Saturday, May 14, 2011


:: PPM di Selayang Mall (***EDISI BUDGET) on Pakej Deal/Sponsorship/Activity/

Hi semua B2B dah ready ker sumer nak datang PPM kat Selayang Mall 6-8 Mei ni. Dah list kan dah contoh2 soalan yang nak ditanya dengan vendor2 nanti. PPM cadangkan bawak lah senarai semak supaya memudahkan anda sumer taklah sampai2 di PPM nanti rambang mata menengok pelamin2 yang superlicious cantik dan kebaboom, dah lah tu kenyang perut plak  lepas merasa sumer makanan2 yang dibawa oleh vendor2 kat sana...sampai dah jadi lupa nak tanya apa, nak survey apa... ish! ish! ish! rugi lah anda2 sumer ni tau tak.... naper rugi??? ha meh sini kakak nak citer.....

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA *** EDISI BAJET
nampak tak ***Edisi Bajet tu, nananana itu lah dia keistimewaan PPM kali ni... Untuk tahun 2011 ni macam yang kita war-warkan PPM betul2 nak buat macam2 perubahan untuk tahun 2011 antaranya untuk mengadakan "PPM edisi bajet" sebagai salah satu event tahunan, yang mana akan menampilkan pakej2 atau harga yang semua mampu miliki. Ini juga bagi membantu B2B yang mempunyai budget terhad membuat persiapan perkahwinan mereka maklumlah B2B sumer modal kahwin sekarang bukan sikit2 kan... so dengan adanya "PPM edisi bajet" ni mungkin penjimatan dapat dilakukan. 

Roughly tawaran harga di PPM kali ini seperti berikut;
"HARGA MAMPU MILIK" YANG BOLEH ANDA MILIKI 
Tawaran Pakej dari Butik Pengantin : dari "SERENDAH" RM 5,000 ke bawah
Tawaran Pakej Fotografi : dari "SERENDAH" RM 1500 ke bawah
Tawaran Katering : dari "SERENDAH" RM 10 ke bawah (sekepala)
Tawaran Kad Kahwin : dari "SERENDAH" RM 0.35 ke bawah (sekeping)

yup! sebegitu rendah tawarannya sepanjang 3 hari pameran berlangsung, tapi TAWARAN INI HANYA BOLEH DIDAPATI SEPANJANG 3 HARI INI SAHAJA TAU. Selepas 3 hari ni PPM tak pastilah, butik2, fotographer, atau vendor2 yang lain tu akan still offer harga yang sama. Tapi rasanya sumer pun memang tau kan harga pameran tak kan sama dengan harga di show room atau di kedai mereka... apa maknanyatu? memang kene datang lah ke PPM kali ini kan!...

Selain itu ada macam2 lagi aktiviti sepanjang 3 hari pameran berlangsung..... aktiviti wajib PPM iaitu demonstrasi perarakan pengantin akan dibawakan oleh Dina Halim ,pada jam (2ptg 7 Mei) dan untuk acara memotong pulut, pulut yang sedap lagi terbaikkk akan dibawakan khas oleh Anjung Serai Catering. Yang penting dah tau blum ni, si cantik manis amy ameera adalah MUA official PPM kali ni, so kalau nak berjumpa lebih dekat dgn cik amy ni kenelah datang, cik amy pun akan buat demonstrasi juga pada hari ahad (8 Mei jam 12tgh). Selain tu ada juga beberapa make up artis lain yang akan membuat demonstrasi iaitu kak Anna joe (1ptg 6 Mei) & kak annasha (5ptg 6 Mei). Bagi yang masih tercari2 MUA hari bahagia anda bolelah grab peluang ini yer...

Bagi yang ingin melihat fesyen2 perkahwinan terkini, bole saksikan pertunjukkan fesyen yang akan dibawakan oleh, Mentari Kreatif (4-5ptg 7 Mei), Davency Wedding Workshop (1-2ptg 8 Mei) & D'intan Collection (4-5ptg 8 Mei 2011).

Sepanjang 3 hari PPM berlangsung, kita juga akan disajikan dengan keasyikkan persembahan gamelan TERMURAH DI MALAYSIA yang dibawakan oleh Kumpulan Adunan Gamelan Irama Melayu (AGIM), yang tentunya menjadi tarikan istimewa disini.

Pelbagai hadiah menarik juga boleh B2B yang dtg miliki dgn menjawap soalan2 kuiz yang mudah2 antaranya;

a) 100pax pakej katering hari pertunangan yang ditaja oleh Asyiq's Bridal
b) 3 buah album (edisi terhad) yang ditaja oleh Haidar Rahman
c) Mini Pelamin yang ditaja oleh D'intan Collection
d) Sewaan sepasang baju songket bernilai RM 550 yang ditaja oleh Dina Halim
e) Dekorasi 5 dulang hantaran yang ditaja oleh Teratai Kencana 
f) 5 buah album yang ditaja oleh EddiePhotovideo

So dari Team PPM kami benar2 mengharapkan sokongan anda untuk sama2 memeriahkan event kali ini, dan kami mendoakan semoga anda semua berjaya mendapatkan "Best Deal" untuk merealisasikan impian perkahwinan anda...

Much LOVE from PPM

No comments:

Post a Comment