Tuesday, January 10, 2012

Began Your Day !

Assalamualaikum .
Hem , disebabkan dapat cuti yang sangat panjang berjela , bermacam-macam perkara yang aku dapat ilhamkan . Hem , aku sekarang cuba untuk berfikiran positif dan lebih matang , yelah , sekarangkan aku dah menjangkau 17 dah pun , nak SPM beb . Fuhh , tak sangka , hidup yang aku lalui selama 16 tahun lalu penuh dengan dugaan dan ujian . Namun , tidak kurang juga dengan kenikmatan dan kebahagiaan yang aku rasa sepanjang 16 tahun dulu . Sekarang aku mampu berdiri atas kaki sendiri , walaupun kadang kala terasa diri ini kesunyian , kesepian , namun , aku cuba berfikir dengan lebih rasional , kita dilahirkan sendirian , dan akhirnya kita juga akan di kembalikan sendirian . 
Oleh itu , aku lebih bersedia menghadapi sebarang kesulitan . Baru je awal tahun , aku sudah pun diuji . Aku boleh dikatakan ketinggalan pelajaran berbanding sahabat-sahabat aku yang lain . Mesti diorang dah belajar macam-macam . Namun, perkara yang aku belajar di rumah , lain dengan apa yang diorang belajar kat sekolah .   Diorang belajar perkara yang sudah dikaji . Aku cuba berfikirang lebih tinggi , dengan mengkaji perkara yang belum pernah orang kaji .
Yup , pelajaran memang penting dalam hidup , hem , aku dah puas berangan , sekarang , masa untuk buktikan angan-angan aku . Aku dah banyak kali kecewa . Aku sendiri tak mampu untuk urus diri dan masa aku . Sekarang , aku lebih matang , lebih pandai urus segalanya .
Bila tinggal kat asrama , bukan sahaja ketahanan mental diperlukan , malah , fizikal pun perlu kuat . Banyak betul tanggungjawab aku , sebagai seorang anak , seorang pelajar , seorang kawan , seorang kakak , seorang adik , dan , yang paling penting , sebagai seorang hamba . Aku cuma hamba . Aku hanya perlu ikut arahan . Hidup di dunia memang tak lama , bukti depan mata , kenapa masih ramai yang leka . Jadi , aku akan pastikan hari ini lebih baik dari hari esok , SO , LETS BEGAN YOUR DAY !

No comments:

Post a Comment