Saturday, March 30, 2013

Fun Time :)

Assalamualaikum :))
hey-Ho. Lamonyoo den tak menaip blog ni, kempunan dah jari ni nak menaip walaupun tak tahu ada ke reader blog ni, bhaha. aku seorang blogger perasan bila menaip and ingatkan ramai sangat yang nak baca. haha :) Jom mula dengan gambar candid yang sangat sporting.
Orite, aku malas nak fikir hectic life, so, jom aku cerita pasal aku pergi ke luar KL, bhaha, bajet nak cakap luar negara. rupenye luar negeri je. Tak mampu. haha, tapee, as long as I have a lot lot lotss of fun :)
So, aku telah pergi ke kelantan untuk mengambil abang aku yang belajar kat sana, dia dah habis asasi, so sambung kat UMKL pulak, and macam biase lah, kalau pergi kelate, mana sah kalau tak singgah pasar siti khadijah, haha, then, aku makan nasi air, sebab nampak ada banner besar tulis nasi air, then, rase macam nak try la pulak kan, then I try it. And, nasi air tu actually, bubur ngan sup, tapi kat kedai tu special sikit, sebab ada paru ngan daging, ngan ikan bilis ngan kacang ngan ape tah lagi. Then, next day, kitorang tidur kat terengganu pulak, travel. Lupa pulak nak cakap, aku holiday 3 hari 2 malam. Then, kat terengganu, kitorag having a very-vey-very great time, makan burger bakar, then makan keropok lekor kat tepi pantai, tersangatlah seronok, dapat tengok ciptaan Allah sambil dalam hati banyak kali cakap Subhanallah, cantik sangat. Sangat release tension, macam mana la kat syurga nanti kan? Keropok lekor dia pelik sikit, sebab dia salut tepung, dah macam goreng pisang. Then kitorang pegi kampung losong, situ lah bermulanya keropok lekor losong, ada la sejarahnya, then banyak sangat orang kampung jual dan buat keropok depan rumah, kitorang pun beli yang dah siap then makan dalam kereta, keropok losong ni lain sikit, dia rebus dalam minyak kot, dia tak goreng. So, keropok tu jadi gebuu, hehe :)
Then, aku beli jersey terengganu, bukan yang gred A punya jersey, tapi yang ORI tapi harga murahh :) hehe. Tadi johor lawan terengganu, tapi kalah :( , haha. kalah sebab aku beli kot.


So, tu first holiday, the following week tu aku pergi pulau pinang pulang, si pemilik blog tak reti duduk diam. Pi pekena pasembok, haha. kali ni, konvoi 3 kereta, ada anak anak sedara yang senitasa mengecohkan suasana. Biasalah, budak-2 kan nakal, kena marah lah. Tapi yang paling kelakar, anak sedara aku solat jamak asar dengan maghrib, hahaha, ada yang solat magrib 2 rakaatla. ada yang malas solat lah, macam-2 kerenah.

Char kuew teoww at restoran Kapal, so, makan pun dalam mangkuk kapal.

ni la ateef, solat cukup syarat je, haha, InsyaAllah nanti jadi anak yang baik.


sian si zahirah ni, sampai tertido, tunggu makcik-2 shopping jeruk, haha :)


pejuang lahad datuuu kah?


yeahh, penang hill ! finally.


amna najwa *bak kata abang dia, "amna si seksi" haha


semua kanak-kanak yang mengehbohkan suasana :)




ada teropong disediakan, kena bayar seringgit, tapi tak nampak pape pun, kabus kowt.


berada di atas bukit bendera, tapi takdo bendera pun atas tu, beruk ada la, haha :)



ateef tak habis-2 cakap "adik tak nak balik" haha, lawakss sangat.

And malam tu aku tidur ngan Alif, gambar kat bawah yang pakai topi Gap tu, Alif ni pelik sikit, kalau tido je, tangan merayau cari siku orang, haha, Alif tu sampai pernah mimpi aku tau, haha, die demam then kate demam rindu kakak, woo, terharu titeww :')




And kitorang menginap kat Vistana Hotel, pergi ke penang lalu penang bridge, balik tu baru naik feri, baru rasa dua-2 pengalaman. Dekat penang, kitorang pegi, town dia, beli jeruk Pak Ali yang keluar TV tu... haha. Nak beli jersey penang tapi tak jumpa, sebab penang tak fames sangat pasal bola ni. Kitorang pi pekena nasi kandaq. memang sedappp, haha, ingatkan nak try line clear punya nasi kandaq, tapi macam kotor sikit, so, makan kat restoran. haha, bajet je kan bunyinya tu.



 Then, kitorang pergi bukit bendera, naik train sampai atas. Bukan ada apa sangat, just tengok pemandangan je la. Then pegi batu feringgi, mana sah pegi penang tak pegi batu feringgi. Then, tak mandi laut, sebab air kotor sikit, tapiii, aku naik yang payung belon tu, apa nama dia ehh? tak tahula, tapi best sangat, alah, dia macam payung terjun, tapi tali dia sambung kat bot, then bawak pusing keliling laut, sangat cantik pemandangan dari atas, then sempat nyanyi lagi,~~ I believe I can fly~~, haha :) seronok.








(cuaks gila kut time nak lay down tu)
then, last day tu bawak budak-2 mandi swimming pool, ada yang pegi gym jugak, tapi aku dah basah sebab jaga anak sedara dalam kolam.



(ingat budak-budak je teringin nak mandi? orang tua bangkrek ni pun teringin)

(pandai pulak anak-2 sedara aku ni, dah pakai swimming suit pastu kate nampak aurat, sebab nampak lutut :)

So, tu je lah, act mood berblog hilang pulak, tu yang ayat jadi tak best tu, later update lagi okayy :)

Saturday, March 2, 2013

Ke arah mencari Redhanya :)

Assalamualaikum w.b.t,
Hey-Ho semua, ada kisah yang ingin aku ceritakan.
Aku bukanlah seorang yang sangat baik, malah alim-alim kucing pun tak mampu, apatah lagi seratus peratus alim. Kalau dah nama manusia memanglah tak lari mahupun merangkak dari kesilapan dan kekhilafan.
Sooooo, aku nak share apa yang aku sharekan dengan member kerja aku yang kerja ngan aku tu. 
Al-kisah...
Satu hari dia tanya aku pasal "easter day", aku pun ceritakanlah apa sahaja yang mampu aku ceritakan, bagi kristien, easter day ialah hari kebangkitan jesus, bodoh bukan? Son God mereka boleh mati dan hidup semula? iedeologi bangang-bangang kristien telah membuatkan aku tergelak sambil menggigit belakang tapak tangan untuk menahan gelak. 
Lepas je cerita pasal easter day, perbualan kitorang berlanjutan ke hal agama. Aku boleh cakap yang hari tu tak ramai pun orang kat kedai tu, semua sibuk mungkin dengan hectic life dan aku hairan manusia ini suka dengan kesibukan kota. Aku teruskan,, sekarang aku akan describe macam mana fiil dan luaran member aku tu, dia memang tidak bertudung, rambut pun di lumurkan dengan sejenis cecair yang berwarna perang macm duit syiling yang baru tu(rambut karat), kaki kelab, kaki mabuk(mungkin dulu), kalau sudah luaran macam tu, memang sah satu kosong-kosng peratus tak solat lah. 
Kisahnya, dia teringin mahu berubah, tapi, tapi tapi, dia tak mampu dan dia pernah cuba untuk memakai tudung, tapi tak tahan lama(panas mungkin). Dia pertikaikan, kenapa masih ada manusia yang bertudung, tapi berpegang tangan bagai dunia dia punya, ada wanita bertudung yang pakai seluar jeans skinny, ada wanita bertudung yang tak solat dan dia terus mengeluarkan ideologi yang dirumuskan sendiri oleh akal nya, mahu menjadi manusia separa tuhan(buku baru aku).
Aku katakan padanya, ingin berubah? dia dengan laju menganggukkan kepalanya dengan rambutnya yang diikat macam ekor kuda. Aku katakan padanya, mula-mula bukan bertudung labuh teruss, kau kena perlahan-lahan. Ini dia step yang aku ajarkan dia.

1- Try pakai baju longgar dan seluar longgar dan panjang.(supaya manusia tidak menilai pakai tudung tapi baju ketat)

2- Setrusnya berhenti pergi kelab dan mabuk, ataupun stop dengan mulut-mulut longkang yang sering megeluarkan kata-kata yang kurang langsung tak sopan.

3-Mula solat dan baca Quran. (tak mahu menjadi manusia yang pakai tudung tapi tak solat)

4-Mula pakai tudung, jangan pakai yang labuh sampai menutup kepala lutut tu, aku pun bukan bermula dengan tu. 

Dia tanya aku bagaimna dahulunya, aku katakan padanya, aku ni geletis juga dulu, pakai tudung, tapi lengan pendek, pakai tudung tapi buat gaya macam bulat tu, means akan menampakkan bahagian dadaku walaupun tidaklah menggiurkan. Dan aku juga pakai seluar skinny. Dan bagaimana aku mula berubah??
Aku mula dengan pakai jeans longgar, pakai ketat, nak solat pun susah, pastu aku buat style tudung butterfly(kau tahu kalau kau wanita), sekurangnya boleh menutup bahagian dada, dan aku konsisten solat. Lebih baik bermula dengan kosong darjah, dari bermula dengan tiga enam kosong darjah kemudian semakin menurun darjahnya. Aku cakap padanya, solat itu last step supaya, masa  tu, imannya akan bertambah kuat kerana dia memang sudah bertudung(beginner). jadi konsisten je dengan apa yang kau ada sekarang, dari kau bertudung labuh sana sini, tiba-tiba gambar dp kau bertudung bulat yang menanpakkan sebahagian dada kau, lagi akan dikutuk manusia, ratusan manusia, ratusan ragam. Allah ciptakan untuk kita menganalisis, jangan jadi terlalu mudah untuk menghukun seperti separa tuhan, kerana sudah jelas kau tak mampu. Sooo, entry ini khas untuk yang mahu berubah kearah mencari redha-Nya. aku bagi step ini supaya lebih mudah dengan jiwa anak muda masa kini, aku tak tahu lah kalau kau anggap ideologi aku bangang dan kalau kau campak idea aku tu dalam jamban pun jamban tak terima. terserah, itu bagi aku, aku dan aku. jadi sampai sini je entry aku yang sarat dengan ayat sastera bodoh aku ni. byee... Salam.

p/s : aku berjangkit dengan UST, howhow.

Sunday, February 24, 2013

ArmSock Cotton :)

Assalamualaikum, Hey-Ho.
Okayy, bermula harini. Dididudatz akan menjadi blogshop online yang akan menjual armsokck cotton. So, apa tunggu lagii ? sesiapa yang memang nak cari armsock cotton tu memang sesuai lah melawat dan shopping kat sini okayy. Armsoks ni sesuai dipakai apabila kita memakai lengan pendek atau lengan tiga suku. Kalau kita pakai armsock biasa kan ketat plus nipis dan tiada design. Lagipun armsock cotton ni tak panas.

So lets start our armsock mode. Jom layan design-2 armsocks yang ada. 





















Semua armsock di atas available untuk saiz S , M,  L. 
Harga >
Bercorak : RM 13 
Tidak Bercorak : RM 10

 Harga armsock tidak termasuk postage. InsyaAllah kalau armsock ni mendapat sambutan, akan ada giveway yang akan dijalankan. Untuk order boleh email saya :
adibahothman@gmail.com




Thursday, February 21, 2013

Shopping Time :)

Assalamualaikum.
Hey-Ho. I am back with new entry, rajin lah pulakk kan den ni mengupdatekan blog ni sejak akhir-akhir ni. So this entry all about shopping mode. Lets start !

First, hari khamis iaitu hari ini, merupakan hari cuti aku, wahh, great gila bila ada cuti. Jadi setiap hari yang sebelumnya aku cuti aku akan plan nak buat apa esoknya. Sama macam hari ni, haha. kebetulan pulak baru gaji kan, memang first thing appear in my otak is Shopping ! haha, tapi bukan shopping untuk perkara yang tak berfaedah tau, "almubazzirina ikhwanasyatiin" Membazir itu sahabat syaitoonnn, hahakss,

Jadi aku telah mengSMS *pon bole* member aku iaitu Ayuni, sebab dia je senang nak pegi wangsa walk tu,aku suka pegi wangsa walk sebab barang kat situ mampu milik. Haha. Kiranya orang yang macam aku ni boleh la jugak nak shopping kat situ walaupun tak semua kedai aku mampu masuk. Kalau kat KLCC tu bagi aku too much dan memang khas untuk orang kaya yang terlebih kaya je. hehe. Bagi aku jenama tu takla penting sangat janji kualiti dia okayy dan tahan lama. Sebab aku tak suka beli barang yang sama banyak kali. Ada juga kedai yang branded tapi kualiti kain sama jugak macam kain kat kedai biasa tu. *poyo je lebih*

So, tadi aku telah berdating ngan Ayuni, hehe. Kitorang sampai pukul 11 lebih macam tu then terus jalan-jalan, masuk popular, ingatkan nak cari buku muzik, tade pula, then jalan dan jalan lagi. Aku memang dah plan gaji bulan 1 tu aku nak pakai untuk beli contact lense dan nak share dengan family aku. So, untuk shopping kali ni aku beli contact lense, hadiah adek dannnnn purse baru!

So lets start with contact lense, kalau dulu time sekolah aku pakai yang jernih punya lense, so bila dah habis sekolah, haruslah ada perubahan. Haha. Aku pun pikir-pikir then terpikat pulak kat warna hazel. Sebab kalau brown terlalu over pulak kan, kang nampak benorr den ni pakai lense uollss. So, aku nak yang light-light je. Sederhana gitu*kelip mata* 

Aku beli kat kedai Milano Eyes, senang sikit sebab aku dah biasa beli lense kat situ. So, nak dijadikan cerita, aku yang pemalas ni telah membeli lense yang boleh tahan untuk 6 bulan teusss, haha, Lihatlah betapa aku ni malas untuk ke kedai banyak kali kan, soo longg lastingg :) luve it. Harga dia pulak okayyla sebab untuk 6 bulan kann, RM 160.

Next, aku beli purse, Alkisahnya, aku nak teman ayuni cari purse. Sebab dia yang nak beli purse. Aku pun ternampaklahh Tropicana Life, Sebab kat situ ada jual purse. Belek punya belek, aku pulak yang jatuhh hati kat purse tu, ihikss ! Tapi memang dalam whislist aku memang nak beli purse pun. Nak menggantikan purse aku yang aku dah guna setelah sekian lama tu, hoho. dah hitam dah pun sebab pakai time sekolah kan, memang cepat kotor lah. So, wanna see my new purse ? It little bit look more girlish than my old purse. Sebab zaman sekolah dulu gua rockers beb, malu lahh gua pakai purse bunga-bunga matahari*motip*
So, this is my neww purse >
wahh apa pasal kaler pink ahh? aduii, ini amoii sula jatuh cinta sama itu kaler pink ahh.
Hoho, tapi bukan hard pink okayy, pastel pink :)
 nak tengok pulak purse lama aku? sure kau orang terkezutt dengan perubahan hormon aku, bhaha.
tengok la aku punya purse dulu, rock beb, siap ada tengkorak bagai, hitam-hitam lagi, kau ada? hey-ho. Then balik tu suprise kan mak aku, the conversation is>>

Aku : Mak, kakak beli purse baru :) hehe
Mak : Amboi, nak tengok (act aku yang cakap kat mak aku nak tengok tak?)
Aku : Tadaaaaa.
Mak : Amboi panjangnya.
Aku : My new tranformation. Girly sikit.
Mak : yelahh, dulu kan kamu tu rockkk, yeyehhh :) *seriusly my mom do like that*

Aku saje je try yang panjang sikit, tengok wanita wanita pakai yang panjang, teringin pulokk diri ni, ni pulak bahagian dalam purse tu.
 bawah ni compartment untuk purse lama, act, purse lama ni untuk lelaki, haha. Tapi aku suka time sekolah dulu senang boleh bawak masuk poket kalau nak pegi rehat. *school memories*


gambar bawah ni *dulu dan kini*

kalau dulu pakai wild channel, kini aku beralih kepada tropicana girl, wahh :) Harga asal RM 45.90. Tapi tadi ada sale 30% off, dapat lah RM 32.10. So kepada sesiapa yang nak beli purse tu, jom terjah tropicana!!! Sweater pun half price!!! 

Lastly, aku beli hadiah untuk adik aku, nasib baik adik aku sorang je, kalau ramai, mau kopak aku. Haha. Disebabkan lately ni adik aku macam asyik sebut pasal Hello Kitty, mungkin trend sekarang kutt, dia tu mengikut arus trend sikit. So, aku pun ternampak rantai hello kitty siap dengan kotak die yang kiut tu sekali. Aku pun teruss grabb je. Harga? Mana bole bagi tahu kantoi pula.
Ni gambar dia,
kiutt takk? tak kiut tape, bukan aku nak bagi kau? haha, tapi kalau orang bagi free tu, kiutt aje. Haha.

And lastly, aku nak share tempat yang aku makan tadi ngan Ayuni, kitorang makan kat Fish Market, penah dengar tak kedai dia? kedai tu baru bukak kat wangsa walk, look exclusive la, so, aku saje je nak try kedai macam tu, tapi bukan lidah aku pun kedai macam tu, tapi perasaan ingin tahu mengapa orang menjejakkan kaki mereka ke dalam. So, aku pun masuk, ayuni order fish and chip dory with english breakfast tea. Rupanya, teh tu kena buat sendiri, means, dia bagi air panas, gula ngan teh. Haha, aku ngan ayuni pun gelakla, kedai mamak lagi best dah siap je terus, haha, baik bawak uncang teh je, mintak air panas ngan gula. Then aku pulak order manhattan fish dory, nasi macam nasi goreng, atas dia ada isi ikan ngan sos dia. Air pulak, ice latte, tapi tade ice just air tu sejukk je, baik aku beli ice blanded kat pasar malam harga 4 hengget je yang besar. Haha. 
And harga overall cecah 50 hengget termasuk service charge, tah pape tah, tu pun nak service charge ke? The funny part is aku ngan ayuni telah menjadi comentator sepanjang makan kat situ, macam juri Master Chef gituu. Lawakss gila Uollsss. Ni ha kedai die>

this is what I eat, nasi goreng mak aku lagi sodap. Untuk kedai ni, aku bagi 3/10 la.

So overall, memang aku shopping habis ngan Ayuni tadi, dan aku berpuas hati la, apa yang aku nak aku dah beli. Alhamdulillah. Tadi ingatkan nak beli kasut sekali, menggantikan akut aku yang bersejarah tu, tapi tade size pulak, maybe later. So, this all for now. new story aku update ok. Bubye.
Wassalanm.

p/s : sharelah jugak tempat makan mana yang menarik.

Wednesday, February 20, 2013

Saya penggemar....

Assalamualaikum :)
Hey-Ho. No Time Always See :) *sohai punya olang*

Setelah aku memalaskan diri aku untuk mengupdatekan entry. Finally, I am coming back to share some good new InsyaAllah. But the good news coming soon. wait okayy :) So, Lets start our entry.

Saya pengemar Char kuew Teoww, anda? *soal jawab*
Jadi bila diri den ni dah suko sangat char kuew teow, haruslah den tawu mano tompat yang char kuew teow dio umphh. Amboi, keluar dah loghat nogori aku tu. 

Aku ni suka sangat sangat sangat sangat kat kuew teoww, tak kiralah apa jenis kuew teow pun, kuew teow kungfu ke karate ke silat ke, semua aku balun sampai licin*yeke?* selagi dia berasaskan kuew teow. Tapi, aku paling gemor char kuew teow lagi-2, yang penang punya, memang slurpppp :)
*terliur pulak sambil taip entry ni*

Jadi kepada anda diluar sana yang mempunyai minat serta taste yang sama macam aku ni, bolehlah berkunjung ke Marli`s corner. kedai ini terletak di jalan malinja iaitu berdekatan dengan Kolej TAR ataupun outlet lain di Danau Kota. Itu yang aku tahu la, ataupun untuk maklumat lanjut bolehla ke FanPage diorang

Antara sebab aku suka gila kat Char kuew teow diorang ni sebab, cepat :) Hoho, yelah perlulah pantas dan tangkas supaya aku tidak membuat muka annoyed aku ketika sedang menunggu. Bhaha. 
Aku suka sebab Char kuew Teow dia sedapp, mestilah, kalau tak sedap aku baling selipar jepun aku kat tukang masak tu, *wachaa*. Seterusnya, aku suka sebab kuew teow die banyak kuah, ala, paham tak? maksud aku basah lah, macam banjir tu. *istilah untuk merujuk kepada kuew teow okayy ekauu jangan nak otak kuning sangat*

nasi lemak pun ada jual, sedap gila kot ayam dia.

nengok gambauu je dah terliurr *acanerr tu johan*



Tu je lah yang aku nak share, overall aku bagi 9/10. mana hilang lagi 1 markah? haha. Hilang sebab kedai ni layan diri, kalau nak kena beratur dan tunggu hingga siap dan terus bayar. itu membuatkan aku malas jadi aku amek 1 markah. hewhew. So, try it outtttttt !!

Monday, February 4, 2013

Rezeki :)

Assalamualaikum,
Hye To All,
Talk about rezeki, masing-masing ada rezeki masing-masing kan? Aku dah aware something sejak aku berusia 18 tahun ni, hehe, yelah, dulu aku duduk asrama dan the way I thinking pun sangat tidak matang lahh. Contohnya macam, something happend, and I can`t think what the hikmah, eventhough i know about the hikmah-2 and so on. Bila kita tak matang, kita secara automatiknya tidak dapat berfikir secara sempurna walaupun kita tahu mngenainya (like me).

So, sejak aku bekerja ni, aku telah berjumpa dengan ramai orang, means is berjumpa dengan banyak perangai. Macam-macam jenis manusia ada kat dunia ni. Contohnya, masa tengah bekerja, aku melatih diri aku supaya tidak sombong mahupun jeles dengan rakan sekerja. Memang akan wujud PHD dalam diri antara rakan sekerja. Contohnya bila member aku dapat sesuatu yang menguntungkan like dapat jual membership, aku dengan cepat mengingatkan diri aku, iru rezeki dia dan rezeki aku akan tiba. Jangan biarkan diri kita dikuasai oleh nafsu, tapi kita yang menguasai nafsu okayhh :)

Kalau kita nak rezeki kita murah, haruslah rajin SOLAT DHUHA okay, banyak sangat kelebihan solat DHUHA ni, dulu masa sekolah, tak sempat buat sebab sekolah kan, kecuali bulan Ramadhan je. So, sekarang ni aku dah tidak tinggal di asrama, for me aku boleh buat Dhuha prayer anytime right? But, still syaitan win, selalu je aku bangun lewat, padahal, nak solat Dhuha tu dalam 5 minit je kan. Tulah, manusia selalu bagi alasan, so, from now on, marilah kita bersama-sama mempraktikkan solat sunat Dhuha. 

Bila kita solat Dhuha, kita akan rasa tenang, sebab solat pagi-2 kan? dan banyak sangat hikmah disebaliknya. bagi yang baru je mula berjinak-jinak dan ingin mngetahui dengan lebih lanjut mngenai solat sunat Dhuha, bolehlah bertanya kat encik GOOGLE okayy. So, that all for now, adios:)

p/s: aku rase aku sweet ngan mak aku, haha ^_^