Saturday, June 22, 2013

Matrik Johor !

Assalamualaikum :)
Hey-Ho and Hye To All !
Peeps, sumpah rindu gila nak spent time depan laptop then type entry panjang-panjang, wuhuu. Tapi tak boleh sebab matrik seriusly busy. Sebenarnya, busy bila kita hargai masa. Contohnya member aku sempat je lepak, online, otp and so onn lah, tapi aku rase tak sempat sebab semua benda aku nak cover. Subjek memanglah obviously lebih sikit compare 11 subjek yang aku amek time SPM dulu. Tapi, masa memang padat. Kalau aku, kelas mostly habis kol 4. Tapi, kadang-kadang pegi bilik lecturer sebab nak tanya soalan. Sampailah kol 5. So, kat matrik, memang aku makan sekali je sehari, lepas habis kelas yang kol 4 tu lah. Tu pun tapau je, sebab nanti kalau makan kat cafe, tak boleh sambil buat keje. Means, kalau aku makan kat bilik, at least, sambil tu boleh buat revision. Then, hujung minggu aku basuh baju kat mesin basuh, wahh, terserlah kemalasan aku kan ? HOHO. Seriusly, kalau weekday, memang aku tade mase langsung, memang nampak macam tak terusrus gila loker, katil, meja belajar aku. Tido pun dengan buku bersepah. Haha. Contoh yang tak baik. Tapi aku memang jenis, kalau belajar suka meja bersepah. haha. Felikss kan. 

Aku amek modul Physics, so, aku belajar physics, chemist, math and sc computer. I am an engineer to be ! Insha Allah. Cakap pasal time table, and cara belajar. Kat matrik memang depent on yourself, sebab assignment, quiz (mini exam), lab report dan mini thesis semuanya bertindih, kadang-kadang semua benda kena submit sekali gus, sebab tu jangan buat benda tertangguh. Tapi, as a human, aku ni kadang-kadang tak terkejar. Bila terlalu focus kat assignment, kuliah pulak tertinggal. memang susah nak bahagikan masa. I am sure kat mana-mana pun macam tu. But, as long as u tried, Insha Allah, it gonna be fine. Yang penting, setiap hari kena buat tutorial yang cikgu bagi, kena buat check up untuk setiap subjek. Sebab nanti dalam kelas tutoria, cikgu bagi quiaz mengejut, korang boleh la jawab. Pastu, kalau tak paham je, aku terus pegi admin (bilik lecturer), jangan simpan apa yang tak paham. jangan risau, sebab cikgu kat matrik sangat well coming student, bukan macam kat sekolah, siap kena halau lagi kalau pegi bilik guru. Tapi, lecturer kat matrik tak, diorang siap make sure lagi, semua murid kena jumpa diorang, diorang amek nama siapa yang pernah jumpa diorang. Sangat best. 

Then, kalau pasal belajar pulak, aku jenis yang suka belajar sendiri, kalau tak faham baru aku tanya. tapi, kat matriks, ada setengah benda kena buat study group. Macam lab report, memang tak boleh nak fikir discussion sorang-sorang, so, kenala buat study group. tapi, kalau study group, tapi tak de benda penting, means setakat nak belajar sama-sama, memang aku tak pegi, moreover ada lelaki. Comfirm tak belajar, tak pun, tak dapat 100 %. Tapi, kalau orang tanya, jawabla. Jangan kedekut ilmu. Yang penting, korang kena tahu, study group tu apa. Ni kalau study group, tapi masing-masing buat keje sendiri, what the point kan? Sebab tu aku lebih suka spent time untuk diri sendiri, lagi-lagi time malam. Sebab aku memang free time malam je. Balik kelas dah kol 5, makan lagi, rehat sekejap. Then, pukul 7 aku pegi masjid sampai Isya`. Ada je student yang tak pegi masjid, means more prefer solat kat bilik. Aku pernah buat macam tu, tapi, aku jadi tak terurus, serius aku cakap. Aku pun tak tahu kenapa. Aku lebih tak terusrus. Padahal, kalau ikutkan, solat dalam bilik, lagi la senang kan nak belajar, gap antara mahgrib ke isya` tu boleh belajar. Tapi, tak tahu kenapa. Aku jadi lagi suka buat kerja bertangguh.

Then, aku pun try solat kat masjid, then gap antara maghrib ke isya` tu kadang-kadang ada ceramah. Kalau tade, aku lebih prefer baca quran dan buat solat sunat. Ada jugak student yang study time gap tu. Tapi, bagi aku, kalau kita ada banyak masa nak study, takkanlah masa antara mahgrib ke isya` tu aku tak boleh spent kan untuk Allah kan. So, masa yang singkat tu, aku gunakan untuk rehatkan diri. Rasulullah pun kata, Solat tu sebahgian dari hiburan bagi baginda. jadi, memang sangat relaxing time. Hoho. 

So, tu je yang aku boleh share. Aku kat rumah ni, curi-curi masa nak update blog, hehe. Nak relax kan otak sikit. Hakhak. Okayy, tu je nak share :) Nanti aku update new story okay ! Bye.
Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment