Thursday, June 7, 2012

Steambot VS Roti Naan :')

Assalamualaikum.
Okayy, nampak kan entry aku tu tajuk die ape? So, pasal makanan, yummu :') terliur aku tulis entry ni sebab teringat makanan tu. Untuk entry kali ini, aku nak share dua tempat yang aku makan. Mula-mula tempat dekat  Kuala selangor, nama kedainye, D`manggis. sape pernah makan kat situ? angkat la kaki. Haha. Okayy memang best gile, sebab hanya dengan bayaran sebanyak RM 20.00 korang boleh pulun, pelahap, dan meratah seberapa banyak makanan yang korang nak. Antara makanan yang disediakan ialah, BBQ, so, adela sotong, ketam, udang, sosage. Selain tu, ade jugak Steamboat dan beberapa makanan lain seperti, ice cream, biskut, nasi goreng, dan sebagainya*banyak sangat dah lupe la*
So, memang puas plus berbaloi, sebab apa? sebab kite kene masak sendiri. Fuyooo, haha. Memang berasap muko den ni ha. Memang balik tu, bau asap je sume, tapi memang merasakan kepuasan serta nikmat itu. Mueheh. Siapa yang suka akan cabaran memang ssesuai la sangat makan kat situ. Bila dah penat-penat masak, pelahap ice cream pulak, amek kau, aku ambil banyak sangat sampai tak habis. Haha.
Sangat nikmat makan kat sini, air pon kene ambil sendiri, kire layan diri lah ni, and berape kali korang nak makan pon tape, NO LIMIT :') markah 8/10



Next, okay kalau tadi kite story-mory pasal steambot BBQ and so on. sekarang, nak cite pasal Roti Naan pulak. Ha, ape benda tu, okayy, jap lagi kita layan gambar sekarang ni, aku nak cerite dulu macam mana sedapnya Roti Naan kat kedai nieyh. Aku sebenarnya dinner kat sana malam ni, saja nak tukar angin pula. So, family aku pon merantau lah sampai kampung baru sebab nak merasa roti naan die. So, drive punya drive sampaila kat kedai tu, pekerja die lebih kurang macam Pakistan la. Tapi Roti Naan die superb gebu wa cakap lu. Gile sedaplah, aku order roti Naan cheese, manakala adik aku yang montok ni order Roti Naan Butter. So, memang tu je yang ade jual kat kedai ni, air mineral memang free. Ade la jugak jual nasi ape tah*tak peduli sangat sebab dah terliur tengok Roti Naan ni. Harga roti Naan Cheese RM 5.00, tapi memang kenyang gile beb makan, aku memang tak habisla sebab cheese die buat aku kenyang. So, tadi, 3 orang makan cecah RM 30.00. Haha, betapa pelahapnye kitorang makan, tapi kedai die memang banyak orang, tak putus-putus orang datang masuk. Memang orang kat situ makan roti je kowt. haha.So, kesuluruhan aku bagi 6/10 sebab harga mahal sangat. hehe.

cheese yang melimpah ruah. haha.

okay, so tu je yang aku nak share untuk entry kali ni. Kalau ade idea kedai makan yanng best-2, share la. 

p/s : perasan nak bukak kedai makan.

Tuesday, June 5, 2012

Projek Add Math Kuala Lumpur :')

Assalamualaikum.
hellauuu, okayy kali ni nak share projek add math untuk area kuala lumpur. sebab memang susah nak cari KL punye ni, apa pasal entah, haha, so, korang suma tak payah risau lagi okayy, so, check this out >>>>


sebenarnya, semua negeri ada kat situ, selangor pun ada. okayy, ciauuu :)
p/s : so ASH kau hutang budi ngan aku okayhh :')

Sunday, June 3, 2012

Menu Hari Ini :')

Assalamualaikum .
Amboi tajuk entry aku ni, dah macam Wanita Hari Ini kan ? alahh yang dekat tv3 tu. Okay, menu aku untuk hari ini, ialah >>> Ayam masak tomato :'P
Ehh, apesal aku poyo sangat ni kan, sampaikan ayam masak tomato pown nak letak kat blog. Act, menu ni aku yang masak, ha, tu lah yang special sikit tu. So, bila aku yang masak, ikut otak aku la kan nak letak ape pown dalam resepi aku. Sebab aku ada tengok kat blog-blog lain, semua nak bahan yang susah-susah, haishh, aku pown ambil keputusan untuk explore ape ada dalam peti ais rumah aku tu. Hurm, so, kalau adik-adik manis yang baru nak belajar memasak tu, tak payah pakai bahan yang susah-susah, so, nak pakai bahan apa? jom terjah >>>

Bahan :
1. Tomato*dikisar
2. Cili merah*dikisar
3. Bawang kecil dan besar*dikisar
4. Sos tomato*maggi
5. Ayam*potong ikut suka
6. Kentang*tak wajib
7. Carrot*tak wajib (dipotong panjang-panjang)

Cara :
1. Goreng ayam yang telah digaulkan dengan kunyit dan sedikit garam.
2. Goreng kentang dan carrot dengan bawang yang dipotong bulat-bulat.
3. Tumis bawang kecil, besar dan cili hingga naik bau.*letak garam sikit
4. Letak tomato yang telah dikisar dan juga sos tomato sampai rasa cukup.
5. Bila dah rasa cukup masak masukkan semua bahan di no 1 & 2 .
6. Siap untuk dihidang ;')


Okayy, so, itulah apa yang aku masak hari ini, aku sengaja masukkan kentang ngan carrot tu, dah tu je yang ada dalam peti ais, lagipun kan sayur elok untuk kesihatan :) haha.
So, SELAMAT MENCUBA  :')

p/s : ada bakat jadi master chef la.hewhew

Tuesday, May 29, 2012

SeLaMaT HaRi GuRu :)

Assalamualaikum.
Ehh, hari guru dah lepas ye? tape, act, hari-2 hari guru kan ? So, sebagai seorang pelajar yang sangat menghargai cikgu nya kannn. Saya sebagai pelajar SMK Seri Saujana *ehh jual sekolahh nampak.. hehe
ingin mengucapkan selamat hari guru sedunia kepada semua guru-2 di seluruh dunia, tak kiralah yang dahh pencen ke apa ke, asalkan dah pernah berkhidmat sebagai guru kannn.
Pada hari jumaat yang lepas, sekolah aku telah menyambut hari guru, so, banyaklah aktiviti yang telah dilakukan. Sangat seronok, so, korang nak tengok serba sedikit sambutan hari guru smk seri saujana??? Check it outt.


video ni telah dibuat oleh aisyah :) so, credit to her. and saya ada dalam video nihh. then, carilahh yang mana ya :)

p/s: entry yang pendek dan padat *ni namanya pemalas :)


Saturday, May 26, 2012

Rolling ice :)


hamboii, kurang hajar bebenorr, tanpa salam terus je tunjuk gambo kan... ha, penampor makannye kang:)
Assalamualaikum, gambar kat atas ini ialah minuman yang aku pau cik abang aku belanja siang tadi mase keluar. Okayy, sebelum tu, tadi didi pergi keluar main bowling 2 game, karoke sampai tak hengatt dunia 2 jam, makan satu set A&W, beli ice rolling, beli novel, haa, semuanya ditanggung beres oleh Bos:) hehhe. Senangnya hidup kalau hari-hari macam ni kan. 

Untuk entry kali ni, nak cito lahh sikit pasal Rolling ice ni, ataupun ade juga kedai tealiciouss, same je ape yang diorang jual tu. Tadi didi beli mocha, sebenarnya untuk readers yang tak tahu hape bendenye rolling ice ni, same je macam ice blanded, cuma stylish la sikit kann. hukhukhuk.
Beli kat pasar malam lagi murah, dapat choclete rise*
Mocha yang didi beli tadi memang superb tapi diebabkan ade bendasing dalam minuman tu, terus spoil mood.  Dalam mocha tu jugak ade something macam coconut jelly, tapi tak manis pun, tak tahu la ape die. Harganya RM 4.50 . So, buat korang yang rase terliur sampai ngigau-2 tu, try lah minuman ni, sekarang dah femouss dah, orang dah tak serbu BR ngan Tutti dahh, sekarang orang serbu Tealicious pulak. Lepas ni apa lahh pula kan. Yang uniknya, diorang akan buat minuman yang kita order tu macam ade cover, macam gambar kat bawah ni >>> nampak memang sedap, so, ape tungggu lagi ? SERBU !



p/s : Terima kasih kerana melawat :)




Monday, April 30, 2012

Pesta Buku !!!

Assalamualaikum,
Yaww, pesta buku kembali lagi, mesti yang kaki novel and komik suka sampai mimpi-2 sebab tak sabar nak pergi peasta buku kan ? kan ? kan ? okayy, disebabkan tadi hari cuti istimewa bagi student saujana, didi and member pon plan lahh nak pegi PWTC, saje je jalan, bukan cari apa pun. Okayy, mula dari pagi tadi, sori guys, gerak lambat sebab, menunggu tuan puteri siap, haishh, lame betul tunggu, naik kematu lutut tunggu hampir setengah jam, haishh, *ingat ahh hutang !
Pastu, kiteorang bertiga bertolak dari setiawangsa, naik kereta, dan driver yang terhebadd ialah, ayah Ayuni , iaituuu, En, Mohd Sabir *tadaaa.
hehe, sengal jap, sampai je, tanpa breakfast, terus round area bawah, sebab takut nanti penuhh pulak orang. Jalan punya jalan, nampak pula budak saujana, ramai pula tu, haha. Lepas nampak novel Siti Rosmizah yang baruu tuu, alahh, yang takdir itu milikku tuuu, takkan tak tauu *pengulangan vokal u ^_^
Member aku nampak je, terus beli, mentang-mentangla ada 20% discount, dua novel SR kau balonn ehh, haha, tapi, nak cite kat sini, memang hangpa tak kan bosan lahh round kat PWTC sebab buku dia best-2, and murah-2 ! Gempak Stars pown dapat sambutan tau, ramai sangat orang sampai kene ambil nombor, bhaha. That funny :) so, aku ni, malas nak beli novel, sebab nanti mak aku akan beli jugak, demi menjimatkan kos aku, aku belilahh majalah, anddddd, i make a poster picture :_
1
2
tadaaaaa :) *bling





okayy, gambar di atas maybe muka didi 10 tahun akan datang kowtt, act, this photo does not too same with me. Tak tahulahh, mana silapnya, maybe mase tu, didi malu kowt. Pastu pelukis tu macam nak cepat je, but it okayy, nak try pelukis lain pulak. Murah je lukis ni, 10 ringgit je, kalau nak lukisan yang berwarna, 30 ringgit. Kire okayylahh kan. lepas, dah jalan-2, last-2 ade jugak bende yang didi nak beli, sebab memang tade idea ape nak beli tadi. So, hasilnya:_




didi beli majalh remaja sebab, sob~~~ sedihh nak cite, *ecehh. sebab jeleous tengok Awal ngan Scha tue, sweet sesangat lahh kan. haha, didi beli majalah Dara sebab, sebab, sebab, majalah tu banyak input for teenangers and also hijabista macam  didi nieyhh, so, tujelahh cuti aku dihabiskan. sape nak share story pasal pesta buku, lets change URL :) Till then, Thanks For Read this *_*

p/s : Tunggu bola pukul 3.00 pagi :)

Sunday, April 29, 2012

Assalamualaikum,
Salam muhibbah, salam BERSIH, salam KOTOR, hahaha:)
Okayy, mulakan entry ni dengan senyuman, jarang kan nak tengok didi post entry ? yup, memang jarang, mangsa SPM, camnila. Haha. Okayy, untuk entry kali ni, nak story-mory pasal, reaksi orang ramai pasal cerpen pendek yg aku buat dulu tue, tajuknya My Wife My Princess:) yang tak tahu boleh cari gali balik kat post view, hem, banyak respon,ade yang positif, ade yang negatif, tapi, tape, Didi still take it from positive side.  Thanks bagi sesiapa yang dah baca, saya hargai sangat masa emas anda untuk membancanya, maybe ade sambungan yang lain, cerpen lain rasenye. Okayy, nak cite sikit pasal Pesta Buku ! okayy, disebabkan, esok adalah hari cuti istimewa bagi semua pelajar Saujana,so, Saujanians, jom serbu pesta buku ramai-ramai !!!!
Tadi aku baru je balik dari seminar yang diadakan di UM, agak penat, but, I have a great day there, tak membazir spent money for that seminar. Just for get ready for SPM, fuhh, rase macam tak pecaye je, nak habis  sekolah dahh, rase baru je masuk tabika kemas dulu. Haha. budak yang comot-comot ni sekarang dah jadi KA asrama. haha. *ops, terlebih sudah.
Tadi baru habis tengok bola, Chelsea VS ape tah, lupe dah. haha. so hasilnya Chelsea menang, 6-0. But, the most important is, MALAYSIA is awesome ! vs Sri Lanka 6-0 beb, wahhhh, bravooooo. Haha, ni yang boleh kasi upah kat harimau kite ni, hehehe.
sape yang pergi Bersih tu, terus jelah pakai baju team malaysia yang wane kuning tu, pastu terus pegi tengok Bola, haha, okaylahh, dah terlanjur mengarut pulakk kat FB ni, haha. Okayy, bye :) tata,titi, tutu .
Thanks for read this :)