Tuesday, September 1, 2015

Tips Saving Duit

Assalamualaikum :)
Hello gais, Hey-Ho.
Perghh tajuk aku macam hape je kan?
Hakak hengkorang ni dua kali lima sepuluh sama jugak membazirnya dulu. Tapi sekarang macam dah insaf sikit la kan sejak banyak benda yang nak kena fikir kan.
Disebabkan aku suka membazir dulu aku pun ada buat beberapa benda untuk ubah diri aku jadi lebih rasional kan? Rasional dalam mengeluarkan duit dan untuk membeli sesuatu.

Okay firstly, buat tabung. Seriously beli tabung cecomel sikit baru ada feel nak menabung kan (eh?). Mempengaruhi okayy, baru la nak menabung tu rasa comel je, rasa cute je. Nak beli tabung pun takyah memahal tauu, tu pun satu pembaziran. Aku beli tabung kat Mr DIY je murah. Kalau nak murah lagui buatla tabung sendiri. Banyak je kan benda boleh direcyclekan. Alam semulajadi pun terpelihara tak gituu.

Bila menabung, aku mula kan dengan amaun\jumlah yang sikit dulu. Contoh aku mampu menabung sehari RM 2 hengget, aku akan maintain kan jumlah tu. Contohnya kalau korang mampu menabung sehari RM 5 hengget, korang maintain kan amaun tu ok? Bagi aku menabung ni macam main kutu dengan diri sendiri haaa cemtu.

Bila dah menabung tu jangan pulak gatai tangan nak korek tabung, thats why aku cakap menabung dengan jumlah yang kita mampu. Hal ini untuk mengelakkan kita daripada korek tabung. Tetapkan kat diri korang boleh ambil duit tu lepas 2 bulan ke, haaa baru la boleh enjoy kan lepas tu.

Next, korang buat list, contoh, kalau korang ni dah kerja, sila senarai kan apa benda yang penting dulu. Contoh, duit kerata, duit minyak, duit belanja. Simpan and letak tepi duit tu, cukup bulan settlekan semua yang penting tu dulu.

Kalau student pun sama juga, sediakan duit belanja untuk sebulan. Tetapkan pada diri jangan melebihi had yang dah di tetapkan. Dapat je duit PTPTN tu, terus je agihkan awal-awal duit tu supaya tak over limit. Okay?

Lastly, benda yang paling aku suka antara tiga ni, buat "Bucket List", apa tu weh bucket list? Okaylaa, senang ceghita buat list idaman. Contohnya, dulu benda idaman aku nak beli phone (tak paham dengan diri sendiri pasaipa nak iphone jugak). So, duit aku menabung tu kalau aku nak pakai aku akan rasa macam sayangnyaaaa nak guna. Sebab aku ada benda yang nak beli yang boleh memuaskan nafsu hakuuu (biasala perempuan banyak nafsu)

Bila ada bucket list, rasa macam seolah-olah kita ada aim nak kumpul duit. Secara tak langsung benda tu akan motivate kan lagi diri kita supaya mengawal nafsu. He,He,He (suka sebab menang lawan nafsu). Jadi apa tunggu lagi, pergi list kan benda idaman korang. Aku pun kena list kan "kawen" dalam bucket list aku. Hahahahahahahahaha. (gelak sambil tunggu orang masuk meminang)

So tu jep yang aku nak share, aku share semua daripada pengalaman aku sendiri. Aku sendiri rasa macam lebih terurus bila buat macam tu. So, goodluck gais :)

Thanks For Reading :')

No comments:

Post a Comment