Sunday, March 31, 2013

SPM :)

Assalamualaikum,
Tajuk entry, SPM ! Hoho, walaupun result spm telah lama meninggalkan kita, aku yang kuno lagi malas menaip ni, baru je taip satu entry yang berkaitan dengan spm. So, kepada semua lepasan spm including orang yang sedang menaip ni, aku nak ucapkan, tahniah, sebab anda berjaya memiliki sijil spm? err, ada ke yang tak dapat sijil? kalau ada tu, try more harder:) 

So, bila cakap pasal spm, paling menyampah bila pagi-pagi lagi dah ada sedara-mara kat hujung Kuala lumpur dah call and tanya "berapa A?"
Dan aku rasa soalan tu memang dah sejak azali diajar kot. Mostly la nak tau berapa A je, sebab boleh lah compare kan, haha. Act, A tu tak menentukan pun arah hidup hang. "eh, pehal jadi math lutfi plak ni"

Walaupun, secara fitrahnya, kalau pandai dan dapat banyak A tu peluang nak belajar memang lah lebih cerah macam kena suluh dengan torchlight. Tapi, rezeki tu kan kat tangan Allah, kadang-2, orang yang pandai tu, jadi doktor, jadi engineer, tapi, tade life, tak guna jugak kan? tak tau la kalau hang rasa berguna, haha. 

Cuba tanya diri sendri, kita belajar kerana ilmu atau kerana kerja? kerana pangkat? kerana duit? Kalau sebab duit, harta dan kerja, anda hanya bahagia di dunia. So, ikhlaslah denga apa saja yang kita buat. Contohnya, aku ada memebr yang tak pandai sangat, so, result pun tak cemerlang, jadi, dia terpaksa ambil kos yang sesuai untuk result dia, so, dia pilih jadi fotographer. Then, disaat kawan-2 dia bertungkus lumus belajar medic dia dengan senang hati dan ikhlas belajar photographer. Dengar medic macam gempak gempak je kan? hoho, memang gempak, tapi belajar pun kena gempak. 

So, bila dia habis belajar, ada kawan-2 medic dia tak dapat offer kerja, sebab doktor dah ramai, ada jugak yang terkantoi time sem akhir, ada yang taknak sambung dah medic, then tukar ambil kos lain. So, dia dah boleh bangga pegang tittle photographer. Kau ingat murah nak bayar photographer? every weekend je ada kenduri kawen, kau ingat dia tak diperlukan? time table dia memang penuh bila weekend. Banyangkan, kalau satu sesi bayar 1500, dalam sebulan takkan la ada satu je kenduri, tu baru kenduri, belum tugas dia jadi photographer majalah. Dan dia senang dan ikhlas dengan apa yang dia buat, dah berjaya pun.

kejayaan seseorang tu bukannya diukur dengan kerjaya dia, tapi bagaimana dia menguruskan kehidupan, kalau jadi engineer, doktor, tapi tak boleh nak spent tiem untuk family ? buat apa? setiap hari outstation.

So, please ubah mentality, yakin, rezeki itu rahsia Allah, dan yakin dengan konsep Usaha, Doa, Tawakkal :) Dan ikhlaslah dalam setiap perkara yang kita buat, kalau tak pun, try back to fitrah. Tanya diri apa yang kita perlu, tanya apa tujuan hidup kita, untuk dipandang manusia atau Allah. Hidup kita, kita yang tentukan, kita ada hak 100 peratus atas hidup kita. Positifkan setiap yang berlaku, mesti kita boleh ikhlas :) Percaya pada Allah.Jadi tu jelah, aku dah macam Prof Muhaya pulak. Haha. So, byee. Selamat berjuang :)

No comments:

Post a Comment