Thursday, December 13, 2012

Daiso :)

Assalamualaikum w.b.t
HOLA :)
Tadi aku pergi Mid Valley, jalan-jalan dengan girlprengg kita, hewhew
Tapi kan, aku tak buat apa pun pergi sana, jimat tak? haha, act, pergi situ sebab nak teman member aku cari kerja, almaklumlah, lepasan spm lahh katekan. Then, jalan-jalan la. Pastu, dah taktau nak pergi mana, masuklah satu kedai jepun ni, niat di hati hanyalah untuk melihat-lihat dan membeli buku album untuk ku letakkan gambar kelas aku yang berlambak tu. Kedai tu namanya DAISO, kedai jefunn lah.
Aku pun masuklah, the best thing is, barang dekat situ semuanya RM 5.00 . Murah kan ? ala, kire macam kedai 2 ringgit lah gitu, mane nak cari nokks kat Mid tu ? Haha.
Okay, aku pun dah selsesai membeli album aku yang kiut miut tu, ingat nak belahla, tapi, mataku seakan-akan tertumpu pada sesuatu yang sudah lama aku inginkan *ayat tak voley velahh :')
Aku pun mendekati lah benda itu, lalu aku melihatnya sambil berkata dalam hati "ehhh, inilah bende yang aku selalu wusha dalam blog tu" aku pun apa lagi terus lah sauk.
Pastu aku promote kat member aku, semua beli, haha.
Act, benda ni dah lama aku tengok kat blog, tapi harga dia mahal sangat, kalau paling murag pun RM7, tu tak termasuk postage lagi. Jadi, selama ini aku hanya memendam rasa, kali ni, aku dah dapat memilikinya *ayat aku macam dah sampai puncak gunung everest kan? *
Okay, sebelom kau orang mengetahuilah kan benda tersebut biar aku cerita sikit,
Ehhh, tak beshhhlah, okaylah tengok gambar dulu, araso?


inilah dia, cuci muka dari Jepun, benda ini sangatlah fofular okayy. Tapi, susah sangat nak jumpa. Aku hanya beli cuci muka and mask dia je. Menurut reaksi orang ramai, kebanyakannya suka sangat dengan produk ni. Banyaklah kata-kata pujian diorang pasal product ni. 

***
nak tahu tak?
sebenarnya kan?
sambil kita taip entry ni, 
kita tengah pakai mask dia,
susah nak gelak,
muka kita seriyuus jadinya :)

***

Hokey, so, baru first time try, later aku update macam mana hasilnya okay?
Produk ni murah je, sebabtulah aku recomend kan kau orang try. Ehh, tadi Malaysia kalah ngan Thailand lah, sedihh tahu! tapelah belom rezeki kan :) *positif gila doeeey

Aku baru je apply keje kat guardian, harap-harap dapatlah, kerja ngan girls je, best sikit. Boleh gelak-gelak sakan makan . @_@

p/s : Aku beli gelang bodoh sampai 16.00 hengget *menyesal*

Tuesday, December 11, 2012

What your plan ?

Assalamualaikum :)
HOLA ! Yeah, Tajuk entry ni 'what your plan?'. Act, it suppose to be what my plan, tapi suka hati kita lahh kann :) Okayy, seriusly tak tahu lagi bagaimana untuk menguruskan masa by myself. This happend because kat sekolah kan dah biasa semua cikgu yang aturkan, eventhough I am a hostel student, still bingung untuk menguruskan masa dengan sendirinya. So, memang nama aku naik untuk ke PLKN, namun, aku telah ditempatkan dalam kumpulan 2 atau 3. So sad :'(
BUT, Allah maha perancang :) Just smile and follow the flow. My first plan is act, nak cari kerja. Tapi, penyakit MALAS masih menghantui aku. HAHA. So, 2nd plan is ambik lesennnn. Tapi, mak aku macam keberatan je, maybe sebab aku ni kan wanita *ecehh*wanita lah sangatkann*
3nd plan, sambung karate or jadi assistant master. Haha, fuyyohhh! master ada offer aku wether aku nak kerja jadi trainer karate or tak lepas SPM, tapi aku tak pasti lah. takut nak contact master. ~hoho~

****
Tadi, kite tengok berita ade master kite keluar TB (berita) , pasal AUG kat loas. Master yang pernah kite makan kat Ajimal (mamak stall)

****

And the last plan ! Practise jadi suri rumah sepenuhh masa, haha. Lawakss ! Duduk rrumah, buat sume house chores, ehh best jugak tau, at least aku dapat tahu macam mana mak aku bole buat semua bende tu, so, when I do all that chores, feel like superwoman hoke >.< Nak jadi superwoman jugak? try lerr.
Aku ni pulak bila dah buat kerja, tak boleh stop-stop. Jadi aku ni kemas rumah time petang-petang sikit, lepas solat asar lah selalunya, sebab, nanti kalau aku kemas pagi-pagi, petang bersepah, mak aku balik kerja petang, so, bila mak aku balik kerja tu, dia tengok rumah bersih, kemas dan suci bagai berada di syurga, mesti dia puji aku :) ~hehe~

So, sape yang terhingin nak upah aku jadi suri rumah die, kene banyar aku RM 1000 per second. Haha *just kidding (:*

Jadi kalau korang ada plan sepanjang cuti ni, terutamanya yang ex student like me, just share your plan during this free time, maybe bole ajak aku kerja sekali ngan korang :)))
hoho, so till here only lahh :) later on kite bloggy lagi okayy darl :)



p/s : I am getting older now (should react like what ? )


Thursday, December 6, 2012

Kebebasan Duniawi :)

Assalamualaikum :) 
Okayyy !  Kini aku sudah bergelar...............seorang banduan :) hoho. yeahh, of corse, balik je rumah cepat-cepat online, semua lepasan SPM nak update status, termasuklah aku yang antara menjadi mangsa SPM :)
Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab sepanjang 5 tahun aku mengharungi suka dan duka di asrama, akhirnya aku berjaya laluinya tanpa rase nak bunuh diri *apasal tetiba?
HoxHox~ Walaupun aku terpaksa berkorban masa aku, biasalah dah duduk asrama, semua benda buat sendiri kan, nak berjaya pun atas usaha sendiri. Aku sangat tidak bersetuju apabila ada yang mengatakan budak asrama pandai-pandai. Why ? you ask me why ? sebab ada je yang kureng pandai (aku lah tu) huhu.
Alololo, act, nak berjaya semuanya atas usaha sendiri. semuanya dah ada depan mata, cuma terletak pada kebijaksaan kita untuk memilih jalannya :)
*nampak tak ayat aku macam pakar motivasi? (Prof Izy Hj Ali)

*****

Nak dengar citer tak ? tandas rumah aku romantik sebab pakai lilin :)
Ehh, kenapa pakai lilin?
selalunya kita pakai lilin bila ...... ?
Yes ! you got it right ?

*****
Bila dah last paper tu, ada rase happy 70%, sedih 20%, bangga 5%, terharu5% :)
Sedih sangat bila terpaksa tinggalkan girlfriends aku yang sangat hiperact, sangat hiperbola,              hiprokrit*(ehh tak )
biasala, satu kelas perempuan je khenn, sebab tu lah jadi macam tu.
Hubungan persahabatan yang melebihi 360 darjah ! Ehh, maksud aku macam adik-beradikla, saling memahami kelebihan, keburukan, and so on .
Rasa bebas sekejap kat dunia ni pun dah rasa seronok, apatah lagi kebebasan hakiki yang dekat akhirat :) huh' (semoga kita semua dapat masuk ke jannah Allah)

banyak lagi sebenarnya aku nak kupas about my school time, but, Chill lak, aku akan ada banyak masa untuk merajinkan jari-jemari aku untuk menaip. kau orang pun, WAJIB ada masa untuk baca okay. taknak baca? hade aku kesyahhh ? -hehe-
Di kesempatan ini, as a blogger yang sangat prihatin, aku selaku *CEO dididudatz holding* ingin mengucapkan TAHNIAH kepada kak IRINE NADIA DAN En SUAMI yang bakal mendapat cahaya mata, cahaya hati, cahaya kasih, semua jenis cahaya lah :)
Semoga terus sukses dan menjadi keluarga hasanah till jannah :')

so, sehingga di sini saja nukilan patik*haha*

p/s: ohh, plkn aku siri......?

Saturday, September 15, 2012

The Realiti

Assalamualaikum.
Just a short entry, not too short actualy. hehe. So, tanpa membuang masa, jom kita mulakan entry kita. Entry ni sebenarnya pengalaman aku sendiri dan khusus untuk pelajar, yang bukan pelajar pun bole baca jugakk.
Korang rasa tak buang masa bila kita ada acc facebook, twitter, blogspot, despite of benda ni boleh mendatangkan kebaikan, banyak jugak keburukan yang ada. Sebagai seorang pelajar, bagi aku, this all such thing sangat membuang masa. Firstly, sebab bila kita asyik online, takkanla 5 minit je kan?kan?kan? mestila sampai 5 jam. hoho. Dont lie lie laa. Even though korang nak kate, alah, setakat nak update status je, tade maknanya...la~la~la~
Secondly, bila dah buang masa, mesti tak dapat bace buku dengan tenang, walaupun aku ni penduduk asli asrama, still juga teringat kat facebook, twitter and etc. So, bila balik rumah je, online sampai tak ingat dunia, siang, malam, pagi, petang . Rase macam angau sangat, lagi-lagi ada blog ni, memang kene bahagikan masa dengan baik, wisely ! Bila tak sempat nak baca buku, time exam, mula lah nak stay up sampai dua tiga pagi mentelaah buku, sibuk nak cari spot question, nak cari balik note-note yang cikgu bagi and etc.
Lagi-lagi bila exam Bio, macam-macam disease yang aku tak pernah dengar, padahal, dah pernah belajar dah. Bila exam Chemist, macam-macam formula aku lupa, lupa defination. Bila exam Physic, mulalah nak cari balik semua principle dan law yang ada. Aduii, memang boleh kurus camni. Hoxhox.

*teet, pikir ayat jap*

okayy, sambung, so, bila masa nak trial haritu, rasa menyesal memang datang dalam kepale hotakk aku ni, memang padan muka eden, *aku menyesal.....(lagu rossa). rase macam taknak tido je bace buku, but what else can I do, I am just an ordinary girl like normal human. memang time trial haritu, berat badan turun wooo, hoho. Mula dari trial haritu, aku dah nekad, taknak menyesal dikemudian hari, so, I have made many changes for my sake, *mane bole bagi tahu changes nye*blushing!
In conclusion, student-student yang juga seorang blogger mesti tahu untuk arrange your time WISELY okayy, hargai setiap masa yang ada, fix kan masa untuk study, kalau setakat nak relax-relax on FB or etc, boleh je...TAPI ! mesti kene siapkan homework dulu. supaya otak ni tak beban, nak onl lama-lama pun tape, mak ayah pun tak kisah sangat sebab, kita dah ulang kaji :) One more important thing, study smart, not hard. too hard can make you crazy, yeahh really, that statistic. So, be a smart student. Sebenarnya kita tak perlu nak baca dari kulit ke kulit. So, some tips for you >>

1. belajar kaji soalan past year, tengok apa yang jarang keluar, then buat rumusan sendiri.
2. baca buku macam orang gila 2 weeks before exam, so, time exam, relax sikit.
3. Focus more on bab yang kita tak paham, buat latihan tu sampai muntah belilah, sampai rase dah muak gilee* lelwss
4. jangan tangguh homework, tak pun, balik skolah tu, list kan dulu homework yang ada kat atas stick note, then tampal kat meja belajar. biarkan ia menghantui anda *mengilai*
5. At least, sehari buat 5 soalan math or add math, supaya otak kite sentiasa aktif.

So, that all five tips that i want to share. Gudluck! bye.

p/s: esok ade training karate, next month gredding for black belt. *tiring year*



Saturday, August 18, 2012

Happy Eid :)

Assalamualaikum :)
Bergema takbir raya,
Berakhirnya Ramadhan,
Syawal pula menjelama,
Tanda hari kejayaan.

Nampak tak betapa rima akhir pantun tak jadi yang aku buat ni sama ? *kelip mata
Okay-2, to all muslimin and muslimat di seluruh pelosok dunia, wherever you are, Aku sebagai anak perempuan yang paling mengadee dalam keluargee ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  =)

So, dihari raya ni, aku mewakili Adibah Hajar Anak Perempuan Othman *macam keling* ingin menyusun 20 jari termasuk jari kaki, ingin memohon maaf di atas segala kesalahan, kekhilafan, kesengalan, keterlanjuran, kebodohan, kealpaan dan segala ke... yang telah saya lalukan sepanjang anda mengenali saya :) 
Jadi, pesanan saya *tengok betapa lembutnya aku sampai pakai awak saya* , jagalah diri anda semasa menyambut hari raya. Raya memang setahun je sekali, janganlah excitednya tu, boleh sambut sekali je raye. *paham tak? aku tak paham (tangan di bahu kaki kat kepala)

so, everbody ! salam Syawal :)

Ehhm nak share gambar ni, created by my girlprenggg >>>


timacihh =) *so terharu you know !

p/s : aku masih lagi bagi kad raya kat cikgu, *kuno* peduli hape aku.

Thursday, August 16, 2012

Review Produk Reiss :)

Assalamualaikum.
Huihui, okayh, aku ni sebenarnya dah janji ngan mak aku tau nak belajar, but, aku cakap "okay mak, lepas ni akak belajar" haha, tape-2, mood tengah nak menghupdate blog ni, tapi janji mesti ditepati !

Okay, aku nak story mory biskut mery lahh kan, tadi, aku bersama si bunched Adilah, dapat free facial untuk bufday dari Reiss skin produk, then, aku pun set lahh tarikh, aku dah buat appoiment seminggu sebelumnya. Maklumlah, takut full pulak nanti kan, aku pun set tarikh 16 ogos, pukul 2.00 petang. then dapat call yang appoiment dilanjutkan 30 minit, means 2.30 lahh kan, aku pun tak kisah, sebab memang tengah school break kan, jangan dibatalkan appoinment sudehh.
So, tepat pukul 1.30, mak kesayangan aku yang vavavoom ni pun hantar lah aku bersama si bunched ke Wangsa Walk Mall, then mak aku balik rumah sebab nak masak katenye. Aku pun jalan-jalan lahh bersama si bunched, dah kate wangsa WALK MALL kan...hewhew. Then, aku terfikir nak beli konteks lens, so, aku beli lahh, *mentang-mentanglah duit berkepuk-kepuk sebab tak pakai duit pun kan bulan puasa ni.
Okay, back to the main, dah jalan punya jalan banyak lah juga berlaku pemborosan. biaselah kaki shopping kan. Then, 2.30, pergi kedai reiss tu, customors tu tak habis buat Facial lagi, aku pun sembanglah ngan kak Risa, the owner of the shop. Pastu, kak risa cadangkan aku try facial yg harga 98 ringgit, aku pun pikir punya pikir, Then, the decision is aku buat facial yang harga 68, si bunched buat yang 98. harga die tolak harga free facial yang die bagi tu. Pastu, beli produk die sikit-sikit, sebab dah nak habis, lagipun, kalau beli masa ni, dapat less 10%, mana dak dapat joyahh huii. 
Bermula facial aku, mula-2 tu bestlahh, ade orang urut-urut muka ni kan, buat yang wap punya, laser, serum and so onn lah kan. Pastu, part yang paling sakit, bila die picit blackhole kite, perghh -_- 
Tapi memang sangat relaks, sebab die siap pasang muzik sentimental gitu, takdelah serabut mental aku ni kan, tenang gile lahh. dia siap urutkan badan sekali lepas habis facial tu, facial tu dalam 45 minit. dan yang paling penting, aku sebagai customer sangatlah berpuas hati dengan layanan dan hasilnya. So, aku pun mengsuggestkan kalian-kalian supaya mencuba produk dari Francis ini, kedai die ade kat WWM, ngan BTS. Sebab produk die ni tak pakai bahan kimia, and ramuannya dari herba, boleh bau herba die tu. So, kalau nak tahu manyak-manyak, boleh click bawah ni.

ni gambar kedai kat WWM :)




p/s: tak payah lah nak havoc sangat kan pkai maybeline bagai.

Wednesday, August 15, 2012

Tide Tide Tide =)

Assalamualaikum,
Hey-Ho, apa khabar cantik-cantik semua, acano sambutan raye hangpa semua ?
Aku? HuiHui, tak payah nak obvious sangatlahh kan, sebabnya, naik je cuti raye ni, aku terus exam for TRIAL SPM, penting tuhh beb, kalau setakat ujian bulanan tu, ehemehem, pepahamlahh yew, kitew ni pemalas sikit lahh, ha, bila esok nak exam, malam baru lahh bace buku,mwehehe *alahh, standard lahh tu.

Tahun ni, aku beraye kat Kuala Lumpur je, biasheeeleee orang keyeell, bhaha. Best wook raye kat KL, walaupun hati ni meronta-ronta bila dengar lagu raye yang ada sebut pasal perantauan. Aku pun boleh lahh jugak kire perantauan kan, sebab aku tinggal kat ostel, walaupun jaraknya hanyalah antara gombak ngan bukit jalil, kuikui. So, aku nak bagi tips, macam mana korang semua nak smooth kan lagi preparation raye korang tu. Contohnye lahh >>

Beg
Kasut
Baju
Seluar
Stokin
Conteks lens raye
Makeup
Kuih Raye
 and ape-ape je yang berakhir dengan raye, huahua
aku ni, simple je lahh, kasut pun tahun ni tak beli, sebab kasut tahun lepas tu, just pakai 3 kali je, sebab kasut macam ladies like sikit, ade reben-2 gitu, aku ni nak ke manalah sangat pakai kasut camtu, so, aku plan tahun ni, nak tukar kasut BUM aku tu, yang aku dah bedal sampai kalau aku lelong pun, orang taknaklah. betapa teruknya aku ni, so, aku pun plan nak beli Supra. haha, baru lahh gempak gitu *hamboiii diba, kau ingat kau ni retiss ke? hewhew =')
Hoho, raya tahun ni, mak aku suruh aku anyam ketupat, disebabkan dalam famili aku tu, aku je yang berbakat ni, *perasan gilewwww . Selain itu, untuk raye ni, aku ade buat appointment untuk facial, dalam pada sama nak cantik luaran tu, dalaman pun kene jaga juga, contohnya, aku memang ambil minyak kelapa dara as suplement, memang minyak ni sangat membantu membuang toxic yang ade dalam badan kita. lagipun minyak ni natural, kak irine pun amalkan minyak ni, tak pakai jamu-jamu pun kauuu, putih gitu. Selain luaran, dalaman pun sangat penting okay buchuk-buchuk :)
Next entry aku share pasal raye pulak okay. Hah, dalam pada kalian nak membuat persiapan menyambut Eid ni, jangan lupa beribadat pun kene buat jugak, lagi-2 10 malam terakhir ni, kene lah pulun pahal sebanyak mungkin. Malam Qadr hanya datang sekali je setahun, sangat beruntung bagi sesiapa yang berjaya memperolehnya. So, sampai sini je lah coretcarutt aku ni, See you next entry :) Muahh

p/s : Aku tade pakwe? so what? I am more happier ade ramai GF yang memahami :)