layan je , asalkan jalan cerita menarik , aku on je ,
okayy , dapat beli yang DVD punye , harga memang paling rendah , sebab tu je satu-satunye yang tinggal , memang jodoh aku ngan CD tuhh , sebab sebelum ni tengok kat carefore bapaklahh mahal bebenor , dalam 50 lebihh , tp kali nieyhh , memang dapat lowest gile price , sebb nak clearence stok . nak tahu bape ? just 29.90 ringgit malaysia , ori pulak tuhh , mane nak dapat beb ? so , kepada semua yang berminat , bole pergi kedai DVD tuhh , kat WWM yea :)
okayy , lepas tuhh jalan-2 lagi sampai la terserempak tropicana life *TL 
padahal sengaje terserempak uhh :)
tetibe mate aku juling @_@ , aku rase mate korang pun bole juling skali , sebab ape ? sebab TL buat super duper sale beb !!! sale sampai 70 % , wahh hebat kan ? terkezut tak ? hikhok :)
memang gempak , tak penah-2 TL crowded , baju yang harga selama ni 40 lebihh nak jadi 12 hinggit jehh :)
so , aku pun dok pau mak aku la , last-2 dapat lah beg sandang , adik aku pulak beli beg skolah , 

pastu kiteorang punye wayang dah mula , memang full giler wayang kali ni , satu family die angkut ke wayang , dari moyang sampai ke cicit kut , haha , tapi ape yang aku dapat simpulkan kat sini ialah :_
1 . jalan cerita memang same , tp ade part-2 yang aku kire best tak dimasukkan dalam movie ni .
2 . cerita ni dah jadi ringkas sangat , tu yg tak best uhh .
3 . Lagu citer ni memang best :) 20 star :)
4 . Aku rase Maya Karin tak sesuai jadi Izzah , sebab care die bersakap tak melayu sangat .
5 .  Tempat-2 dalam movie nieyhh memang cantik .
6 . Ape-ape pun , citer ni tetap best , bolehh buat aku sedih la , tak sampai tahap nangis :)

dalam kite dok kecoh-2 pasal ombak rindu ni , dengar citer nye , Fauziah Ashari tak rase puas hati sangat pasal movie ni , lagipun , dye dapat duit tak setimpal dengan apa yang die dah buat , dengar cite , movie ni kutip satu juta sehari , dahsyat , kalah kan blockbuster kauuu , kalau nak tahu konflik Fauziah ashari tu , tengoklahh surat khabar metro hari ni yea :)
okayy , tu je yang aku nak share ngan korang untuk entry kali ni . Till then , Chaww :)

p/s : ape kate amek aku jadi izzah ? *angkat kening :)

Tuesday, December 6, 2011

Ape itu vlogging ?

Assalamualaikum ,
okayy , kali ni , D saje nak mengisi entry kali ni pasal vlogging , ape tue ? macam blogging ke ?
okayy , vlogging ialah video blogging , ramai sangat vlogger yang terkenal kat malaysia nieyhh , nak tahu siapa antaranya ? ramai , tapi , yang paling aku suka Matluthfi , selain tue , anwar hadi pun senior dalam dunia vlogging nieyhh , okayy , lagi shahrin cool , akwa arifin . satu-2satunye vlogger pompuan yang aku suke , maria elena , die pun suke buat tutorial shawl . okayy , kalau korang nak tahu ape yang diorang buat , search lahh kat you-tube ,
pasal vlogging ni , dahh femes sampai masuk REMAJA , haha . Aku pun nak try jadi vlogger lahh *perasan :)
okayy , kebanyakan diorang ni buat buat filem pendek , contohnye macam matluthfi , macam-2 video die buat , walau pun tak menggunakan bahan shooting yang lengkap , u did a great work bro , kiteorang kat Malaysia ni bolehh gembira tengok video-2 u :P
okayy , ade jugakk antare diorang nieyhh sembang-2 pasal isu semasa , pasal pendapat diorang , ape-2 je lahh yang diorang rase nak share . haha . okayy , kalau korang pun nak try bervlogging , boleh je , haha , okayy tue je yang D nak share kali ni , till then , chaww :)

p/s : terfikir nak vlogging lahh :)

Monday, December 5, 2011

Bekas Tunang Khairul Fahmi :)

Assalamualaikum ,
kenapa lahh ngan aku ni , ni ahh dia , D dahh tade citerr dahh , so , nak share-2 lahh ngan korang pasal bekas tunang apex , skg ni tamauu lahh citer tentang gosip-2 diorang tu cite lame biaq pi diorang lahh kan , okayy name ex tunang si abg apex ni Aimie Harmelia , haihh , jenuhh aku nak menyebut name nye ,
hem , so , skg D nak introduce kat korg yang Kak Elia ni , pun seorang blogger tau , 
tp tak sangka pulakk yang blog D slalu follow ni rupanya tunang Khairul Fahmi *cita dulu okayy ,
lepas je kesdiorang ni putus tunang , name Elia ni sebagai seorang blogger terus meletup-letup tau , hem , KakElia ni lebihh terkenal as a model , so , lepas kes putus tunang and pergaduhan dan perselisihan faham antare dua keluarga ni , follower Kak Elia ni terus meningkat , waduhh , untunglahh , D pun nak try buat gosip ngan artis lahh , untung-untung bolehh femes *khayalan semata :)
menggunakan nama sebagai jejari runcing dot blogspot , jomlahh kita sama-2 jelajah blog kak Elia ni , dengar citer die juga ade blogshop ? betul ke ? nak tahu betul ke tak ? jom TERJAH SINI !

p/s : tak femes and fofular pun tape , asalkan bahagia :)

Adik Khairul Fahmi Che Mat meninggal

Assalamualaikum , 
salam satu blogger , wokeyhh , sape yang tak kenal kan dengan khairul fahmi che mat atau pun name yang lebih mesra apex , okayy , cerita terbaru yang D dengar , adik lelaki apex telah meninggal dunia , sebab nye tu , tak tahu lahh , nanti D update klau dah tahu info tambahan , okayy , D baru dapat info terbaru , adik apexs meninggal sebab demam berpanjangan dan jangkitan pada paru-paru . name adik apex mohd amirul izzat dan berusia 16 tahun telah meninggal dunia akibat demam denggi pada pukul 11.15 pagi . sebelum tu arwah telah di rawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.
dengar cerita apex yang baru sahaja sampai KL telah mendapat berita adiknya meninggal , mesti sedih kan ? nak buat macam mana , Allah lebih sayangkan adik apex , mungkin di sana ada tempat yang lebih baik untuknya , so , sebagai seorang muslim , jom sama-2 sedekahkan Al-fatihah buat adik apexs .

berikut merupakan ulasan dari apex :


“Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta.
“Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai,” kata Khairul Fahmi yang akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Sukan Olimpik Rabu ini.


gambar khairul fahmi che mat

ni bukan adik apex , ni apex lahh mase awal-2 kemunculan die dulu , alang-2 tu , jom nengok gambar-2 apex :)

gambar khairul fahmi che mat

gambar khairul fahmi che mat

macam player jepun :)

gambar khairul fahmi che mat


gambar khairul fahmi che mat
saje je D kongsikan koleksi gambar khairul ni , saje je bagi gambar-2 yang lame , dari di simpan , baik share ngan korang kan , ha , kepada peminat apex tu , copy lah gambar ni , simpan yea :) okayy , till then , chaww :)

p/s : Al-Fatihah ,

Saturday, December 3, 2011

Semakin aku dewasa

Assalamualaikum ,
`semakin aku dewasa '  kenape pulak tajuk entry aku kali ni pelik semacam je ?
hem , aku bukan lah seorang pengarang yang pandai mengarang , tp mungkin darah seorang penulis tu mengalir dalam diri aku sebab ayah aku seorang novelis , namun , hasil coretannya hanya tersebar di sekitar ipoh , sebagai seorang anak , pastinya aku ingin menunaikan hasrat ayah aku , nantikan hasil karyaku . dengan menggunakan nama pena didi othman , aku mengharapkan tuah bagi nama othman .
Semakin aku dewasa , pelbagai perkara aku teroka , di pagi yang hening ni , aku lihat ibu dan adik aku tidur pulas . Tenang hatiku setenang lautan ciptaan ilahi . Dunia ini seperti bola , begitu juga dengan hidup kita , hidup kita bukan kisah dongeng , kisah yang kita tahu penghujung cerita nya . Jika ada tukang tilik yang mampu menilik hidup kita , pasti sudah kutemu . Namun , Allah mahu hambanya berusaha . Apa tujuan utama kita hidup didunia ? perumpamaannyaa , sama seperti bermain bola , kenapa harus kita menendang bola ? kemana kita hala kan bola itu ? ke kanan kah ? ke kiri kah ? pasti ke arah gawang yang tersedia . begitu juga dengan hidup kita , kita sebagai pemain bola , bola sebagai arah hidup kita , pandu dan jagalah bola itu sebaiknya sehingga sampai ke tempat yang di tuju  dengan selamat .
Semakin aku dewasa , aku berjumpa dengan ramai kawan , rakan mencerminkan diri , namun , bolehkah kita menahan ego bila berdepan dengan rakan yang menyakitkan hati kita ? Hati ! mudah sangat tersentuhh , tiada siapa yang mampu tersenyum saban waktu , ada kala ombak melanda , tidak selamanya kita di atas , aku pernah berada di di atas , aku juga manusia biasa yang pernah berada di bawah , Allah itu maha adil . kita memang tidak mampu memuaskan hati semua orang , jadi , ingin aku simpulkan , belajar menerima orang lain . Hidup tak selalu indah , langit tak selalu cerah :) 
Semakin aku dewasa , semakin aku cuba memahami fungsi alam sekitar , jika terpandangkan rumput , aku terfikir sejenak , kenapa rumput bewarna hijau ? kenapa langit berwarna biru dan putih ? kenapa harus ada tone warna di dunia ? semakin aku cuba mendalami , semakin banyak persoalan yang datang menerjah . persoalan demi persoalan , aku kupas satu demi satu , namun , tidak pernah persoalan itu di berikan jawapannya yang sebenar , kerana hanya Penciptanya sahaja tahu . SubhanAllah ! ilmu Allah itu sangat luas , jika dibandingkan dengan ilmu yang aku miliki , hanyalah setitis air jika dibandingkan hamparan lautan . 
Aku tersenyum sendiri memikirkan kehidupan aku , aku bukanlah dibesarkan dalam keluarga yang kaya , namun , aku bersyukur dukurniakan kaum keluarga yang besar dan jauh dari konflik , biarpun membesar aku tanpa insan tersayang , itu tidak menjadi batu penghalang untuk aku berjaya , namun , aku masih tidak mampu untuk berjaya dalam bidang akademik , mak selalu nasihat aku , ibu ku dulu hanya tinggal di rumah setinggan , atau nama sebenarnya rumah haram , hem , aku masih gembira biarpun aku tidak mudah peroleh gadget-2 terbaru , aku tidak perlukan semua itu , aku lihat , mudah sungguh rakan seangkatan menerima barang dari ibu bapa mereka , mak selalu cakap , dapat dengan cara kita berusaha kan lain , mula-2 aku marah , namun , aku seorang logistik , memang ada benarnya , lalu aku sematkan azam untuk terus berusaha peroleh apa yang aku mahu .
Cinta ? semakin dewasa semakin aku tak tahu dimana hilangnya perasaan cinta kepada manusia *couple .
waktu sekolah rendah , mudah sangat aku jatuh cinta , memang lah cinta monyet :)
tersenyum aku mengingati kisah mencuit hati aku ketika sekolah rendah , aku memang nakal ! 
Semakin aku cuba bercinta sesama manusia , semakin aku tidak jumpa cinta itu , semakin aku cari semakin jauh ia pergi , lalu , satu malam , aku berdoa supaya tunjukkanlah aku cinta . Namun tidak pula aku jumpa , satu hari aku duduk seorang diri menghadap laut ciptaan ilahi , aku semakin cinta pada laut itu , aku toleh kearah langit , lama-kelamaan aku semakin jatuh cinta pada langit , kemudian aku memandang pulau-2 yang terdapat di situ , aku jatuh hati pada keindahan pokok-2 di situ , aku renung matahari yang kelihatan sedikit murung petang itu , lalu aku temui jawapan cinta aku , aku cinta pada Ilahi :) Panorama yang mengasyikkan itu ciptaan ilahi , justeru aku simpulkan aku cinta pada penciptanya , Allah !
Aku mengambil keputusan untuk menunggu cinta terindah , cinta anugerah ilahi , tidak perlu mencari , Saban hari aku berdoa semoga aku bertemu dengan insan yang dititipkan oleh Allah untuk ku , insan yang boleh menjaga serta mendidikku sehingga menjadi insan sempurna di matanya , saat yang sangat aku nantikan , tidak sabar unuk menjadi bidadari syurga seperti Ainul Mardiah :)
Kadangkala Allah menghilagkan langit dan matahari , kita tercari-cari dimana mereka ? rupa-rupanya , Allah turunkan pelangi untuk kita , berfikirlahh , hidup didunia hanya sementara , doa senjata orang mukmin :)

p/s : bersambung ...