Saturday, March 2, 2013

Ke arah mencari Redhanya :)

Assalamualaikum w.b.t,
Hey-Ho semua, ada kisah yang ingin aku ceritakan.
Aku bukanlah seorang yang sangat baik, malah alim-alim kucing pun tak mampu, apatah lagi seratus peratus alim. Kalau dah nama manusia memanglah tak lari mahupun merangkak dari kesilapan dan kekhilafan.
Sooooo, aku nak share apa yang aku sharekan dengan member kerja aku yang kerja ngan aku tu. 
Al-kisah...
Satu hari dia tanya aku pasal "easter day", aku pun ceritakanlah apa sahaja yang mampu aku ceritakan, bagi kristien, easter day ialah hari kebangkitan jesus, bodoh bukan? Son God mereka boleh mati dan hidup semula? iedeologi bangang-bangang kristien telah membuatkan aku tergelak sambil menggigit belakang tapak tangan untuk menahan gelak. 
Lepas je cerita pasal easter day, perbualan kitorang berlanjutan ke hal agama. Aku boleh cakap yang hari tu tak ramai pun orang kat kedai tu, semua sibuk mungkin dengan hectic life dan aku hairan manusia ini suka dengan kesibukan kota. Aku teruskan,, sekarang aku akan describe macam mana fiil dan luaran member aku tu, dia memang tidak bertudung, rambut pun di lumurkan dengan sejenis cecair yang berwarna perang macm duit syiling yang baru tu(rambut karat), kaki kelab, kaki mabuk(mungkin dulu), kalau sudah luaran macam tu, memang sah satu kosong-kosng peratus tak solat lah. 
Kisahnya, dia teringin mahu berubah, tapi, tapi tapi, dia tak mampu dan dia pernah cuba untuk memakai tudung, tapi tak tahan lama(panas mungkin). Dia pertikaikan, kenapa masih ada manusia yang bertudung, tapi berpegang tangan bagai dunia dia punya, ada wanita bertudung yang pakai seluar jeans skinny, ada wanita bertudung yang tak solat dan dia terus mengeluarkan ideologi yang dirumuskan sendiri oleh akal nya, mahu menjadi manusia separa tuhan(buku baru aku).
Aku katakan padanya, ingin berubah? dia dengan laju menganggukkan kepalanya dengan rambutnya yang diikat macam ekor kuda. Aku katakan padanya, mula-mula bukan bertudung labuh teruss, kau kena perlahan-lahan. Ini dia step yang aku ajarkan dia.

1- Try pakai baju longgar dan seluar longgar dan panjang.(supaya manusia tidak menilai pakai tudung tapi baju ketat)

2- Setrusnya berhenti pergi kelab dan mabuk, ataupun stop dengan mulut-mulut longkang yang sering megeluarkan kata-kata yang kurang langsung tak sopan.

3-Mula solat dan baca Quran. (tak mahu menjadi manusia yang pakai tudung tapi tak solat)

4-Mula pakai tudung, jangan pakai yang labuh sampai menutup kepala lutut tu, aku pun bukan bermula dengan tu. 

Dia tanya aku bagaimna dahulunya, aku katakan padanya, aku ni geletis juga dulu, pakai tudung, tapi lengan pendek, pakai tudung tapi buat gaya macam bulat tu, means akan menampakkan bahagian dadaku walaupun tidaklah menggiurkan. Dan aku juga pakai seluar skinny. Dan bagaimana aku mula berubah??
Aku mula dengan pakai jeans longgar, pakai ketat, nak solat pun susah, pastu aku buat style tudung butterfly(kau tahu kalau kau wanita), sekurangnya boleh menutup bahagian dada, dan aku konsisten solat. Lebih baik bermula dengan kosong darjah, dari bermula dengan tiga enam kosong darjah kemudian semakin menurun darjahnya. Aku cakap padanya, solat itu last step supaya, masa  tu, imannya akan bertambah kuat kerana dia memang sudah bertudung(beginner). jadi konsisten je dengan apa yang kau ada sekarang, dari kau bertudung labuh sana sini, tiba-tiba gambar dp kau bertudung bulat yang menanpakkan sebahagian dada kau, lagi akan dikutuk manusia, ratusan manusia, ratusan ragam. Allah ciptakan untuk kita menganalisis, jangan jadi terlalu mudah untuk menghukun seperti separa tuhan, kerana sudah jelas kau tak mampu. Sooo, entry ini khas untuk yang mahu berubah kearah mencari redha-Nya. aku bagi step ini supaya lebih mudah dengan jiwa anak muda masa kini, aku tak tahu lah kalau kau anggap ideologi aku bangang dan kalau kau campak idea aku tu dalam jamban pun jamban tak terima. terserah, itu bagi aku, aku dan aku. jadi sampai sini je entry aku yang sarat dengan ayat sastera bodoh aku ni. byee... Salam.

p/s : aku berjangkit dengan UST, howhow.

1 comment:

  1. Bagus , bagus , bagus . =D Caya lah kak dieba ! * thumbs up *

    ReplyDelete