Monday, February 29, 2016

Hatyai-Krabi Part 2

Assalamualaikum
Hye to all and Hey-ho!
Ok walaupun aku tahu entry pasal hatyai-krabi ni dah basi wehh, dah lapuk, dah berkulat aku tetap nak update jugak. Hakhakhakhak.
Maaflah buat hengkorang tertunggu aku update pasal trip kali ni sebab aku baru je masuk sem baru ni, 2 tahun lagi wehh nak habis kan degree *naness*

Ok back to our main point, untuk entry kali ni, aku nak cerita more to krabi. Wehooo, korang mesti bayangkan krabi tu pantai yang indah, dengan kebiruan pantai, keseksian orang puteh kat sanaa, perghhh (Aipp dosa). Yep, memang pun pantai dia cantik sangat. Kalau korang nak pergi krabi dan nak nampak bayangan ni, korang kena stay dekat aonang. Aonang Krabi. Kalau korang nak stay kat krabi tapi dekat town, boleh juga, Cuma takdela nampak pantai, and taklah happening malam-malam. Kalau nak yang happening tu, kena stay kat aonang.

Ok, transport dari hatyai ke krabi, ada dua option, naik kapal terbang atau minivan. Aku pilih minivan sebab lagi sesuai dan dekat di hati seorang bagpacker, eciwah. Kalau naik flight mungkin sekejap je, jauhnya tu macam dari KL ke Kelantan, so kalau naik minivan dalam 5-6 jam jugakla. Tapi takpe, tak kisah janji murah (cis kedekut). Ok dalam minivan ni, boleh sumbat dalam 10 orang, tapi bukan minivan cikai-cikai tauu, yang besar dan yang penting selesa. Untuk harga pula, range dari 350 baht - 400 baht (RM 40 - RM 45). Nak dapatkan kat mana? Kat mana-mana agency perlancongan. Ok, aku banyak pergi keluar masuk agency sebab nak survey nak dapatkan harga murah. Pastu survey punya survey aku jumpa la satu agency yang paling murah bagi aku which is Chan Travel. Chan travel ni dekat town hatyai. Kedai dia kecik je tersorok sikit. Aku booked driver untuk hatyai tour pun dengan si Chan Travel ni. Aku dapat harga 350 Baht/Seorang. Aku booked pergi balik terus so 70 Baht/seorang. Ok aku harap korang clear pasal ni.

Untuk hotel kat krabi ni, aku recommend kan kome kome semua, kalau pergi masa bukan peak season, tak payahla susah payah nak booked hotel awal-awal, sebab bersepah wehh, tak yah risau kat sana banyak hotel yang dekat dengan pantai. Jalan kaki berapa minit je. Sebab kalau booked awal-awal jadi la cam aku, hahaha. Aku booked agak last minit la, sebab ada masalah dengan adam bungalow which aku dah booked awal-awal lagi, entah kenapa masa ni, last minit ada problem dengan akaun bank aku, aku pula tak perasan ada email pasal benda alah ni, last-last dia cancel booking aku, padahal aku dah dapat harga baik dah. Last-last aku booked Happiness Resort. Happiness resort ni ok, Cuma jauh sikit dari pantai, kena naik tuk-tuk pergi beach ataupun tempat yang banyak jual-jual barang ni. Kalau naik tuk-tuk dalam 100 Baht or kalau pandai bargain dapat la 80 Baht. Happiness Resort ni lebih kepada orang yang nak privacy sebab tak bising, sunyi jep, ada swimming pool. So harga pun agak mahal juga. Walaupun jauh, apa yang aku suka, owner dia orang Islam, orang Patani, boleh cakap melayu, loghat dia macam Kelantan sikit. Anak lelaki dia yang jaga resort ni, so boleh la juga nak cakap sikit-sikit dengan dia. Orang Thailand ni kan, tak main la bela lembu, dia bela kuda oi depan rumah, hahaha. Nampak rumah kampong, sekali ada kuda tersadai depan rumah, pergh pergh, jatuh air muka anak raja yang sibuk main polo tu, depan rumah hangpa pun takdak kuda. Ekekekeke. *Ampunkan patik tuanku*



Ok, lupa nak cakap pasal happiness resort ni, dia ada sediakan transport kalau nak ke beach, free jep. Tapi ada waktu-waktu dia. So, family aku nak jimat, pergi beach naik transport dia, balik baru naik tuk-tuk. Oh lagi satu, mamat owner ni kata, kalau nak murah jangan booked online sebab mahal, kalau booked direct kat dia lagi murah.

Ok, sekarang aku nak cerita pasal snorkeling kat krabi. Banyak pakej yang ditawarkan oleh banyak agency. Korang tinggal pandai pilih harga dan bargain. Ok, aku amek pakej 4 island. Pakej ni paling basic. Ada agency ni amek harga 400 Baht, tapi kena tambah lagi 200 Baht/pulau untuk national fee, so untuk ni, 2 pulau korang kena bayar national fee ni, so total 800 Baht la termasuk peralatan snorkeling, lunch dan transfer hotel-beach-hotel. Tapi aku tak amek yang ni, hahaha, nampak tak nak jimat dan kedekut punya pasal. Aku ada jumpa satu agency ni, dia offer kat aku 4 Island ni dengan harga 600 Baht, tapi takyah bayar National fee so bila sampai kat pulau-pulau tertentu yang ada national fee ni, family aku tak turun la. Haaa paham tak, kalau bayar baru boleh turun jejak kaki kat pasir pulau tu.



Ada satu tempat tu, nama dia poda island kot, entah la tak ingat, peram lama sangat. Kat satu pulau ni, korang boleh lintas dua pulau. Ok korang imagine eh, ada dua pulau jauh dalam 200 meter, tapi korang boleh jalan je atas pasir untuk ke pulau lagi satu tu sebab air cetek paras-paras lutut je. Air pulak jernih je. Tapi disebabkan aku kedekut taik hidung manis tak moh bayar, aku tak turun la. KihKihKih. Duduk atas boat tunggu orang lain naik, so dia drop kita dalam 20 minit gitu.
Next pit stop chicken island kot, nama dia macam tu sebab pulau tu bentuk macam ayam. Pastu baru boleh snorkeling. Haaa ni part aku kuciwa, nama je 4 island kan, tapi tempat yang boleh snorkeling satu je wehh. Yang lain tu macam melawat je. So kalau bab snorkeling ni aku lagi prefer kat Malaysia je. Kalau diving kat sana murah, tapi tak tahu la pula best ke tak. Ok ada satu tempat ni, termasuk dalam pakej 4 island tu, boleh panjat bukit pastu terjun, apa tah orang panggil tu, tapi mak aku tak kasi try, hahahaha bahaya. Mat-mat saleh memang suka. So kitorang ni, tengok je laa dari boat.


Ni chicken island, nampak tak bentuk ayam tu?

Ni adik aku yang tak reti berenang, tak reti snorkeling, yang reti jerit nama abang aku je suruh tolong dia, hahahha.

Si mabuk laut !

Ni la yang aku cakap tu, panjat tangga tu pastu terjun. Best wo, tapi omak den tak kasi try :(

Ada kat satu pulau tu, ada jual makanan atas bot ni, macam-macam ada. 

The view kat aonang masa sunset, sangat best ! *Rindu nak pergi lagi*


 Aku pula tak tahu kenapa, rupanya aku ni mabuk laut, kahkahkah. Lawak. Ataupun sebab aku dah lama tak naik bot, tak tahu le kann. Boleh pulak aku muntah belilah kat atas bot tu, hahaha, muntah dalam plastik la. Buat malu je weh, hilang kental aku. Hahaha.

Ok weh sampai sini jep aku update dulu, tunggu next entry ok?
Sila jawab "BAIK CIKGU" kuat-kuat !

Bye.


3 comments:

  1. Salam cik saya nak tanya psal pakej 4 islands yg awak pergi tu. Apa nama travel agent nya dan kat mana tempat travel agent tu eh?

    ReplyDelete
  2. Salam cik saya nak tanya psal pakej 4 islands yg awak pergi tu. Apa nama travel agent nya dan kat mana tempat travel agent tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat la nama egent dia, boleh cari sekitar aonang tu, banyak yang lagi best dari saya punya pakej, yang saya punya pakej ni tak best sangat.

      Delete