Friday, December 30, 2011

MahaRajaLawakMega

Assalamualaikum ,
salam 1 bumi :)
okayy , harini malam sabtu hari jumaat ,
ade ape ?  okayy , ade MaharajaLawak Mega !!!!!!
haha , okayy , tinggal 4 je peserta akhir , saehu , boboi , syok ngan osbon !
okayy , dari awal lagi semua pun dah agak dah yang osbon akan menang , same ada osbon atau boboi , memang malam tu gempak lahh , selain juri tetap , mesti la , ade juri jemputan kan , ha , ni yang aku sampai senyum sorang-2 ni , haha , sebab , juri jemputan die , Aaron Aziz !!!! 
haha , aku rase 80% penonton nak tengok hero malaya kite kot , hahaha , yelahh , tak habis-2 lagi dengan demam ombak rindu nye .
persembahan permata bebas , dan persembahan kedua musikal , memang best lah ,
osbon dan boboin sama-2 hebad , jadi , bagi aku , kalah ke menang ke , same je , 
yang penting diorang dah sampai akhir .
Antara adegan yang paling mencuit hati aku , bila Johan dan Zizan buat persembahan untuk last tuhh , memang aku gelak je lahh , sebab lawak sangat , haha .
boleh pulak die tiru gaya juri , yang paling lawak mestila tiru gaya Chef Wan , haha .
Okayy , akhirnya pencarian Maharaja Lawak berakhir apabila OSBON ditabalkan sebagai pemenang , diikuti oleh BOBOI , ketiga SAEHU , dan terakhir SYOK .
papepun, semua terbaikk :)

p/s : tadi aku main badminton , bole kurus aku kalau hari-2 main :) haha

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday :(

p/s: this pic express my wednesday .

Saturday, December 24, 2011

My Wife My princess :)

Sebuah cerpen pendek ,
karya : kasih citra 

Pagi tu aku bangun cam biasa nak pergi kerja , then tetiba parents aku nak cakap something kat aku , sambil menjamah nasi gorang aku pun berborak ngan parents aku . Mama kate die dah ade calon untuk aku , disebabkan mama taknak tengok aku bersedih , sebab aku baru je seminggu break ngan Loqman , laki lahanat yang menyusahkan hidup aku . Tanpa pikir panjang , aku pun terima calon pilihan mama . Aku percaya , apa yang mama pilih itulah yang terbaik untuk aku , Papa ikut je , takut bini lah kate kan , Sebagai seorang business man ,Papa takde mase sangat nak pikir pasal bende ni .

Kompang dipalu , pengantin baru . tak habis-2 lagu pengantin . Aku cari bakal suami aku , langsung tak nampak , aku resah . lepas je majlis ijab kabul dua minggu lepas , langsung mamat tu tak pernah ajak aku keluar ke , tengok wayang ke , date ke papela . Lantakla , aku kahwin pun ikut cakap Mama je .

Malam pertama aku ngan mamat tu , die bole buat donno je bila nampak aku tersipu-sipu dalam bilik tu . Pastu die cakap Gudnite , pastu die tido . Haishh mamat ni , langsung tak peduli kat aku . Ah lantakla , kau taknak , aku seribu kali taknak ! Arghhh , bosan nye , laki sume same je .

Satu hari , suami aku ajak aku pindah , duduk rumah sendiri . Dalam rase sedih , aku tetap gembira sebab tak payah la nak berlakon lagi depan family aku . Bermula hidup sepasang suami isteri . Kiteorang tinggal kat kondominium . Mamat tu tak pernah pun borak ngan aku ke ape ke , asyik duduk dalam bilik je , entah ape die buat . Tak kisahla , lagi aku suka .

Satu hari die kate teringin nak makan asam pedas . Nak taknak , dah name pun isteri kene la juga aku ikut cakap die . Aku pun bukan la pandai sangat masak sampai bole masuk master chef , masak gitu-gitu je boleh la . Lepas masak aku pun hidangla . Tanpa aku panggil , die dah duduk kat meja . Lapar sangat ke suami aku ni ? Hem , biala , lagi senang keje aku , Tak payahla aku buat hobi aku yang nak kene ketuk pintu bilik suami aku sampai lebam-2 tangan aku mengetuknya , pekak ke badak tak tahu la . Mase tengah makan , aku harap sangat die bole lah nak puji ke ape ke , ni tak diam je . Hem , tapela , asalkan aku dah masak , sebab sebelum ni tak pernah aku masak .

Pagi tu , aku rase badan aku sakit-2 , kepala aku rase macam bumi ni dah berpusing-pusing . Aku deman . Disebabkan aku cuti haritu , aku pun terus sambung tido balik . Aku tersedar dalam pukul 10.30 pagi , aku teringat , aku lupa nak kejut suami aku . Maklumlah , kiteorang tido lain bilik . Aku tengok kat meja kecil sebelah aku ada panadol ngan air mineral . Aku nampak Mama , ouhh , ingatkan sape yang letak panadol tadi , takkan suami aku , sebab aku selalu kunci bilik dan kunci spare pun aku simpan . Petang tu , lepas masakkan bubur Mama pun balik rumah . Suami aku balik kerja je terperap dalam bilik , bukan nak tanye aku ni sihat ke ? Tak ke ? Hishh , dasar lelaki .

Satu hari , suami aku cakap die kene pergi outstation selama seminggu . Aku rase happy sangat . Lepas je suami aku keluar rumah , aku terus jerit sekuat hati aku . Betapa gembira nye hati aku . tak payah nak cover-2 sangat . Aku tengok bilik suami aku bersepah sangat , aku pun kemaskan la bilik die . Aku ternampak yang laptop die tak off , pelupa betul la mamat ni . Aku pun curi-2 la bukak , mane tahu boleh korek rahsia die , aku bukak then ternampak satu blog , header blog tu tulis , My Wife My Princess ! Aku terkedu , terkelu !
Sumpah , aku tak pernah rasa dihargai sampai camni .

Aku pun rase macam berminat nak tahu ape lagi yang terkandung dalam blog suami aku  ni . Aku baca bait-bait kata yang die coret kat blog , setitis demi setitis air mata aku gugur . Aku tak sangka suami aku .... aku tak mampu cakap ape-2 . Antara coretan suami aku ...

Hari Ijab Kabul
Ya Allah , sungguh aku gembira saat ini , tanggal 24 april , dia sah menjadi bidadari hatiku . Bidadari yang akan menemani aku di syurga . Aku tak terkata saat aku melihat wajahnya . Sungguh sempurna ciptaan-Mu . Hatiku terasa bagai disiram air dingin bila tangan mulusnya menyambut huluran ku , lalu aku kucup dahinya , buat pertama kali aku menyentuh wanita bukan muhrimku yang kini sah menjadi isteriku . Walaupun saling tidak mengenali , namun lepas mendapat petunjuk melalui solat istikharah , aku yakin , dia wanita yang dititipkan untuk diri ku .

aku terharu sangat bila dia begitu menghargai aku , sedangkan aku ? aku teruskan lagi bacaan ku pada coretan seterusnya ...

Malam Pertama 
Malam pertama aku tidak seperti pasangan lain , tahu tak kenapa sayang ? Abang terbaca blog sayang , sayang tulis , sayang terpaksa terima pilihan Mama kan ? tape , abang faham . Abang tak nak buat sesuatu yang boleh menyebabkan air mata sayang gugur . Abang tak sanggup sebab abang terlalu cintakan sayang .

Air mata aku mengalir lagi , lebih deras dari tadi . kenapa dia terlalu sayangkan aku ? sedangkan aku ? Aku baca lagi ...

Masakan Pertama 
Ini kali pertama aku dapat rasa air tangan bidadariku , sedap sangat sayang! terlalu sedap . Sampai abang tak mampu nak kate ape-2 , sebab itu abang senyap je . Tak sangka , pandai juga sayang masak . terima kasih sayang !

Aku tertawa dalam sendu , sungguh terharu walaupun aku masak ala kadar je . Aku teruskan lagi ...

Cepat sembuh
Abang minta maaf sebab terpaksa masuk bilik sayang , walaupun abang tahu itu perkara paling sayang tak suka . Sebenarnya abang ada spare kunci bilik sayang , abang duplicate awal-awal, takut apa-2 jadi . Abang pelik sebab sayang tak kejut abang pagi tu , selalunya , abang akan terjaga awal lagi dari sayang , tapi abang saje buat-2 tidur , nak tengok macam mane sayang kejut abang , Tapi , pagi tu , abang risau sangat kenapa sayang tak kejut abang . Abang masuk bilik sayang ,tapi sayang tak sedar . Abang rase dahi sayang , Panas ! sayang demam , abang tak sampai hati nak kejut , abang letak panadol dengan air mineral , sebelum abang pergi kerja , abang call Mama , suruh die jaga sayang . Balik dari office , abang terus masuk bilik , abang takut nanti abang tak dapat kawal diri , nanti abang sentuh dahi sayang , sayang marah pula . Abang jenguk kat ruang tamu , tengok sayang terlena depan tv , abang tak sampai hati nak kejut , abang angkat sayang bawa masuk bilik , sayang masih demam , abang ambil tuala basah , letak atas dahi sayang . Sayang tak perasan ke ? tapela , cepat sembuh ye sayang .

Kali ni , air mata aku bercucuran lagi . Tak sanggup lagi aku nak baca coretan suamiku , rupanya selama ini , dia selalu habiskan masa buat entry pasal aku , die tak berani nak luahkan kat aku , aku sangat terharu . Tak sanggup rasanya aku nak lukakan hati lelaki sebaik dia . Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti orang buka pintu , siapa lagi kalau bukan suami ku ? sebab hanya dia yang ada kunci rumah , tanpa buang masa , aku meluru kearahnya lalu memeluknya erat , terlalu erat , seakan aku tak sanggup nak melepaskan dia pergi .
Suami aku yang kebingungan meleraikan pelukan ku lalu meminta penjelasan , aku menarik tangannya lalu menunjukkannya laptop miliknya . Aku tunjuk hasil coretannya , kali ini dia lebih memahami , lantas membalas pelukan aku . Dalam sendu , terasa hatiku tenang dan damai , rasa selamat berada dalam pelukan seseorang yang bergelar suami .

Rupanya mesyuarat suami aku yang akan dijalankan di London ditangguhkan , lalu dia pulang ke rumah . Aku terlalu cinta suamiku , tidak sanggup aku melepaskan dia pergi ,  kini aku bahagia hidup bersama seorang insan yang selama ini tidak pernah kukenali , kini dia sah menjadi suami ku , Suami yang akan aku dampingi di syurga nanti , semoga perkahwinan yang kita bina berkekalan ke akhir hayat .

p/s : blog boleh luahkan perasaan korang tue :) hehe

Thursday, December 22, 2011

" Rafhanah`s Year End Giveway! "

Assalamualaikum ,
okayy , kali ni , aku bukan nak cakap pasal GA , tp nak lebihkan ape itu RAFHANAH BLOGSHOP ?
same je ke ngan blog lain ? ape bezenye ?
ha ! banyak bezanye , okayy ,blogshop ni bukan sahaja menjual pakaian dan akseseri untuk wanita , tapi , tapi , tapi dan tapi turut menyediakan perkhidmatan sulaman manik , gubahan hantaran , hantaran pertunangan , printing , web design , wedding card , banner , bla bla bla +  + 
Ha ! untuk student tuhh , tapayah sesusah nak pergi CM tu , tempah kat sini pun bole .
yang nak kawen tu , ni memang peluang korang la , banyak bende bole tempah sekaligus kan mudah ?
nak tahu kat mane ? klik je lah kat banner ni , free je pun *tayah bayar :]
Photobucket

di taip oleh : anak omak den :)

GA by Tote Boutique !

Iklan -2 , ade GA dari tote boutique studio ,
okayy , kalau nak tahu link blog ni , just tekan kat gambar tu okayy :)

Sunday, December 18, 2011

Siapa Ariff Alfian ?

Assalamualaikum ,
salam satu blogger ! yeahh , ape lahh tajuk aku kali ni ? okayy , ni ade kes hangat ni , ceq nak habaq kat hangpa semua .
Okayy , sebenarnye cerite ni aku dah dengar dari Disember 2011 lagi , apabila sebuah laporan surat khabar Utusan telah melaporkan kehilangan seorang pelajar Malaysia yang menuntut di University College Dublin ( CUD ) dalam bidang perubatan tajaan Petronas . Kecoh la sekejap kes ni , pastu senyap . Dah tak dengar khabar , tup tap skg ni dengar kes yang si pelajar yang dilaporkan hilang ni dah pun berkahwin , okay la kan dah kahwin , tp , yang K.O nye , die kahwin dengan kaum sejenis ! biar betul dyb ? kaum sejenis ? yes ! aku bukan si penyebar berita tanpa bukti okayy . nanti aku tunjuk bukti . 

Ariff Alfian B Rosli telah dilaporkan berkahwin dengan Jonathan dan beberapa gambar perkahwinan mereka telah dimuat naik sendiri oleh jonathan dalam sebuah laman web BIG GAY WEDDING PROJECT tapi laman web tu dah dihapuskan . 

Ariff Alfian merupakan salah seorang pelajar cemerlang dan tokoh pelajar di SMK Seksyen 5 , Wangsa Maju . Dengar cerite , keluarga ariff Alfian ni dah terputus hubungan anaknya semenjak 2009 lagi selepas anaknya pulang semula ke Dublin untuk melanjutkan pelajaran pada Jun 2009 . Ariff tidak mahu berjumpa dengan keluarganya mahupun pihak kedutaan malaysia .

Aku tak cerita secara terperinci sebab panjang sangat , korang boleh search sendiri di UTUSAN ONLINE .
Aku pun tak tahu lahh nak komen ape pasal kes ni , terkelu sekejap . bagi aku sebagai seorang anak tak baik lah buat macamtu kat mak ayah , kesian mak ayah si Ariff ni , dengar cite lagi , Pihak Petronas nak saman keluarga diorang sebab duit tajaan tu tak berbaloi , haishhh , Balik lahh ke pangkal jalan , sebagai Umat Islam mari lah kita sama-2 doakan semoga Ariff Alfian ni masih terbuka hati dan diberi kesempatan untuk  kembali ke jalan yang benar . Amin . Okay , ni antara gambar yang boleh menjadi bukti sahih tentang perkahwinan ariff ni >>>

mesti korang kate " ape lahh , tak nampak ape pun "
okay , next ! lagi nampak punye gambar .

mesti korg kate " normal lah tu entah-2 meber die "
ahh , jap ehh , ni gambar 18 sx >>> 

ha , tutup mulut sikit , okayy , sampai sini je cerita yang dyb dengar , ty ade citer lagi , aku sambung okayy :)

p/s ; GAYBOY ? betul ke ? kalau cakap GAY je same kan ? takkan ade GAYGIRL pula :)

Ape kes Arif Alfian ?